37

690 52 1
                                    

Min Pov

Aku memandang kosong kepada appa.

"Taehyung hilang, berlaku pergaduhan dan Taehyung ditangkap oleh mereka. " ujar appa sebagai mukadimah.

"Siapa mereka? " soalku.

"Appa syak Gangster Low sebab mereka memang musuh tradisi kita."

"Jadi macam mana dengan Taehyung sekarang ni? " soalku tidak sabar.

Untung appa nak cerita dengan aku.

"Anak buah masih cari dia, berdasarkan sumber Taehyung tak boleh nak melawan masa tu sebab dia kena tembak." Ulas appa lagi.

Terduduk aku diatas katil.

"Tapi dia masih hidup masa diorang bawa dia pegi, cuma anak buah yang ikut dia ada yang mati. " ujar appa.

Kelegaan menusup hatiku.

Nasib V masih hidup. Aku belum lagi merancang untuk menjanda.

Telefon bimbitku berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.

"Macam mana? " soalku tidak sabar kepada si pemanggil.

"Ok, aku nak kau bawa anak buah secukupnya, bersedia di markas sekejap lagi aku sampai. Kita ke gudang tu." arahku selepas mendengar penjelasan daripada anak buah aku.

Pandangan aku halakan kepada appa semula.

"Taehyung dibawa ke satu gudang milik Gangster Low"

"Tahniah Min, kamu sememangnya layak menjadi ketua Gangster High" ujar appa sambil menarik senyuman bangga.

"Appa akan hantar anak buah untuk memerhati, kamu pun sama, tapi kamu kena makan dulu sekarang. " pesan appa sambil mengelus lembut rambutku.

Aku hanya menangguk dan menarik satu senyuman. Kaki aku hayun ke meja makan yang ada dalam bilik V.

Makanan yang So Young bawa masuk tadi aku ambil. Appa mengambil tempat di kerusi dihadapanku.

Bubur yang sudah sejuk aku makan hingga habis, tekakku menjadi loya, tapi aku abaikan.

"Dah habis appa... " mangkuk yang kosong aku tunjuk bersama senyuman dibibir.

"Macam nilah Min yang appa nak, kuat dan sentiasa senyum. " appa membalas senyumanku.

"Min nak keluar, mungkin lama, Min nak cari V" ujarku.

"Appa tak halang? " soalku pelik apabila appa biarkan saja.

"Apa pun yang kamu nak buat Min, tu hak kamu asalkan kamu jaga diri sebaiknya" balas appa bersahaja.

Nampaknya appa setuju. Baguslah macamtu.

"Annyeong appa" aku terus melangkah keluar selepas jaket diambil.

Sebaik saja sampai di pintu hadapan terdapat 10 anak buah Dragon High.

"Tuan Kim arahkan kami untuk bawa puan ke markas Gangster High. " ucap salah seorang dari mereka.

Aku memandang balkoni atas. Appa hanya tersenyum kepadaku. Tapi senyuman sinis yang aku balas.

Appa memang, dia tetap jaga aku dengan caranya sendiri.

Tanpa berlengah kaki aku langkah memasuki kereta.

Yang lain pula memasuki sebuah van dan mengikutku.

Di tempat duduk sebelah pemandu ada So Young. Dia hanya tersenyum sumbing.

Aku menghadiahkan pandangan maut padanya. Mana aku pergi dia ada.

"Boss nak aku jaga kau 24 jam, jadi tugas aku untuk ikut kau kemana saja" balasnya.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now