49

606 48 7
                                    

Min Pov

Tetapi otak masih keras berfikir menyebabkan aku tidak boleh ke alam tidur.

Tetiba terasa bahuku basah. Mata aku buka. Tapi tak hujan.

Hanya ada satu sebab saja kenapa bahu aku basah.

Sebab V menangis, ya kepalanya berada di bahu aku.

Pertama kali V menangis, selalunya dia yang melihat aku menangis.

Tangan V yang memeluk perutku, aku usap perlahan.

"Mian buat kau terjaga. " ucap V. Esakan ditahan sebaiknya.

Aku menepuk perlahan tangannya seperti mendodoikan bayi.

"Kau taukan aku benci dengan perempuan? "V memulakan bicara.

Aku hanya menganggukkan kepala. Cuba mengikut rentak.

"Sebab eomma tiri aku dera aku, hingga aku trauma, dan menjadi takut. Terlalu takut dengan perempuan sampaikan aku bertindak untuk menjauhi semua wanita.

Lagipun aku hidup tanpa kasih seorang eomma mahupun wanita. " air mata V lebat mengalir hingga titisannya terasa dibahuku.

"Aku nak sangat ada keluarga yang harmoni dan normal macam keluarga lain. Keluarga yang ada masa aku memerlukan, berkongsi suka dan duka...

Tapi aku tak pernah ada, sekarang appa kata aku ada hyung-hyung, tapi mereka juga yang cuba nak bunuh aku... " ucap V hiba.

"Kau silap, mereka yang cuba menyelamatkan kau haritu dari kena bunuh oleh Han Myung Jeong" bicara Kookie yang bangun bersila.

Dia ni, bila masa bangun?!

"Maksud kau? " soal V.

"Masa kau dengan Min baru balik selepas pemilihan yang terpilih tu korang kena serang betul! Kita semua tau dalangnya Han Myung Jeong. Tapi kau tak pelik kenapa Jihwan aka Seokjin ada kat situ dan selamatkan kau?! " soal Kookie.

Itu yang aku dan kookie rasa pelik, jadi aku arahkan dia untuk siasat.

Hasilnya kami hanya dapat tau nama sebenar mereka. Aku mintak Kookie maklumkan pada appa, dan tak sangka lepas appa dapat tau, rahsia yang tiada sesiapa tau terus terbongkar.

"Tapi mereka nak bunuh aku lepas tu kan?" Ucap V.

"Ani...kau terima panggilan daripada anak buah kau untuk jumpa kat luarkan? Sebenarnya anak buah kau tu bersekongkol dengan anak buah Han Myung Jeong untuk bunuh kau.

Aku tak tau apa yang terjadi, tapi aku syak hyung kau cuba selamatkan kau lagi, sebab mayat anak buah Han Myung Jeong ditemui disitu.

Andaian aku, Han Myung Jeong cuba untuk bunuh kau pula, selepas dia gagal bunuh Min. Mungkin dia akan paksa Han Sung Jeong untuk kahwin dengan Min, supaya dia dapat bolot semua harta." Terang kookie panjang lebar.

Jauh dia berandaian. Dan aku menyokong andaian tersebut.

Tetiba perutku terasa seperti di tekan.

Tangan V yang masih memelukku membentuk penumbuk, sedikit sebanyak penumbuknya menekan perutku kerana dia sedang menahan amarah.

Laju tangannya aku ubah dari memelukku.

V terkejut dengan perbuatanku itu terus tersedar akan tindakannya yang mampu menyebabkan aku keguguran.

"Mian...mian...mian..." Ucap V kerisauan.

"Sakit sangat ke?" Soal V.

"Gwaenchana.." Ujarku.

Gangster High (C)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant