16. Pertemuan yang tak di sangkakan

3.3K 121 11
                                    

" Kau betul ke tak nak balik ni? " tanya Lisya kepada Qisya yang sudah seminggu tidak keluar dari rumahnya.

Selama seminggu itu jugalah Qisya hanya menghabiskan masa dengan melamun. Terkadang Lisya bercakap dengan dia pun tidak sedar.

" kenapa? kau halau aku ke? " tanya Qisya kembali. Pantas Lisya menggeleng. Tiada langsung niat di hati mahu menghalau.

" tak..maksud aku..sampai bila kau nak lari dari masalah? " Lisya bertanya lagi.

" aku tak kesah kalau kau nak tinggal sini. Tapi kau ada restoran yang kau kena uruskan. Girlfriend yang kau kena jaga hati dan perasaan dia. Takkan kau nak tinggalkan dia macam tu jer? " sambung Lisya lagi.

Qisya hanya diam tidak menggubris pertanyaan tersebut. Lisya menggeleng kepala. Puas dia memujuk Qisya untuk pulang. Tapi ..

" tengoklah macam mana. " Qisya lalu tersenyum. Lisya merangkul bahu nya.

" macam tu baru adik aku. Ala..masalah kecil je tu..salah faham je kan? "

Qisya mengangguk. Lalu menghela nafas perlahan.

.
.
.
.

" Qisya? Kau nak pergi mana? " tanya Lisya yang melihat Qisya sedang bersiap siap.

" keluar , Ambil angin kejap. " balas Qisya singkat tanpa memandang Lisya.

Lisya mengangguk faham lalu berjalan masuk ke dalam biliknya sendiri.

Qisya sempat menjerit memberitahu Lisya yang dia hendak pergi.

Qisya memandu kereta membelah jalan raya . Hanya di temani dengan lagu lagu yang dimainkan di radio. Lebih kurang 30 minit perjalanan barulah dia tiba di hutan yang pernah di datangi dulu.

Dia duduk di tempat yang sama dia duduk sewaktu bersama Marsya beberapa bulan yang lepas. Malam di mana mereka rasmi bersama. Memandang ke arah padang rumput yang terbentang luas di hadapannya. Sambil melihat pemandangan matahari yang hampir terbenam.

" kalau la aku dapat putar balik masa. Aku nak sangat untuk tak mengenal dia " ucapnya perlahan. Mengenang betapa malangnya nasib dia.

Matahari semakin menghilangkan diri. Membuat langit menjadi warna oren kekuning kuningan. Sedang leka bermain dengan perasaan sendiri. Tiba tiba dia terdengar bunyi seperti ranting kayu yang patah dipijak.

Qisya mengerutkan dahi . Setahu dia, hanya dia seorang yang ada di hutan tersebut. Pantas Qisya menoleh ke belakang apabila merasa seperti dia tidak berseorangan di situ.

Degg !

Dia terkaku. Mata dan mulutnya terkunci. Jantungnya berdegup laju. Nafasnya tercekat. Peluh sejuk mula keluar di dahinya. Seakan akan baru sahaja melihat Hantu. Masa seakan akan terhenti.

Tak. Tak mungkin. Nanda?!

Reaksi Nanda juga tak kalah terkejutnya sama seperti Qisya. Mereka berdua sama sama terkaku / terdiam di tempat masing masing. Mata mereka seolah tidak boleh lari dari menatap antara satu sama lain.

Qisya dapat melihat jelas air mata yang mengalir di pipi Nanda. Perlahan. Sakit. Sakit melihat mata itu. Sakit . Sakit lagi apabila teringat kejadian 6 tahun lepas. Rindu dalam dirinya semakin menjadi jadi. Ingin sekali dia memeluk tubuh wanita tersebut. Tapi mungkin tidak.

Perlahan Nanda berjalan mendekati Qisya. Jarak antara mereka semakin berkurangan.

Dan sekarang Nanda berada tepat di hadapan Qisya. Menatap mata yang selalu memberi ketenangan dalam dirinya. Tapi itu dulu. Bertahun yang lalu.

yours  (gxg)Where stories live. Discover now