BMT 92

10.6K 369 5
                                    

Imbas kembali

"Saya cerita ni, tolong jangan beritahu sesiapa."

"Janji." Maisarah angkat tangan. Encik Thariq menarik nafas.

"Dulu masa zaman Tun, masa Tun belum lagi ada sebuat empayar, dia ada bercerita dengan kawan-kawan dia yang dia nak buat sebuah syarikat sendiri untuk sara keluarga dia nanti. Kawan-kawan dia pun setujulah.

Jadi, habis mereka belajar, terus Tun berusaha untuk membangunkan syarikat dia sendiri. Mula-mula dia bekerja di sebuah syarikat untuk mengambil pengalaman.

Sudah lama-lama, dia berjaya dengan pertolongan kawan-kawan dia. Kawan dia ada tiga orang, Tun Mazlan, Tun Tengku Firdaus dan Dato Malik. Mereka buat surat perjanjian dan angkat sumpah. Mereka setuju yang saham syarikat akan beri sama rata antara mereka.

Semua sudah meninggal pada masa ini. Bermula apabila syarikat tu mula berkembang, Malik dia khianati Tun.

Dia ambil ¾ dari duit syarikat setiap bulan. Jumlahnya memang banyak. Pada mulanya, Tun tak perasan. Sudah lama-lama, dia perasan yang duit syarikat sudah banyak kurang. Dia tengok pada carta pun, jauh turun keuntungan pada tahun itu.

Pada masa itu juga, Malik datang pada Tun dan kawan-kawannya yang dia mahu tarik diri dari melabur pada syarikat itu atas alasan dia tak minat lagi dengan dunia bisnes. Tun dan dua orang lagi kawan dia ni pun setujulah. Mereka bubarkan nama Malik pada surat janji tu.

Dia tak mungkir janji. Kalau dia bagitahu, maknanya dia tak mungkir. Dia putuskan janji tu dengan yang lain."

Maisarah terangguk-angguk mendengar.

"Lepas beberapa bulan, alhamdulillah, Tun dapat selesaikan masalah dia. Syarikat kembali stabil. Tapi mereka mula pelik apabila Malik, kawan mereka ni kena naikkan pangkat menjadi Dato. Dan rupanya selama ini, Malik membina sendiri syarikat dia dengan duit hasil daripada TMJM Holdings.

Tun dan kawan-kawan dia memang kecewa dengan Malik. Tidak lama selepas itu, kedua syarikat tu menjadi musuh sebab Malik mengaku yang dia cemburu dan dia mahu syarikat untuk dia seorang.

Kemudian, Tun dan kawan-kawan dia pula dinobatkan sebagai 'Tun' sekaligus. Itu juga membuatkan Malik rasa tercabar dan cemburu. Dia pernah sihirkan syarikat Tun. Tapi nasib baik Tun cepat sedar akan itu dan terus dia menyuruh orang untuk menghilangkan sihir itu.

Tengku Alias, Tun Mazlan dan Tengku Firdaus ada plan nak keturunan mereka bersatu untuk memajukan lagi syarikat mereka.

Tapi tak lama selepas itu, Tun Mazlan meninggal disebabkan keracunan tikus pada usia 30-an. Dia dah nak kahwin masa tu. Tapi nyawa dia tak panjang. Dia tak sempat ada pewaris.

Sebelum dia meninggal, dia ada sign kontrak yang dia pun nak lepaskan janji tu. Disebabkan dia tak ada pewaris lagi, dia berikan saham syarikat yang dia majukan tu pada Tun Alias dan Tun Firdaus.

Beberapa tahun kemudian, syarikat pun bertambah maju, Tengku Alias dan Tengku Firdaus pula meninggal sebab terlibat dalam kemalangan. Kes itu sudah lama kena tutup lepas mahkamah setuju yang kemalangan itu atas kecuaian dua belah pihak.

Tapi saya macam curiga sebab entahlah. Apa boleh buat kan?

Lepas tu, syarikat dikawal oleh Tengku Mukhriz sementara Tengku Maisarah habis belajar.

Dan kalau Tengku nak tahu, Tengku Firdaus adalah atok Tengku Izzraf. Sebab itu mereka berdua buat wasiat nak satukan kamu berdua. Dengan cara ini, syarikat tu dapat diuruskan oleh pewaris mereka berdua. Harap Tengku fahamlah."

Benci Mr. Tengku √Where stories live. Discover now