66 : SPECIAL PART

718 60 26
                                    

Min Pov

Seusai mandi, pakaian di dalam almari menjadi tatapan aku, semuanya pakaian yang sama aku pakai setiap hari. Muak juga rasa.

Tapi inilah hadiah sempena ulang tahun kelahiran aku daripada V.

10 helai gaun mengandung khas untuk keluar dan 10 helai khas untuk dipakai di rumah atau untuk tidur.

Gaun mengandung untuk keluar adalah labuh melepasi lutut dan tidak jarang, bercorak bunga yang sememangnya citarasa aku. Berlengan tiga suku. Sepenuhnya hasil rekaan V dan dihasilkan oleh salah seorang pereka fesyen paling terkenal di dunia.

Gaun mengandung indoor pula lebih nipis dan sedikit mengikut badan. Tidak berlengan dan hanya separas lutut menjadikan gaun tersebut sedikit seksi....tapi indoorkan, jadi bukan permasalahan yang besar.

Dan kesemua gaun hadiah V bertemakan bunga sakura, lavender, tulip dan rama-rama. Iaitu memang kegemaran aku.

Mungkin heolmoni yang membocorkan citarasa aku.

Akhirnya gaun untuk pakai keluar bercorak rama-rama aku ambil dan sarungkan ke badan.

Pantulan diriku dicermin aku pandang sekilas. Rambut aku ikat tocang satu.

Tetiba bayiku menendang. Perut aku pegang.

Senak! Itu yang aku rasakan selain rasa teruja.

Kandunganku sudah memasuki usia 9 bulan, dan tak lama lagi aku akan kembali ke bumi Korea.

Sungguh itu tempat yang pernah aku benci suatu ketika dahulu kini menjadi kerinduan buatku.

Telefon aku ambil sambil berjalan perlahan menuju keluar. Aku ingat pesan V supaya aku lebih berlemah lembut semasa mengandung.

Boxing rim menjadi tarikan buatku.

Selalunya masa begini Hoseok akan sparing.

"Hati-hati Min!" Ahjusshi Jung berkata sambil menghampiriku.

Aku hanya menarik senyuman. Permandangan tradisional negara Jepun menjadi tatapan harianku.

Kami berjalan beriringan.

"Ahjusshi nak pergi tengok Hoseok juga?" Soalku memecah kesunyian.

"Ya, katanya dia dah pandai teknik Min yang baru tu." Ahjusshi tersenyum. Seperti bangga dengan anaknya.

"Harap macam tulah ahjusshi!" Balasku. Senyuman sinis aku tarik.

Walaupun aku sedang mengandung, tetapi untuk mengajar beberapa teknik bukanlah mustahil.

Apatah lagi aku pernah menjadi professional fighter.

"Jom duduk." Ajak ahjusshi sewaktu kami memasuki kawasan boxing.

Terus kerusi yang ada aku tuju. Ahjusshi melabuhkan duduk disebelahku.

Hoseok melambai kearah kami sambil berlatih sparing.

Hidup dibawah lindungan Keepers menjadikan aku manusia biasa, hidup tanpa ada ketakutan. Sentiasa dilindungi dan selamat. Tetapi sunyi, sunyi tanpa ahli keluarga aku yang berada di Korea dan sunyi kerana aku terkurung di dalam kawasan Keepers.

"Fikir apa Min? Min macam tak fokus harini." Ahjusshi menyoal.

"Aniyyo, Min nak jadi good fighter lagi selepas melahirkan. " balasku.

Yalah semua muscle aku dah hilang. Selain kena berusaha mendapatkan berat badan yang asal kembali, aku juga kena bina otot dan asah kembali teknik berlawan aku supaya menjadi lebih cekap.

Gangster High (C)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora