5

1K 66 17
                                    

Min Pov

Aku bersiar-siar di taman berhampiran rumah. Omma tak benarkan aku keluar jauh. Sebab hari perkahwinan hanya tinggal 2 hari saja lagi.

Bila difikirkan semula aku hanya terfikir untuk lari.

Tetapi ini bukan masa untuk bertindak sesuka hati atau mengikut perasaan.

Satu kata putus aku ambil, aku harus mencuba dahulu. Aku akan berkahwin dengan Tae Hyung.

Jika kami tidak serasi, maka kami akan bercerai selepas setahun seperti yang dia tawarkan.

Tapi aku rasa lepas setahun, dia pasti akan ceraikan aku.

Persediaan semua omma yang buat, mana yang perlu aku dan Teh Limau tu masuk campur, seperti mencuba baju pengantin dan cincin perkahwinan, baru kami ikut sama.

Tapi persediaan perkahwinan omma yang uruskan semuanya. Bukan aku tak kasihankan omma, tapi aku tiada hati dengan perkahwinan ini.

Kalau aku kena paksa kahwin dengan idol ke, lelaki hensem ke ok lah jugak. Ini si Teh Limau tu.

Dia tu dan lah riak, bongkak dan tak berperasaan.

Dah hampir 3 jam aku di taman, pasti omma risaukan aku.

Baik aku balik sekarang.

Taehyung Pov

Aku mengunjungi taman yang aku datang ketika diserang hendap dahulu.

Aku duduk dibangku yang disediakan. Inilah taman yang aku bawa Min ke sini dan bersetuju untuk berkahwin untuk setahun.

Aku tak dapat undur masa mahupun kata-kata. Semuanya telah aku lafazkan.

Aku mengeluh.

Tetiba aku ternampak Min berjalan tidak jauh dari tempat aku duduk.

Ishh... Takkan aku dah boleh nampak hantu!

Aku kena pastikan.

Aku bangun dan mula melangkah kearah Min berjalan.

Namun aku terpandang sebuah kereta hitam yang berada berhampiran dengan aku.

Sepertinya kereta budak gangster ni.

Aku melihat semula kearah yang di lalui oleh Min sebentar tadi.

Lesap! Tfiada langsung bayang dia.

Aku harus pergi dari sini.

Sebelum gangster-gangster ni menyerang aku. Baik aku cabut.

Aku masuk ke dalam kereta dan mula memandu laju.

Dalam otakku tidak habis menayangkan adegan bagaimana aku diserang oleh gangster-gangster tu.

Sampaikan aku mengalami retak di kedua-dua rusuk kanan dan kiri. Pendarahan di dalam perut. Patah kaki kanan dan luka besar di belakang kepala. Hampir 30 jahitan aku terima untuk setiap luka-luka besar.

Sungguh ngeri apabila dibayangkan.

Tanpa aku sedar, aku sudah sampai dihadapan rumah Min.

Aku mematikan enjin kereta dan menunggu dia.

Sepuluh minit kemudian, kelihatan Min memasuki kawasan rumah dia.

Betullah tu dia yang aku nampak tadi.

Aku menghidupkan enjin kereta dan memecut pergi.

Tunggu! Aku tak kisahkan yeoja tu ok. Aku hanya inginkan kepastian.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now