61

612 46 9
                                    

V Pov

Mata aku buka apabila tubuh Min aku cari tiada disebelahku.

Takkan diorang dah ambil Min!

Aku terus berlalu keluar.

"Hahh... Baru bangun!" Jerkah Hoseok kepadaku.

"Mana kau bawak isteri aku hahhh! " jerkahku. Kolar bajunya aku cengkam sehingga dia sedikit terangkat.

"V... " panggil seseorang dari belakangku, dan itu Min.... Hanya dia yang memanggilku V.

"Kau pergi mana? " soalku...

"Dah siang dah, semua sedang sibuk untuk family day malam ni... " Min mengukir senyuman manis.

Mungkin untuk menyejukkan amarahku.

"Tae, Min... Eomma ada perkara yang perlu eomma cakapkan. " eomma menghampiri kami.

"Kita cakap dibilik kamilah eomma... " cadang Min.

Eomma hanya mengangguk dan melangkah masuk ke dalam bilik kami.

"Eomma nak ceritakan pada kamu, rahsia yang disimpan oleh appa Tae sejak berpuluh tahun dulu... "

Aku hanya menjadi pendengar setia.

'Banyak sangat rahsia....'

"Eomma dengan appa bertemu masa eomma bekerja sebagai doktor dan appa kamu CEO.

Pertemuan eomma dan appa pun tragis,masa tu keluarga eomma jatuh bankrup kerana appa eomma buat kianat dengan satu kumpulan gangster, hasilnya seluruh keluarga dan keturunan eomma kena bunuh, kecuali eomma sebab eomma sembunyi dalam almari, rumah kami kena bakar, eomma lari untuk selamatkan diri, tapi yang bakar tu anak ketua kumpulan yang bunuh keluarga eomma. Eomma tertangkap masa melarikan diri.

Lepas eomma sedar, baru eomma tahu, eomma dah jadi tahanan anak ketua kumpulan gangster tu, eomma dah dikira tak wujud dalam dunia ni atau lebih dikenali mati! Sebab seluruh keturunan eomma patut mati semuanya. Jadi eomma hidup tanpa nama dan asal sejak tu.

Anak ketua Gangster tu baik, dia jaga eomma dan lindungi eomma sebaiknya. Dialah appa kamu Taehyung. Disebabkan perihal eomma disyaki perempuan simpanan appa kamu sampai kependengaran musuh appa kamu, appa kamu terpaksa buat keputusan untuk berkahwin dengan perempuan pilihan datuk kamu, hasilnya dapat Seokjin bagi mengelirukan musuh dan menidakkan kewujudan eomma. Tetapi malang, eomma Seokjin di bunuh oleh musuh. Appa kamu kahwin lagi sekali atas arahan datuk kamu, perkahwinan yang mampu memberi appa kamu kuasa dan kepercayaan ramai pihak. Hasilnya dapat Namjoon, tapi malang eomma Namjoon meninggal akibat dilanggar lari. Pastinya kerja musuh appa kamu.

Siapa yang menjadi isteri atau perempuan appa kamu akan kena bunuh sebab ramai yang cuba nak jatuhkan kumpulan appa kamu masatu. Appa kamu degil, dia daftarkan perkahwinan kami. Dan musuh appa dapat tahu, menjadikan appa kamu terpaksa sembunyikan eomma, Namjoon dan Seokjin buat sementara. Masatu eomma dah mengandungkan kamu tanpa pengetahuan appa kamu.

Eomma hanya ikut cakap appa kamu, demi keselamatan eomma, hyung-hyung kamu dan kamu. Eomma mulakan hidup ditempat terpencil dengan hyung kamu. Selepas kamu lahir eomma serahkan kamu pada appa kamu. Untuk dia jaga dan lindungi. Kamu berada dalam bahaya kalau berada dengan eomma.

Seokjin dan Namjoon melibatkan diri dengan dunia gangster, dan sekarang mereka ketua Gangster Low. Mengantikan ketua sebelum ni yang mengundurkan diri dan dibunuh oleh appa kamu sebab cubaan membunuh kamu sebelum ni."

"Kenapa eomma dan appa berpisah sampai sekarang? " soal Min.

"Eomma yang pilih dan sebab keadaan, identiti Seokjin dan Namjoon perlu disembunyikan sama seperti Taehyung yang appa sembunyikan dari dunia gangster sebelum ni. Dan tu pilihan terbaik untuk kekal hidup dan bertemu lagi suatu hari nanti.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now