BMT 47 : Demam

12.2K 447 10
                                    

Kereta Honda Civic itu dihentikan dihadapan rumah banglo tiga tingkat. Syuhada mengintai melihat rumah itu dari penghadang cermin kereta.

Telefonnya dicapai dan cuba menelefon Maisarah. Namun tiada jawapan. Dia mula risau. Sudah dua hari Maisarah tidak masuk kerja sejak tangkap penjenayah tempoh hari.

Lama menunggu, Syuhada mengambil keputusan untuk keluar dari kereta. Dia menghampiri pintu.

Pelik, sunyi saja keadaan rumah itu. Tengku Mukhriz suruh Syuhada memeriksa keadaan Maisarah kerana risau akan anaknya yang sudah beberapa hari tidak tunjukkan diri.

Tombol pintu dibuka. Dahi berlapis seribu.

"Aik? Tak kunci? Tak tahu ke dah banyak pencuri, perogol, perompak kat Malaysia ni?" kepala tergeleng-geleng. Pintu ditolak.

Setahu dia, Maisarah selalu kunci semua pintu dia.

Kaki menapak masuk. Pintu ditutup. Sekeliling rumah itu dipandang sambil kaki mengatur ke tangga.

Sunyi dan gelap. Langsir tertutup seperti tiada orang yang menghuni rumah itu. Lagilah Syuhada risau.

Maisarah mana? Kalau rumah itu tidak berpenghuni, Maisarah pergi mana?

Kaki mendaki tangga. Dia melintasi setiap pintu. Dia tidak tahu bilik Maisarah mana satu.

Sedang dia melintasi bilik yang ada, dia berhenti dihadapan satu bilik. Kakinya terasa sejuk. Ada angin yang dingin keluar melalui bawah pintu.

Pintu itu terus dikuak.

"Ya Allah, Maisarah!" matanya terbeliak melihat tubuh seseorang yang dibaluti selimut.

Selimut itu ditarik. Wajah pucat Maisarah menyapa penglihatannya. Dahi Maisarah diraba. Panas!

Bahu ditepuk. Satu badan membahang. Maisarah perlahan membuka matanya. Terasa berat pula mahu buka.

"Sarah, bangun. Kita pergi hospital." Maisarah cuba untuk dibangunkan. Entah berapa lama dia baring atas katil.

Apabila dia bergerak, kepalanya terasa mencucuk lebih dalam. Kepala disentuh.

"Ahh! Sakit..." adu Maisarah. Air mata sudah terjatuh. Badan tersandar lemah dikepala katil.

Kesian pula Syuhada tengok. Dia mengeluarkan telefonnya lalu menelefon seseorang. Tak larat dia mahu bawa Maisarah ke hospital seorang diri.

"Hello. Assalamualaikum, Zarra. Boleh tak kau pergi rumah Maisarah sekarang? Dia demam. Oh okay. Aku hantar alamat." panggilan ditutup. Selepas menghantar alamat kepada Zarra, Syuhada menyimpan kembali telefonnya kedalam poket.

Tudung Maisarah dicapai lalu menyarungkannya pada kepala Maisarah. Maisarah masih memakai pakaian yang dipakai dua hari lepas. Mungkin lepas pulang dari hutan, Maisarah terus demam.

"Jom, kita pergi hospital." Kata Syuhada. Maisarah akur. Kepalanya yang terasa sakit itu ditahan. Hanya air mata yang membawa kesakitan itu semua.

Syuhada tolong memapah Maisarah turun. Pintu rumah dibuka.

Kelihatan kereta Audi warna kelabu masuk kedalam perkarangan rumah. Zarra keluar dan membukakan pintu belakang.

Syuhada membawa Maisarah masuk kedalam dan dia juga duduk dibelakang untuk menemani Maisarah.

Zarra memandu keretanya keluar dan menuju ke hospital.

• • •

Doktor perempuan keluar dari wad VIP. Tengku Mukhriz dan Puan Dahlia terus berdiri dan menghampiri doktor itu.

Benci Mr. Tengku √Where stories live. Discover now