40: Tempat yang sama

1.4K 42 4
                                    

" sorry boss, kami hilang jejak dia " seseorang berkata.

" MACAM MANA KORANG BUAT KERJA NI?! AKU SURUH IKUT DIA JE KAN?! "

" Err..Kami rasa dia perasan kami ikut dia "

" Haishh lembap!..dah korang balik je kl terus. Dan jangan call aku lagi "

" Oh ya sebelum tu..aku nak kau pergi rumah dia..tengok dia ada atau tak. Pastu mesej aku, no need to call me "

Panggilan di matikan. Nafasnya naik turun. Emosinya memuncak. Macam mana kerja yang senang macam tu pon boleh gagal?

" Lisya?..why u marah marah ni? " Tanya Marsya yang baru sahaja keluar dari bilik air. Lisya terlihat sedikit terkejut tapi dia cuba untuk kelihatan tenang.

" Er nothing..aku pergi bawah dulu jumpa dorang. Nanti aku datang balik " Lisya tanpa banyak bicara lagi langsung keluar dari bilik menuju lobby. Seperti yang di jangka, Nanda, Alysha, Hani dan Irah telah menunggu mereka di lobby.

" Lisya..err mana Marsya? " tegur Nanda.

" Dia demam tak dapat join " balas Lisya dengan nada dingin kerana dia masih lagi marah dengan perkara tadi.

" Dia okey?? Kaki dia makin teruk ke? " Tanya Irah pula.

" Kaki dia still macam tu. Cuma badan dia panas sikit. Ni korang nak pergi mana?? "

" Breakfast dulu, then tengahari sikit maybe shopping or jalan jalan area dekat sini " Hani pula bersuara.

" Kau tak ikut sekali? " Tanya Nanda. Lisya menggeleng.

" Nah..i need to take care of her. "

" Nampak macam kau betul betul kesah pasal dia "

" What? " Lisya mengerutkan dahi memandang tajam ke arah Nanda. Nanda yang mendapat pandangan tersebut hanya tersenyum kecil.

" Baguslah..btw nanti kita pergi tengok dia eh " Kata Nanda lalu memandang Hani dan Irah. Mereka berdua hanya mengangguk tanda setuju.

" So that's it..have fun. aku naik bilik dulu " Lisya lalu berjalan meninggalkan mereka berempat menuju biliknya semula.

Sebaik sahaja pintu bilik di buka terus terdengar suara jeritan Marsya yang agak kuat. Lisya terus panik dan berlari ke arahnya.

" Apa?!! Kenapa?!! Kau kenapa??! " Tanya Lisya dengan cemas apabila melihat Marsya yang sedang menggigil ketakutan.

" Li-lip-lipass " Marsya menunjuk ke arah belakang pintu bilik. Lisya yang tadinya panik terus berubah jengah. Dia memutar bola mata. Ingin rasanya dia mengetuk kepala Marsya.

" Haish..aku ingat apa benda lah tadi "

" Mana lipas tu mana ?? " Lisya berjalan melihat ke belakang pintu tapi dia tidak melihat seekor lipas pun atau bahkan serangga yang lain ada dalam bilik tersebut.

" Be-betull...tadi adaa! I nampak "

" Huff..dah. Dah tak ada apa apa..tak payah nak takut sangat. " Ucap Lisya lalu duduk di sebelah Marsya. Marsya yang tadinya ketakutan terlihat lebih tenang sekarang.

" Urm dorang cakap apa? " tanya Marsya kerana tadi Lisya bertemu dengan yang lain.

" Tak cakap apa "

" Ni..kau lapar tak? " tanya Lisya.

" Umm "

" Um jap ah..aku order makanan " dia lalu memesan 1 bubur dan 1 nasi lemak untuk mereka berdua. Sementara menunggu pesanan di hantar ke bilik.. Marsya mengajak Lisya untuk berbual.

yours  (gxg)Where stories live. Discover now