PROLOG

30.4K 682 5
                                    

"Sayang..." panggil Adam. Tangannya meraih pinggang ramping Hanna.

"Hai abang..." sahut Hanna. Tangan yang melingkar di pinggangnya dipegang.

"Termenung apa?" Soal Adam. Dagunya diletakkan di atas bahu milik Hanna.

"Tak ada apa. Just teringat something." Jawab Hanna sambil melentokkan kepalanya di tepi kepala Adam.

"Ingat apa?" Soal Adam lagi.

Hanna senyum. "Kat tempat ni lah abang selamatkan seorang budak perempuan yang pada masa tu dia rasa diri dia dah tak berharga lagi dah. Yang pada masa tu dia rasa dia tak berguna. Dia rasa semua orang benci dia. But at last, ada seorang hamba Allah ni datang selamatkan budak tu. I didn't expected that the guy yang selamatkan budak tu jadi suami dia sekarang." Cerita Hanna sambil mengusap lembut tangan Adam.

"Jodoh, ajal maut dan rezeki kita bukan kita yang tentukan. Kita hanya merancang dan Allah tentukan. Thank you for everything. Kalau abang tak jumpa Hanna time tu, abang tak tahu apa akan jadi dekat diri abang. Maybe abang ikut Hanna pergi syurga sekali. Thank you sebab selalu ada dengan abang." Pipi gebu milik Hanna dicium.

"Hanna pun nak cakap terima kasih jugak kat abang sebab dah selamatkan Hanna. Bagi Hanna harapan untuk teruskan kehidupan Hanna. And terima kasih juga sebab jadikan Hanna isteri abang. Kebahagiaan yang Hanna cari selama ni, Hanna gembira sangat. Allah temukan Hanna dengan lelaki sebaik abang. Memberi Hanna kekuatan. Memberi Hanna kasih sayang yang Hanna tak pernah dapat. Terima kasih kerana telah melengkapkan hidup Hanna." Ucap Hanna. Air matanya mengalir setitik demi setitik.

"Abang..."

"Yes?"

"I LOVE YOU."

"I LOVE YOU TOO." Dahi Hanna dikucup Adam penuh kasih.

The Royal Husband || COMPLETEDWhere stories live. Discover now