43

702 47 2
                                    

V Pov

Kaki aku langkah memasuki rumah heolmoni.

Kelibat Min aku cari di dalam hadirin yang ada.

Besar sangat rumah heolmoni ni! Ohhh... Lupa bilik dalam ni pun hampir 100. Jadi memanglah besar. Inikan markas utama Gangster High.

"Taehyung! " panggil heolmoni Min yang kebetulan ada berhampiran denganku.

Aku memberi tunduk hormat kepada heolmoni Min.

"Lambatnya sampai, lagi 5 minit dah nak mula" ujar heolmoni.

Aku hanya mampu tersenyum. Dalam hati, sudah menahan geram.

'Takde yang jemput tu yang lambat ' balasku dalam hati.

Ya Min tak ajak, jemput dan tak bagitau aku langsung pasal ni.

Ini kalau aku tak tanya appa mana Min, pasti aku takkan tahu langsung.

"Heolmoni, mana Min? " soalku.

"Tu Min dengan Kookie kat hujung sana" beritahu heolmoni sambil pandangannya dihalakan ke hadapan.

Ni lagi satu! Kat mana isteri aku ada dia pun ada!

Kaki aku melangkah menghampiri Min selepas memberi tunduk hormat kepada heolmoni.

Sesampai saja disebelah Min. Tangannya aku tarik menuju ke tempat yang lebih sunyi.

Bilik yang nampak sunyi aku masuki.

"Macam mana awak boleh ada disini? " soal Min terkejut.

Aku memandang tajam kearah Min.

Tubuhnya aku tolak ke dinding, tangan aku letak didinding bagi menahan badan Min dari terhentak ke dinding.

Kedua tangan aku alih dan diletak dikiri dan kanan Min menahan Min dari lari.

Bukan tujuan aku untuk mencederakan Min sebaliknya ingin mengepung Min dari pergi atau mengelak menjawab soalan aku.

"Aku nak penjelasan! Sekarang! " ujarku tegas.

"Penjelasan apa? " soal Min kembali.

"Aku taknak kau jadi ketua Gangster High! " aku memang tak reti nak bermadah pujangga...

Baik terus kepada topik utama.

"Kenapa pulak tak boleh! Saya kan yang terpilih! " bantah Min. Tangan dia silangkan di dada.

Senyuman sinis dia ukir.

"Sebab.... Aku taknak kau jadi ketua kumpulan gangster, aku nak kau fokus dengan kerjaya kau...dengan apa yang kau minat... " hahhh... Nasib keluar alasan yang bernas.

"So funny of you...." Jari Min mula menari diatas dadaku.

Aku tengah serius dia boleh pulak nak goda aku.

"Ingat V, Hyejin yang akan naungi Gangster High ni buat sementara, dah lupa perjanjian tu? Dan hari ni ialah pembacaan wasiat dan Hyejin yang akan pegang jawatan ketua buat sementara. " tegas Min tetiba, aku yang terkaku mendengarnya.

'Did I just trap myself '

Min tersenyum sinis.

"Tapi... "

"Jangan risau, Hyejin hanya pegang jawatan tu, tapi semua keputusan akan dibuat oleh heolmoni sendiri dengan pantauan dari saya." potong Min. Seperti faham akan maksud aku.

"Dan saya akan fokus dengan awak dan kandungan. Heolmoni pun setuju tentang ni." sambung Min.

Pandangannya kembali lunak.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now