4

1K 74 0
                                    

Min Pov

Aku memasuki dewan dan duduk di tempat asal aku. Kelihatan namja itu sedang berkenalan dengan omma dan appa.

Dia nampak seperti orang yang normal dan ramah.

Omma perasan aku melihat kearahnya, lalu dia memanggil aku untuk datang padanya.

Dengan rasa malas aku pergi juga, karang appa mengamuk mahu terkejut satu dewan ini.

Uncle Joon tersenyum melihat aku dan aku membalasnya dengan menundukkan badanku sedikit.

"Ini Kim Tae Hyung, bakal suami Min." Ringkas ayat appa tapi cukup untuk membuatkan jantung aku berhenti berdenyut dan tercampak keluar.

"Appa buat lawak ya" soal aku dengan sedikit tersenyum.

"Min appa kamu tak melawak, kami memang nak satukan kalian berdua. Lagi cepat lagi bagus. " ucap uncle Joon dengan senyuman berharap.

Senyuman aku pudar. Aku memandang omma dan appa, mereka tersenyum menanti jawapan aku. Ini kali pertama aku lihat appa senyum padaku.

Tetapi perkahwinan bukan boleh dibuat main.

Aku harus menolak, lagipun aku tidak kenal namja ni.

Dia hanya senyum sinis pada aku.

"Tapi.... Min masih muda untuk berkahwin. Masih banyak yang Min tidak tau. " aku beralasan.

"Tak mengapa Min, anak uncle pun mentah jugak dari segi perkahwinan ni. Korang boleh sama-sama belajar "
Balas Uncle Joon.

"Tapi Min..... " belum sempat aku menghabiskan ayatku. Appa sudah menarik aku keluar dari dewan.

"Min, appa nak kamu kahwin jugak dengan Tae Hyung tu" kata appa.

"Tapi Min tak nak kahwin dengan orang yang Min tak cinta! "

"Cinta tu semua boleh dipupuk lepas kahwin"

"Kenapa appa bersungguh suruh Min kahwin dengan orang yang Min sendiri pun tak kenal?"

"Appa berhutang budi dengan keluarga Uncle Joon, dan kami nak hubungan kami semakin erat dengan menyatukan korang berdua. "

"Min tak faham, hubungan baik boleh saja dijalin tanpa perkahwinan kan? Dan kenapa Min yang kena kahwin. Kenapa tak unnie saja appa?"

"Min dah tiada pilihan sebab Min saja anak appa yang masih belum berkahwin dan Min juga tiada pilihan hati kan? Jadi Min lah yang harus berkahwin dengan Tae Hyung. Keputusan appa muktamad, selama Min masih anak appa, Min harus kahwin dengan lelaki pilihan appa juga, faham! " itulah kata putus dari appa sebelum melangkah masuk ke dalam dewan semula.

Kalau begitu aku tiada pilihan. Air mataku jatuh setitik, aku mengelap mataku. Aku harus kuat.

Ini semua tidak masuk akal dan tidak adil! Appa pilih kasih. Unnie dapat kahwin dengan orang yang dia cinta, tetapi kenapa tidak aku? Sungguh semua tidak adil!!

Aku memasuki dewan semula. Aku menghampiri Omma, appa, uncle Joon dan Tae Hyung.

"Jadi Min setuju untuk berkahwin dengan anak uncle? "Soal uncle Joon.

"Err...aaaa....Min setuju" balas aku dengan teragak-agak.

"Kalau macam tu Joon kita satukan diorang 3 bulan dari sekarang ok?" Soal appa pada uncle Joon.

"Macam lama sangat. Apa kata bulan depan kita langsungkan terus? " ujar uncle Joon.

"Ok, bagus jugak idea tu." balas appa sambil berjambat tangan dengan uncle Joon.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now