BMT 43 : Nyanyi

10.8K 417 4
                                    

Angin sejuk menyentuh kulit badannya yang tidak berbaju. Dari berbaring menghadap dinding, dia pusing dan melentang kesebelah kiri. Dia meraba di sebelah kirinya. Sepatutnya Maisarah ada disitu.

Dia angkat kepala dan satu mata dibuka. Sebelahnya kosong. Dengan kepala yang berat, dia membangunkan dirinya. Sinaran dari kaca pintu yang berada betul-betul dihadapan katil itu, membuatkan dia silau. Dia turun dari katil.

Kepala digeleng menghilangkan rasa berat itu. Selepas itu, dia bangun dan membersihkan diri.

Setelah bersihkan badan, dia memakai baju t-shirt dan seluar sukan. Semalam Maisarah kata baju itu pinjam dari seorang kakak ni yang tinggal dipulau itu. dia pakai sajalah. Lagipun baju tidak sempat dibawa.

Kelibatan Maisarah dicari. Seluruh vila itu seperti tiada aura Maisarah. Mungkin di luar.

Pintu dibuka dan Izzraf keluar. Dia berdiri di porch. Matanya dikecilkan kerana matahari yang cerah menusuk. Rayban dipakai.

Dia menuruni tangga porch dan apabila dia menoleh kesebelah kanan, ada beberapa orang duduk di pondok yang terbuka sambil gelak ketawa. Dia berhenti berjalan sambil menghadap manusia-manusia yang dia tidak kenal. Tangan dimasukkan kedalam poket seluar.

Kelihatan seorang perempuan berbaju jumpsuit tidak ketat yang sama warna dengan Izzraf dan bertudung merah jambu sedang turun dari pondok itu. Tanpa kasut atau selipar, dia berjalan menghampiri persisiran laut yang terbentang luas.

Dia melabuhkan punggung jauh dari air laut yang terkena pasir dek ombak yang memukul. Kaki dipeluk.

Izzraf hanya memerhati. Mestilah dia kenal itu adalah isterinya, Maisarah. Kaki diatur kesitu.

Maisarah termenung melihat keindahan alam yang dicipta oleh Maha Berkuasa. Rupanya, disini sungguh menenangkan. Lagi-lagi ada penghuni yang menjaga pulau itu.

Dia sudah kenal semua. Yang kakak semalam tu, namanya Kak Azemah. Panggil kak Aze. Dia merupakan pengurus pulau itu dan sudah lama bekerja dengan arwah Tengku Alias.

Yang lain pula adalah ahli-ahli keluarga Kak Aze. Semuanya baik hati. Kalau macam ini lah rasanya, dah lama dia berhijrah kesini semasa dipaksa kahwin dulu. Tapi apakan daya, jodohnya sudah sampai.

Izzraf berjalan perlahan kearah Maisarah. Bahu Maisarah disentuh kasar.

"Eh jodoh dah sampai!" latah Maisarah tiba-tiba. Dia mengurut dada.

Izzraf duduk disebelah Maisarah.

"Jodoh kau tu, aku lah ya?"

Maisarah menolak bahu Izzraf kuat.

"Eyy kau ni. Cuba bagi salam. Kalau aku pengsan, biar kau angkat aku balik ke Malaysia! Aku berat tahu."

Izzraf tergelak kecil.

"Takpe. Kalau mengenai kau..." Izzraf mendekatkan bibirnya ketelinga Maisarah.

"... aku sanggup buat apa saja. Walau melibatkan nyawa aku sekalipun. Cause I will not lose my angel." Bisiknya perlahan.

Jantung Maisarah berdetak laju. Kakinya yang dipeluk tadi diturunkan, duduk besila. Nafas dihembus dari hidung. Kepala tertunduk. Jari bemain sesama sendiri.

Sejak bila aku malu ni? Argh!

Izzraf tergelak kecil lagi. Walaupun Maisarah tunduk, dia nampak pipi Maisarah merah.

"Dah tak marah lagi?" soalnya dengan nada mengejek. Maisarah masih tunduk. Dia tak tahu nak cakap apa.

"Mai."

Benci Mr. Tengku √Where stories live. Discover now