12

861 55 1
                                    

Malam

Min Pov

"Abeoji, omma, Min, saya dengan appa keluar sekejap, ada urusan pejabat yang nak kena siapkan segera " ujar V kepada semua.

"Ok V" ujarku manakala omma dan appa hanya tersenyum nipis.

Sebaik sahaja V dan appa keluar.

"Min, mari duduk sini, ada perkara yang appa nak bagitau " ujar appa sedikit tegas.

Aku hanya menurut sahaja dan duduk di sofa kecil bertentangan dengan sofa yang appa dan omma duduki.

Mungkin inilah perbincangan yang omma maksudkan petang tadi.

"Biar appa berterus terang dengan kamu.

Selama ini kami semua simpan rahsia ni dari pengetahuan kamu.

Tapi sekarang sudah masanya untuk kamu tahu. " ujar appa serius.

Aku sendiri pun rasa seram akan perkara yang ingin mereka sampaikan.

"Sebenarnya keluarga kita adalah pemilik kumpulan Gangster High dan appa adalah ketuanya.

Kita bersaudara dengan kumpulan Dragon High yang kini diketuai oleh Taehyung, suami kamu.

Tu juga sebab kenapa kami kahwinkan kamu berdua, demi untuk keselamatan kamu dan persaudaraan antara dua kumpulan yang dulunya renggang." Nada appa hanya mendatar.

"Appa saja nak kenakan Min ke? Ke appa hanya nak uji kepercayaan Min?" Soalku dengan sedikit sinis.

"Appa kamu tak main-main Min, ni perkara benar" ulas omma lembut.

Jelas riak wajah yang risau pada kedua-duanya.

"Taehyung dah mewarisi Dragon High. Hanya Gangster High yang masih menunggu pewaris" ujar appa.

"Jadi appa nak Min jadi Ketua Gangster?! " soalku kegeraman.

"Minn... "

" Min bukan yang terpilih, hanya yang terpilih yang mampu memiliki kuasa sebagai ketua dan diiktiraf oleh ahli kumpulan " celah omma saat appa sudah seperti api yang membara.

Ya. Appa marah jika aku buat sesuatu yang menyakitkan hatinya hatta sekecil kuman.

"Siapa dia yang terpilih?" Aku rasa seperti ingin mengamuk, perkara ini tiada kaitan dengan aku langsung. Jadi untuk apa beritahu aku.

"Orang tu adalah unnie kamu, Hyejin. Yang terpilih adalah anak lelaki pertama, jika tiada diberikan pula pada anak perempuan pertama yang matang dan mampu menaungi kumpulan.

Appa dan omma dah tua Min, kami sendiri tak pasti bila kami akan mati.

Jadi appa harap kamu boleh menyokong unnie kamu sebagai orang kanan dia.

Tinggalkan kerjaya kamu tu untuk selamanya. Boleh kan Min?" Pinta appa panjang lebar.

Omma hanya memberi pandangan penuh mengharap.

Aku!

Tidak, aku tak akan tinggalkan kerjaya aku tidak sama sekali.

Menjadi penulis novel terkenal di korea adalah matlamat aku, tak mungkin bila aku dah dapat kecapi impian aku ni, aku kena berhenti pulak sekarang.

Lagipun aku dah terbiasa dengan hidup yang tenang ni.

"Min..... Min boleh berhenti bekerja sebagai editor, tapi tidak sebagai penulis novel!" Ujar aku tegas.

"Appa tak kira, appa nak kamu berhenti lakukannya dan tolong unnie kamu uruskan Gangster High. Muktamad " ujar appa yang mula berang.

Aku hanya terdiam tanpa berkutik. Risau amarah appa akan memuncak nanti.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now