BMT 22 : Rasa Bersalah

14.3K 553 7
                                    

"Kapten, Tengku, saya minta maaf sekali lagi. Mira, you are too much."

Amira menggolekkan mata lalu pusingkan badan kebelakang sambil berpeluk tubuh. Hafiz ikut Amira masuk kedalam bilik lalu ditutupnya pintu. Kedua Tengku itu memandang pintu bilik.

Lepas pintu tertutup, Izzraf memejam mata. Dia masih memandang pintu apabila terasa renungan tajam Maisarah. Perlahan-lahan dia pusing kedepan menghadap Maisarah yang berpeluk tubuh.

Bibir bawah digigit. Kedua tangan digenggam kedepan.

Maisarah menjengkelkan mata. Tangan kanan dihulur tanpa kata apa-apa. Kening Izzraf ternaik. Tapak tangan dan Maisarah dipandang silih berganti.

"Apa?"

"Kad bilik."

"Oh. Nah." Poket diseluk dan benda yang dicari sudah jumpa lantas dsimpan atas tapak tangan Maisarah.

Maisarah menutup tangannya kasar membuatkan Izzraf terkejut. Mana taknya, belum larikan tangan sudah kena cekup kad tu.

Jelingan diberi sebelum Maisarah berlalu pergi ke bilik 1208. Tanpa lenguh lagi, Izzraf membuntuti Maisarah masuk kebilik.

Terus sahaja dia duduk dibirai katil setelah membuka baju sejuk untuk menunggu baju tadi sampai. Lain yang ditunggu, lain pula yang datang. Izzraf menghampiri Maisarah yang lagi berpeluk tubuh dan melarikan mata ketempat lain. Dia duduk disebelah.

"Em... Maisaraahh..." dia meleretkan hujung perkataan.

"Aku-"

"Shh!"

Bunyi lonceng bilik menyentakkan mereka. Maisarah bangun dan berlalu kepintu. Pintu dibuka luas-luas.

"Entrer. Il suffit de le mettre sur le lit." kata Maisarah. Pekerja hotel yang membawa barang itu masuk lalu simpan baju diatas katil seperti disuruh Maisarah.

Plastik barangan lain pula disimpan atas lantai berdekatan katil. Selesai semuanya, pekerja itu tunduk hormat kepada Maisarah.

"Je vous remercie."

"Vous êtes les bienvenus."

Maisarah senyum lalu pekerja itu pun pergi. Pintu ditutup semula. Dia menapak ke katil dimana baju itu disimpan. Hanger pada kedua baju itu dinaikkan untuk melihat.

"Sarah, aku nak cakap ni." Izzraf rasa tak tenang bila dia tak dapat meminta maaf kepada Maisarah.

"Just keep it. Sekarang, kau pergi mandi lepas tu pakai ni. Kita pergi dinner tu." arah Maisarah lalu hanger yang tergantung baju tuks warna hitam.

Izzraf mengeluh. Namun diikutkannya juga.

×××

"Sarah, aku nak minta maaf pasal semalam. Kau boleh salahkan aku sebab memang salah aku pun." Entah keberapa kali Izzraf meminta maaf.

Kehulu-kehilir dia mengikut Maisarah yang sedang memilih penampilannya untuk malam ini. Bukan dia tak dengar, tapi masalahnya mereka dah lambat. Nanti kalau akhir datang, kena cakapi pula.

Maisarah menghembus nafas. Suis untuk seterika ditutup. Blazer hitam yang baru digosoknya tadi diangkat sebelum kebelakang menghadap Izzraf.

"Aku cakap simpan dulu kan? Lagipun aku dah lupa. So kalau nak aku maafkan, jangan ungkit. Okay?" kata Maisarah, lembut.

Dia malas mahu tinggikan suara. Sebab dia penat, dan sebab lelaki dihadapannya kini adalah suaminya.

Izzraf mengeluh kesekian kalinya kerana hampa. Kemudian dia mengangguk. Maisara memberikan senyum.

"Nah." Blazer diberi kepada Izzraf. Tapi Izzraf hanya tenung tanpa mencapainya.

"Tunggu apa lagi? Ambil lah."

Izzraf senyum.

"Pakaikan."

Maisarah membuat muka. "Boleh tak jangan mengada?"

"Mengada dengan kau je." Masih dengan senyuman misterinya. Maisarah buat muka geli.

"Pakai jelah. Dah lambat ni, tahu tak?" suaranya cuba dikawal.

"Alaa... pakai kan je. Tak lama pun. Tu kau sarung kat badan aku, lepas tu done. Easy right?"

Maisarah menghela nafas lalu tergeleng-geleng kepalanya. Izzraf sudah tersenyum menang bila blazernya sudah disarung.

Kalau macam ni lah, setiap masa dia tersenyum.

"Dah."

"Jangan kacau aku. Aku nak bersiap." Ujar Maisarah.

Dia mencapai shawl lalu berdiri depan cermin. Lepas memakai inner, dia simpan atas kepala lalu dililitnya.

Izzraf pula menghampiri meja solek tempat Maisarah berdiri. Dia memakai jam. Minyak wangi disembur dan rambut diusap dengan gel. Maisarah dikerling.

Keningnya ternaik sedikit. Memang macam ni eh kalau perempuan pakai tudung? Tiup-tiup, dah lawa tapi buka semula lepas tu lilit semula. Adoii. Nasib baik lah Maisarah bukan jenis yang pakai make-up. Kalau tak, memang lama lah mereka keluar.

Lengan kiri diletak atas meja solek dan badan menghadap Maisarah yang masih meng-adjust muncung shawl. Setiap inci muka Maisarah yang tegang melihat cermin direnung.

Leka dia tenung, tanpa sedar tapak tangannya naik dan menyetuh pipi putih Maisarah.

Maisarah yang sedang menyucuk tepi tudung, tersentak. Tangannya terjatuh dan mata dialihkan memandang Izzraf yang tersenyum sendiri. Dia tak buat apa-apa malah membiarkan pipinya diusap.

"Cantik." Gumam Izzraf tanpa kesedaran.

"Sarah, I'm sorry." Katanya perlahan separa berbisik.

Dahi Maisarah berlapis seribu. Pelik dengan perilaku si dia, Maisarah menepis tangan kekar dari menyentuh pipinya.

"I hope kau sedar apa kau buat."

Izzraf tertawa kecil lalu dia berdiri tegak dan berpeluk tubuh.

"Of course aku sedar. Aku cakap, I'm sorry kan? Is my sorry accepted?" tanya Izzraf penuh harapan.

Maisarah mengemam bibirnya. Tak tahu nak cakap apa.

Tiba-tiba lonceng berbunyi. Dua-dua menoleh ke pintu. Orang yang berada di luar bilik itu menekan lonceng berkali-kali.

Maisarah memandang Izzraf sejenak sebelum menghampiri pintu. Tanpa lihat melalui lubang kecil, dia terus membukanya.

Tetamu tak diundang itu tersenyum manis. Maisarah menghela nafas. Pintu dibuka untuk memberikan gadis itu masuk.

"Masuk lah dulu." Pamitnya. Raihanah terus masuk.

"Eh tapi jangan kacau apa-apa." Kata Maisarah semasa menutup pintu. Raihanah hanya mengumam.

Dia menghampiri Izzraf yang duduk di birai katil sedang memakai stoking yang baru dibeli Maisarah tadi.

"Hai. Rasanya, kita tak sempat berkenalan kan?"

Izzraf mendongak. Keningnya bertemu. Setahu dia, Maisarah memakai dress warna hitam dan shawl menutup dada. Ini dress sama corak tapi berlainan warna dan shawl juga digayakan kebelakang.

"Oh. You don't know yet?" soal Raihanah bila terperasan riak Izzraf.

"Hah? Know what?"

"Okay dah. Jom." Maisarah menghampiri.

Izzraf terlopong sekali lagi.

"Tutup mulut kau tu. Masuk lalat, naya." Ujar Maisarah. Raihanah mahu ketawa tapi dia tutup mulut.

Izzraf mengecilkan mata. Dia bangun daru duduk dan tangan Maisarah digenggam.

~ Benci Mr. Tengku ~ 

Benci Mr. Tengku √Where stories live. Discover now