58

609 39 27
                                    

Min Pov

Aku berjalan keluar daripada pejabat V, nampaknya dia tak ingat atau dia tak tahu kalau harini adalah ulang tahun kelahiran aku.

V langsung tak perasan kalau aku memakai jaket labuh yang mana tersembunyi dress untuk majlis malam ni bersama kasut tinggi. Selalunya aku akan pakai blouse dan seluar bersama kasut atau sandal.

"Boss, nak balik markas atau nak ke dewan? " soal Kookie yang ternampak aku keluar dari pintu utama.

"Dewan" balasku sepatah. Aku terus masuk ke tempat duduk sebelah pemandu dan Kookie memasuki tempat duduk pemandu.

Kereta mula bergerak.

Ikutkan aku taknak buat parti ulang tahun ni, tapi semua berkeras suruh aku buat sambutan memandangkan aku merupakan ketua sebenar Gangster High dan yang terpilih.

Jadi aku ikutkan saja. Malas nak panjangkan cerita.

"Min..." Panggil Kookie.

"Hmmm" balasku.

"Aku yakin Taehyung akan datang majlis malam ni" mungkin Kookie cuba tenangkan hati aku.

"Mungkin juga tak! Sebab dia tak ingat langsung. " bidasku.

Kookie hanya berdiam. Mungkin dia sendiri kelu untuk membalasnya.

Aku mula membuka telefon, senarai dan gambar-gambar tetamu yang akan hadir aku teliti, senang apabila aku bertemu mereka nanti.

.....skip.....

Aku memakai gaun putih paras lutut yang dipadankan bersama set mutiara hitam putih, bersama kasut tinggi berwarna hitam.

Rambut pula dibiarkan lepas beralun dibelakang. Gaun dibetulkan, gaun yang langgar dan sedikit beralun, mampu untuk menyembunyikan perutku.

Aku memasuki ballroom Seoul Hotel bersama dengan heolmoni yang memakai hanbok putih pink, masih ramai yang belum hadir. Lagipun masih ada 30 puluh minit sebelum acara memotong kek.

Aku dan heolmoni mula beramah mesra bersama tetamu yang hadir, ratanya ahli kumpulan dan pemegang saham syarikat yang keluarga Kang usahakan.

"Min... " Hyejin bersama Han sunbae menghampiriku yang sedang berborak dengan Kookie.

Mereka dah berbaik. Hyejin juga kembali seperti dulu, menjaga imej dan suka berfesyen.

Aku mempamerkan senyuman kepada mereka.

"Lambatnya? " saja memulakan bicara.

"Tadi ada urusan sikit kena selesaikan dimarkas, tu yang lambat.... " balas Hyejin.

Hubungan kami pun dah semakin baik, aku selalu juga ke markas untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan kumpulan daripada Hyejin.

Dan dia sendiri menjalankan tugas dengan sangat bagus dan bijak sebagai ketua sementara Gangster High.

"Min... Suami kau mana? " soal Han sunbae.

"Nanti dia sampai" balasku.

Sebetulnya aku pun tak pasti samada V akan muncul atau tidak.

"Talking of the devil! He's here! " Kookie memberitahu.

Kepala aku pusing menghadap pintu masuk utama sambil kaki memijak kaki Kookie.

"Yahhh... Appooo" adu Kookie.

"Siapa suruh panggil suami aku devil"

Kookie hanya membuat muka 'whatever'

Gangster High (C)Where stories live. Discover now