32

807 50 0
                                    

Min Pov

Selepas makan aku dan V terus melangkah ke wad omma semula.

Bermacam perkara yang kami bualkan bermula dari keadaan omma, rutin harian aku dan projek V yang memberi hasil positif. Dia berjaya mendapat seorang ahli kumpulan baru yang berasal dari Taiwan. Sepanjang lawatan koperat ahli baru tersebut di Korea, dia akan dijaga oleh Dragon High. Kenapa Gangster High tak dapat?

Senang saja jawapannya. Kami suami isteri jadi Gangster High hanya beri beberapa surat sokongan dah mampu untuk menolong Dragon High dapat tugasan lumayan. Tapi dalam masa yang sama kami dikira berkolaberasi.

Sejam berbual dengan V sambil menemani eomma. V mengajak aku pulang. Nak tolak tak boleh itu tangungjawab seorang isteri untuk jaga suami sendiri.

Jadi aku iyakan saja. Kami menaiki kenderaan yang dipandu oleh anak buah yang menjagaku.

Aku merapatkan mata yang dah penat. Jaga eomma saja pun tetap penat.

Terasa kepalaku didaratkan ke atas sesuatu. Aku tahu V menarik kepalaku untuk tidur dibahunya.

Mata yang memberat membataskan aku untuk menolaknya. Laju saja aku terlelap.

.....skip.....

V Pov

Tubuh Min aku baringkan diatas katil. Pucat sungguh wajahnya.

Terus kaki aku hayun untuk membersihkan diri.

Keluar saja dari bilik air.

"Eomma.... Appaaa.... Unnie... " racau Min lagi.

Dia hanya diam ketika jaga. Senyuman juga dia tarik untukku. Tapi di dalam tidur jelas kesengsaraannya.

Aku membaringkan diri di sebelah Min yang sudah kembali tidur.

Air mata yang masih bersisa aku lap. Memang selalu Min menangis di dalam tidur.

Perlahan dahinya aku cium, pipi kiri dan kanan, berakhir pada bibirnya.

'Mian Min aku ambil kesempatan sikit saja' monologku.

Min merengek apabila tidurnya terganggu. Comel.

Tubuh Min aku dakap erat. Dan mata dipejam rapat.

Semoga setiap hari aku, akan selalu ada kau. Aku tak mampu nak bayangkan kalau mereka bunuh kau Min.

.....skip.....

Min Pov

Dadaku terasa sesak. Dengan bauan V.

Terus badannya aku tolak menjauhiku.

Tetapi dia menarikku semula ke dalam dakapannya.

Ingat aku bantal peluk ke?

Peluang yang ada aku gunakan sebaiknya.

Laju jari menari diatas dadanya menuliskan sepotong ayat.

"Kau nak goda aku ke pagi-pagi ni? " soalnya dengan suara yang serak.

Ohhmayy.... V dah bangun.

V Pov

"Saya nak pegi mandi" Min menolak badanku sekuat hati.

Tapi tidak berjaya. Terus aku naik ke atas badannya. Min kalau atas katil sangat lembut dan baik. Jadi aku tak perlu takut kalau kena tumbuk atau tendang.

"V..... " panggil Min ragu-ragu.

"Hmmmm" balasku cuba mengodanya.

"Eomma kat hospital. Saya kena jaga eomma..... " terus bibirnya aku cium dengan ghairah.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now