BMT 39 : Ninja

9.3K 446 2
                                    

Pagi sudah menjelang. Dari luar pagar, dua orang suruhan itu terlelap kerana sepanjang malam berada dalam kereta memerhati.

Pagar besi besar itu terbuka sendiri. Amir yang tersengguk itu tersentak lalu membuka mata. Matanya segar terus melihat pagar besi rumah agam itu terbuka.

"Woi woi bangun setan." Ditepuk bahu berlemak rakannya yang duduk ditempat pemandu.

Wan juga tersentak dan bangun. Dia merenggangkan tubuhnya walaupun kereta Toyota buruknya kecil dan sempit ruangnya.

"Eh kau ni tak payah lah stretching. Dah lah badan kau ni mengambil ruang yang banyak dalam kereta ni." sindir Amir. Wan mencebik sambil mata naik keatas.

"Woii cuba kau tengok tu. Dia dah nak pergi kerja lah. Cepat ikut." Kata Amir lagi setelah melihat Maisarah masuk kedalam kereta Jaguarnya.

Dia tak mahu lagi gagal dalam misi yang diberi. Kalau gagal, di mana dia mahu cari duit?

Nasib baik kerja dia kali ini senang. Memerhatikan gerak-geri Maisarah. Pastikan Maisarah buat apa yang dijanji.

Wan tergopoh-gapah memusing kunci untuk buka enjin. Kereta Jaguar yang dipandu oleh Maisarah sudah keluar dari perkarangan rumah. Selepas itu, ada beberapa kereta lagi keluar. Mungkin itu kereta saudara Maisarah yang mahu pergi kerja.

"Cepat lah! Lembab betul lah. Eh kalau kerja kita kali ni gagal, siap kau. Aku potong badan kau ni bagi adik aku makan." Ucap Amir geram dengan Wan.

"Hish sabar lah. Kereta kau ni dah nazak lah."

Sekali lagi dipusing kuncinya. Dan mahu juga akhirnya. Cepat-cepat dia menekan pedal dan memecut mengikuti kereta Jaguar yang berlesen 'TMJ5197H'.

Kereta Maisarah masuk kedalam parkir yang khas untuknya. Selepas itu, Maisarah keluar. Wan menghentikan kereta jauh sedikit dari Maisarah.

Walaupun jauh, Amir dapat lihat yang Maisarah berjalan sambil memerhatikan mereka sekejap disebalik kaca mata hitam yang dipakai. Hanya beberapa saat sebelum Maisarah melangkah masuk kedalam pejabat.

Dan disitu lah Amir dan Wan tunggu dalam kereta sehingga Maisarah keluar. Nampak macam tidak susah kerja macam ini. Walhal siapa yang merasa akan rasa susahnya dan penatnya menunggu.

Nadhirah berdiri didepan biliknya menunggu Maisarah lintas untuk masuk kedalam bilik. Macam mana tahu bos dah masuk? Di biliknya juga ada cctv tapi hanya cctv di lif tingkat itu dan lobi sahaja.

Maisarah berhenti didepan Nadhirah. Lalu dia buka kaca mata hitamnya.

"Selamat pagi Tengk- Eh Cik Syuhada? Tengku Maisarah mana? Kenapa awak guna kereta dia?" dan bukan Maisarah disebalik kaca mata hitam itu tapi Syuhada. Ini adalah sebahagian dari rancangan Maisarah.

Syuhada tersengih. "Dia ada hal kat luar. Dia suruh saya guna kereta dia sementara dia keluar. Nanti dia datang awak tanya lah dia."

"Oh. Eh tak nak lah saya tanya. Rasa macam sibuk pula. Okay lah. Tengku pun tak hadir. Saya buat kerja dulu ya?"

Syuhada mengangguk. Nadhirah pusing dan duduk menyambung kerjanya yang tergendala tadi. Syuhada pula mahu berjumpa dengan Amanina. Tapi Amanina belum muncul dalam pejabat itu.

Mungkin sarapan di luar dengan kawan. Dia mahu memberitahu Amanina untuk menutup segala kerja yang sepatut Maisarah selesaikan.

• • •

Apa terjadi kepada Tengku Maisarah yang sebenar?

Kereta Jaguar yang dipandu oleh Syuhada keluar dari perkarangan rumah. Selepas itu, kereta Amanina, Zarra, Zayyan, Zulhilmi dan sebuah kereta Alphard yang membawa budak-budak ke sekolah pula meluncur keluar untuk pergi ke destinasi masing-masing.

Benci Mr. Tengku √Where stories live. Discover now