BMT 89

9.8K 357 0
                                    

"Mama, Raisya dapat nombor satu dalam kelas!" Suara Raisya kedengaran sangat gembira.

Sayup-sayup kedengaran Maisarah membalas. Diikuti dengan suara ahli keluarga Maisarah yang lain. Mereka seakan gembira dan terlupa apa yang jadi.

Membuatkan Ayra yang masih berdiri di depan pintu bilik wad Maisarah sangat gugup dan tidak tenang.

Dia tak tahu apa akan jadi jika dia masuk dan menampakkan wajahnya. Akankah kegembiraan itu menjadi muram?

Lengannya terasa disentuh.

"Ayra."

"Qy, aku tak nak." Ayra pusing. Tapi Qyra halang.

"Eh kau jangan macam-macam. Penat tau tak aku pujuk abang polis ni. Pergi jelah. Aku temankan," kata Qyra perlahan seperti bebisik. Tidak mahu dua orang polis yang ditugaskan untuk mengawasi Ayra.

Ayra menghela nafas. Otak dia kata, tidak. Hati dia kata, ya. Susah macam ni.

Akhirnya Ayra putuskan untuk masuk juga. Dia ingin tahu apa sebenarnya yang atok dia lakukan. Mimpi itu benar-benar menimbulkan pelbagai pertanyaan.

Mengikut kata-kata atoknya dalam mimpi itu, hanya keluarga Tengku Alias yang dapat menjawab pertanyaannya.

Qyra pandang dia. Ayra mengangguk. Qyra terus mengetuk pintu. Jantung Ayra tak tenang sekarang ini. Otak tak boleh fikir lagi dah apa yang bakal terjadi.

Apabila ada orang suruh masuk, Qyra membuka pintu itu.

"Assalamualaikum," ujarnya. Salamnya dijawab oleh semua orang yang ada disitu.

"Masuklah Qyra," kata Maisarah. Qyra menapak masuk.

"Korang, ada orang nak jumpa." Tangan Ayra ditariknya tapi Ayra mengeraskan badan.

Membuatkan Qyra yang sudah mahu menapak masuk itu, terundur ke belakang. Sebab, tangan kanan Ayra digari dengan tangan Qyra atas arahan polis tu supaya Ayra tak lari. Sebenarnya polis beri dua pilihan – polis tu yang masuk dengan Ayra ataupun Qyra.

Qyra pandang belakang.

"Ayra." Qyra panggil untuk beri amaran yang Ayra patut masuk juga. Ayra mengeluh.

Perlahan dia melangkah juga.

Terkedu semua orang. Maisarah beriak biasa di atas katil. Izzraf tahan rasa, dia memeluk tubuh dan berdiri di sebelah katil Maisarah memandang tajam ke arah Ayra.

Raisya yang duduk di sebelah Maisarah atas katil memeluk erat pinggang Maisarah. Tapi dia peluk tu berhati-hati jugalah. Takut terkena mana-mana luka di badan Maisarah.

Rayyan bertindak matang, dia duduk saja di birai katil. Yang lain, ada yang duduk ada yang berdiri dan memandang Ayra.

Ayra rasa gugup yang amat dahsyat. Tak pernah orang sebanyak ini pandang dia.

"Ayra nak jumpa Maisarah," ujar Qyra bagi pihak Ayra. Seraya mematikan suasana janggal.

Qyra menutup pintu. Dua orang polis tadi berdiri di luar bilik dan mengawasi.

"Okay," kata Puan Dahlia lalu dia berdiri. Diikuti semua orang.

"Eh bonda-"

"Kau jangan panggil aku bonda," pintas Puan Dahlia. Riak wajahnya tenang tapi suaranya tegas.

Dia tak sangka. Orang yang pernah jadi sebahagian keluarganya, yang pernah dia sanjung, yang pernah menjadi menantu dia, boleh jadi sejahat ini. Walaupun dia tak faham apa yang berlaku sebenarnya, dia tetap sakit hati dengan Ayra yang talam dua muka.

Dulu, bukan main tutup seluruh badan. Sekarang, ha tengok sendiri. Terbuka, terdedah, malah sampai menghidap penyakit HIV lagi.

Ayra telan air liur.

"Ba-baik auntie," tergagap Ayra membalas. Dia yang berani menantang keluarga Maisarah dulu, sudah menjadi lemah dan takut sekarang ini kerana sudah nampak dengan jelas yang dia kalah. Kata-kata atoknya mendebarkan hatinya.

Puan Dahlia menjeling sikit.

"Err everyone boleh stay sini dengar penjelasan saya. Sebab you all involve too dalam masalah saya," ujar Ayra perlahan. Dia tertunduk.

Puan Dahlia pandang dia dengan curiga. Macam tak boleh percaya saja. Manalah tahu Ayra menipu ke kan?

"Bonda, semua, duduklah. Kita dengar apa dia nak jelaskan," kata Maisarah.

Walaupun dia masih sakit hati dengan Ayra, dia tetap mahu dengar apa penjelasan Ayra.

Puan Dahlia mengangguk. Dia duduk semula tempatnya tadi. Begitu juga dengan yang lain.

Serentak itu, ketukan pintu kedengaran dan pintu terbuka. Encik Thariq dan Inspektor Farid masuk ke dalam.

Mereka dah dihubungi tadi oleh pihak hospital yang Ayra dah sedar.

•••

Inspektor Farid meletakkan rakaman suara di atas meja hadapan Ayra yang sudah duduk berhadapan dengan Inspektor Farid. Qyra duduk di sebelah Ayra.

Inspektor Farid mahu mengambil keterangan daripada Ayra untuk mengukuhkan lagi bukti atas dakwaan yang Ayra telah melakukan pembunuhan.

Terpaksa dilakukan penerangan itu di hospital, dalam bilik wad Maisarah kerana faktor Ayra yang baru sedar dari koma dan bilik yang luas membolehkan semua ahli kelurarga Maisarah dengar penjelasan itu.

"Memandangkan Cik Ayra ada kat sini, saya minta kerjasama Cik Ayra untuk ceritakan semuanya dari mula sampai habis. Juga, Cik Ayra kena mengaku atas pembunuhan yang telah Cik Ayra lakukan sejak lebih 10 tahun yang lalu sehingga sekarang."

Ayra menggigit bibir. Patut ke dia ceritakan? Kalau dia cerita, dia akan dihukum gantung sampai mati kerana telah membunuh ramai orang.

Tapi kalau dia tak cerita, macam mana dia nak tolong atok dia? Wajah atoknya dalam mimpi itu nampak sangat berharap. Membuatkan dia belah-bahagi.

"Ayra, kalau kau cerita, it's the best thing that you ever did. Walaupun kau akan terima hukuman yang berat, kau boleh buat diri kau rasa puas sebab dah luahkan apa yang kau tanggung selama ni. Kau mungkin boleh buat atok rasa tak terseksa. Do it for yourself, arwah atok and everyone," pujuk Qyra.

Dia tetap setia di sebelah kakaknya. Walaupun Ayra ada di depan mata, dia tetap rindu mahu dekat dengan Ayra.

Kenangan mereka masa kecil berulang-tayang diminda. Dia sebenarnya ada dua orang lagi kakak kembar. Maksudnya, mereka bertiga adalah kambar tiga.

Qyra terpisah dengan kakak-kakaknya di usia muda semasa dia di zaman sekolah menengah. Sebab itu dia kurang kasih sayang seorang kakak. Semua kakak dia hilang tiba-tiba tanpa jejak. Baru sekarang dia dapat jumpa dengan kakak pertamanya.

Ayra mengetap bibir sambil berfikir.

Untuk aku, arwah atok dan semua orang. Aku redha.

Benci Mr. Tengku √Where stories live. Discover now