14: Qisya?

3.3K 116 6
                                    

Suara guruh dan petir mula berdentuman di langit yang dihiasi dengan awan hitam. Dua orang insan yang sedang cemas menunggunya pulang. Tapi orang tersebut tidak kunjung tiba.

Qisya mana kau? Balik please ! I am so sorry - Marsya berjalan mundar mandir di rumah Qisya. Syahirah yang melihat itu hanya menggelengkan kepala. Dia turut berasa risau kerana sehingga malam Qisya belum memberi khabar. Mesej dan call juga tidak di balas. Tapi Syahirah tahu sifat Qisya yang suka menyendiri bila mempunyai masalah. Hanya perlu memberikan dia masa untuk bertenang.

" Irah..macam mana ni? Aku risau..takut jadi apa apa kat dia. " Marsya berkata. Jelas kerisauan di nada bicaranya. Matanya sembab..hidungnya merah akibat menangis. Berkali kali Marsya menelfon Qisya. Tapi tetap tidak di angkat oleh Qisya.

" Marsya.. percayalah..Qisya boleh jaga diri dia " untuk kesekian kalinya Syahirah memberikan ayat yang sama .

" arghhhh...! Ni semua salah aku..kalau la aku tak ikut kan sangat apa yang perempuan tu cakap..mesti takkan jadi macam ni.. !! " Marsya menjerit. Menyesali perbuatanya. Syahirah yang mendengar itu mengerutkan dahi. Tanda tanya muncul di fikiranya

" apa maksud kau perempuan? Perempuan mana? " Irah memberi tatapan menyelidik. Marsya salah tingkah. Cepat cepat dia mengubah topik .

" Irah..kau tau tak kat mana dia selalu pergi? " Tanya Marsya. Syahirah hanya menggeleng. Qisya yang dikenalnya sangatlah berahsia tentang hal peribadi.

" Marsya..apa kata kau pergi tidur..dah lewat malam ni.. " Irah cuba memujuk.

" tak !.. aku nak tunggu Qisya balik ! .. " Marsya bersikeras hendak menunggu Qisya sehingga pulang.

" Marsya.. dengar cakap aku boleh tak? " Marsya memandang Irah lama.. akhirnya dia mengikut. Dia lalu masuk ke dalam bilik Qisya. Merebahkan diri yang masih menangis menyesal. Tak lama ... Marsya tertidur akibat kepenatan bersama air mata.

....................

Di satu sisi yang lain..Qisya yang sedang leka melayan perasaan terkejut dek kerana seseorang menegurnya.

" Hai Qisya " perempuan itu tersenyum manis . Memandang Qisya yang diam terkaku.

Qisya terdiam..mulutnya di tutup dengan tapak tangan. Memandang perempuan itu dengan sungguh tak percaya. Dia ingin berbicara tapi seolah olah ada yang menghalang mulutnya untuk di buka.

" Qisya? Kau ingat aku lagi kan? " tanya perempuan itu yang melihat Qisya tidak memberi reaksi apa pun.

Qisya seolah olah melihat dirinya sendiri yang berdiri di hadapanya. Dia tidak percaya malah sangat mustahil untuk orang yang sudah mati berada di hadapanya di tambah dengan orang itu menyunggingkan senyuman.

Tak..Qisya..tak..kau mimpi ni.. wake up Qisya wake up !

Tok tok tok

Qisya terbangun dari tidurnya. Dahinya berpeluh. Nafasnya mengah seolah baru selepas berlari.

Ya Allah.. mimpi rupanya.

Qisya memandang ke hadapan. Terlihat pantai terbentang luas di hadapanya. Posisi Qisya sama seperti tadi..masih lagi di tempat yang sama.

Tok tok tok..

Bunyi ketukan sekali lagi mengejutkanya. Pantas dia menoleh. Seorang lelaki mengetuk cermin tingkap di sebelahnya. Qisya menurunkan separuh cermin itu..

" ya? " Qisya bertanya bingung

" cik okay? " tanya lelaki tersebut.

" ah..saya okay..kenapa? "

yours  (gxg)Where stories live. Discover now