BMT 26 : Reunion

13.3K 488 11
                                    

Setelah dua minggu bercuti, Maisarah kembali bekerja. Kalau ikutkan hati, malas mahu pergi kerja.

Masuk sahaja ke bilik, matanya terhidang dengan benda warna putih yang bertimbun. Disebelah benda putih itu pula ada benda tebal warna hitam kelabu.

Memang penat dan memalaskan.

Apa nak buat? Walaupun dia bos, dia pemilik, dia kena tunjukkan contoh yang bagus kepada pekerja bawahan.

Punggung dihenyak atas kerusi empuknya.

"Welcome back Tengku dan selamat pengantin baru. Maaf saya tak dapat datang sebab hal keluarga." Nadhirah yang sedari tadi mengikut Maisarah bersuara setelah bosnya itu duduk.

"Terima kasih. It's okay kalau awak tak dapat datang. Btw, hari ni ada apa?" balas Maisarah.

Kertas yang bercantum dengan ring dihujungnya dibelek. Memandangkan berselerak, dia belek yang dihadapannya dahulu. Sambil itu dia mendengar setiap kata setiausahanya.

Tiada yang menarik perhatiannya. Dicapainya yang lain.

"Hari ni memandangkan Tengku baru je masuk kerja, Tengku tak ada apa-apa yang perlu dibuat luar pejabat. Tengku hanya perlu semak semua ni. Saya dah susunkannya.

Yang ni semua nya proposal dan tender dari syarikat lain. Yang ni pula dihantar oleh anak syarikat TMJM Holdings masa Tengku tak hadir. Bos kat sana suruh Tengku approve dan sign untuk projek dia orang yang seterusnya. Dan yang ini adalah surat jemputan. Maaf lah kalau berselerak."

Ada sengihan dihujung percakapan.

Maisarah menghembus nafas. Belakang badan disandar pada kepala kerusi. Kaki dinaikkan dan disilang.

"Okay thanks."

Nadhirah mengangguk dan dia pamit mahu keluar. Setelah Nadhirah keluar, Maisarah kembali memerhatikan kertas diatas mejanya.

Yang dia rasakan tidak penting, diasingkan dulu. Sehingga matanya tertancap pada satu kertas.

Syuhada membuka pintu lalu masuk kedalam. Meja Maisarah dihampiri. Dia duduk dikerusi berhadapan dengan Maisarah.

"Syu cuba kau tengok ni." kertas dihulurkan kepada Syuhada.

Syuhada mencapainya dan membaca.

"Eh bagus lah ni. Ikutlah. Kalau kau dapat, untung syarikat ni tau. Dalam masa yang sama, dapat jadi first projek yang dipantau oleh kau." sokong Syuhada.

Kertas itu adalah boring tawaran untuk mengikuti pertandingan membuat plan untuk dibina di dataran milik Syarikat Syed and Propeties.

Kalau menang dan dapat menarik perhatian CEO Syed and Propeties dengan hasil plan yang menarik, Syed and Propeties akan bagi RM100 juta untuk membeli plan itu dan syarikat yang beruntung itu akan menjadi pelabur untuk projek pembinaannya.

Rezeki tu.

Tapi yang Maisarah risau adalah pertandingan ini akan diikuti oleh syarikat-syarikat yang ternama dan terbesar dari seluruh Malaysia. Dia pun baru saja masuk dalam dunia perniagaan dan masih mentah.

"Kau rasa kita akan dapat ke? Yelah, ni kan first time aku buat semua ni. Aku tak yakin lah Syu."

"Maisarah, kau kena yakin dengan diri kau. Kau kena cuba. Dan lepas kau dah berusaha, tawakal. Berserah diri dekat Allah. Kalau kau tak yakin, macam mana kau nak cuba? Macam mana kau nak ada pengelaman? You just do it okay? Aku sokong kau."

"Okay lah kalau macam tu. Nanti aku bincang dengan yang lain. Ah memandangkan kau ada kat sini, kau tolong aku selesai kan semua ni."

Syuhada hanya ikutkan. Dapat pahala kalau tolong orang. Lagipun dia tak buat apa-apa. Kadang-kadang dia rasa dirinya menyemak dalam pejabat TMJM Holdings kerana hanya membawa badan masuk kedalam tanpa membuat apa-apa.

Hanya ikut setiap langkah Maisarah. Dia bukannya tak mahu berkerja. Masalahnya, dia tak tahu mahu kerja sebagai apa memandangkan pembelajarannya hanya setakat SPM.

Ada juga teringin mahu melanjutkan pelajaran, tapi duit tak ada. Tak mahu lah guna duit keluarga angkatnya. Dia sudah mula berdikari setelah kedua orang tuanya meninggal dunia.

Tapi ada juga orang yang baik hati mengambilnya sebagai anak angkat. Dan tak sangka pula keluarga itu adalah keluarga sahabat baiknya semasa sekolah menengah.

Ahli keluarga yang lain pun baik. Sehingga menolongnya untuk mengurangkan berat badan.

Pintu terbuka. Automatik kepala tertoleh. Melihat gerangan yang masuk terus kedua gadis itu berdiri dari duduk serentak.

"Eh daddy. Duduk lah." kata Maisarah. Dia menghampiri Tengku Dahlan lalu menyalam tangan ayah mertuanya.

Tengku Dahlan duduk disebelah kerusi yang Syuhada duduk.

"Maaf Tengku. Saya keluar dulu." Ucap Syuhada sambil menunduk.

"Tak pe takpe. Duduk lah."

Syuhada mengangguk dan duduk semula. Maisarah juga sudah melabuhkan punggung atas kerusi berodanya.

"Ada apa daddy datang sini? Oh maaflah. Bersepah." Ujar Maisarah.

"Ah no I don't mind. Daddy datang nak serahkan ni." benda yang sedari tadi dalam genggamannya diberi.

Maisarah mengambilnya dan meneliti.

"Kenapa tak bagi kat rumah je? Minggu ni Sarah dengan Izz pergi rumah daddy kan?"

"Saja je bagi awal. Lagipun majlis tu hari isnin depan. Daddy dengan mummy nak pergi Italy. Ada hal. Karang tak sempat nak bagi. Oh ya lagi satu. Daddy dah tempah dress Sarah dengan Syuhada. Nanti daddy send tempat kat mana ambil ye?"

"Okay. Tapi kan daddy, reunion ni semua pelajar intake 15 hadir ke?"

"Haah. Semua."

Maisarah tediam. Nafas dihela.

Melihat perubahan pada riak Maisarah, Tengku Dahlan faham.

"Sarah jangan risau. Orang tak akan buli Sarah lagi."

Maisarah senyum kelat. Memang lah tak kena buli lagi. Pembuli tu dah terikat dengannya.

• • •

Keesokkan harinya, Maisarah membuat perbincangan kecil-kecilan dalam bilik pejabatnya. Semua ketua pegawai sahaja yang mengikutinya.

Perbincangan tentang surat tawaran dari Syed and Properties. Rupa-rupanya, Amanina selaku ketua pegawai operasi sudah menandatangan dan borang penyertaan sudah di hantar pada syarikat tersebut.

Amanina buat begitu kerana dia yakin yang Maisarah, sepupunya itu dapat membuat dengan baik.

"Okay lah kalau macam tu. Dah hantar pun kan?" ujar Maisarah. Pen diketuk atas permukaan meja.

"Bila due date yang kena beri?"

"Pertengahan bulan depan. Kira-kira 3 minggu dari sekarang." Nadhirah menjawab.

"Emm... kalau macam tu, satu minggu sebelum dihantar,  saya nak semua bentangkan idea masing-masing untuk menghasilkan plan yang nak dihantar pada Syed and Properties. Boleh kan macam tu? Bukan apa saya suruh-suruh ni. Saya nak korang create pengelaman dan buka minda dan cabar diri untuk mengeluarkan pendapat sendiri. Boleh eh? Tak menyusahkan kan? Tak pe, saya juga akan pentangkan pendapat saya."

Semua pegawai dan pengarah hanya terangguk-angguk.

"Boleh je. Tak ada masalah. Kan?" pengarah pembangunan bertanya pada yang lain.

"Haah. Boleh juga kita share pendapat."

Yang lain mengangguk lagi mengiyakan. Maisarah senyum.

"Okay cun!" tangan ditepuk.

"Dhirah, minggu depan bila free time saya?"

Nadhirah meneliti Ipadnya.

"Hari selasa. Lepas lunch time hingga habis waktu kerja."

"Mmm pukul 2 petang lah. Sehingga habis. Catat tau. Dan saya tak nak ketua yang membuat perbentangan. Sesiapa saja yang bekerja bawahan asalkan bukan ketua atau penolong."

Benci Mr. Tengku √Where stories live. Discover now