BMT 45 : BUM!!

9.9K 412 5
                                    

Amanina gemuruh dalam bilik VIP Hotel ternama yang dimiliki oleh syarikat TMJM Holdings sendiri. Ditemani oleh sepupunya yang lain. Tapi yang paling rapat, langsung tidak kelihatan batang hidungnya.

"Zarra, aku tak nak. Mai yang berhak, bukan aku. Nama syarikat yang arwah atok sendiri pilih, abjad nama Maisarah. Rasa bersalah pula aku. Kesian lah kat arwah atok. Dia nak sangat Maisarah yang handle. Aku tak sampai hati lah."

Tangan menutup wajah. Zarra simpati. Dia mengusap belakang Amanina. Syuhada masuk kedalam bilik itu dengan telefon ditangan.

"Macam mana? Dia angkat tak?" soal Amanina cemas.

Syuhada menggeleng. Berkali-kali dia cuba menelefon Maisarah. Tidak berjawab.

Amanina mengeluh panjang. Kepala disandar pada kepala sofa. Dahinya ditumbuk perlahan.

"Eh korang. Majlis dah nak mula."

Amanina mengeluh lagi.

"Jom."

Mereka bertiga keluar dan masuk kedalam ballroom. Meja yang paling hadapan menjadi tempat duduk mereka.

Sepanjang majlis bermula, Amanina tidak senang duduk. Setiap masa dia akan tengok kearah pintu, mengharapkan wajah Maisarah muncul. Tapi tidak ada.

Dia tidak mahu Maisarah benci dia atau menganggapnya perampas.

• • •

Maisarah duduk memeluk lutut termenung diatas kerusi gantung menghadap kolam renang.

Kalau dia sudah tiada apa-apa dalam syarikat itu, nanti dia akan bekerja dan mencari duit dimana? Ini yang dia risau. Sangat-sangat.

Izzraf menyandarkan bahu pada bingkai pintu. Tangan dimasukkan dalam kocek. Dia melihat belakang Maisarah yang termenung. Sejak duamenjak ni, Maisarah kerap termenung. Risau juga melihat keadaan Maisarah begitu.

Kaki diatur menghampiri Maisarah. Dia naik dan duduk memeluk lutut. Maisarah masih termenung.

"Mai."

"Hm?"

"Kau kenapa ni? Muka kau sejak kena halau hari tu asyik muram je. Tak ada seri langsung. Kita kahwin baru 2 bulan lebih tahu? Patutnya seri kau tu masih ada. Ceria lah sikit." Izzraf menyiku lengan Maisarah perlahan.

Maisarah senyum. Tapi kelat senyuman itu. Tiada manisnya. Entahlah. Hari-harinya seperti gelap tiada cahayanya.

"Boleh kau cerita dengan aku apa yang jadi? Eh sebelum tu, aku nak tahu. Semalam kau buat apa dalam hutan tu sampai kau menangis?" Izzraf ingin tahu.

Hanya gelengan menjadi jawapan itu. Maisarah menyembamkan muka pada lututnya.

"Alaa... bagitahu lah aku. Please...?" dia merayu.

Maisarah mengangkat muka. Izzraf dipandang. Izzraf membuat muka comel, mengharap Maisarah akan menceritakan kepadanya.

Maisarah menghembus nafas.

"Fine... Kat dalam hutan tu ada satu kilang yang lama. Tempat itu lah dimana aku berjumpa dengan orang ni. Dia kata, harta yang atok wasiatkan kepada kami sebenarnya bos dia punya. Entah lah siapa bos dia tu. Lepas tu, masa kejadian tu, mereka bagi aku masa dua hari untuk pulangkan semula semua harta tu. Tak semana-mana, nenda terjumpa surat pertukaran pemilik harta yang tidak ada kesahihannya. Sebab tu lah nenda halau aku.

Kelmarin aku lupa yang sepatutnya aku jumpa orang tu untuk bagi bukti pertukaran tu. Aku takut sangat sebab orang tu kata kalau aku tak datang tempat tu pada masa yang tepat atau beritahu siapa-siapa, dia akan apa-apa kan keluarga aku. Bukan 'apa-apakan' yang biasa tahu? Dia orang ugut nak bunuh keluarga aku.

Benci Mr. Tengku √Where stories live. Discover now