10: Make out after 6 years

3.9K 102 1
                                    

" ibuuu!! Ayahh!! Maafkan Qisya ! " jerit Qisya di tengah tengah hujan deras yang membasahinya. Dia melihat ke arah ke dua ibu bapanya yang berdiri di beranda rumah. Angin malam membuatkan suasana tersebut semakin mencengkam.

" pergi kau ! Aku tak ada anak songsang macam kau! Mulai saat ni kau bukan anak aku !! Aku taknak tengok muka kau lagi kat sini. Jangan pernah berani kau nak jejak rumah ni lagi !! Faham ?! " jerit ayah Qisya kuat.

Air mata Qisya mengalir deras. Sungguh tak sangka hari yang di takutinya tiba juga. Tubuhnya bergetar kuat. Dia tak boleh bernafas normal. Dada nya sakit. Sangat sakit. Setelah seminggu dia pergi meninggalkan Nanda..hari ni ibu bapanya pula yang pergi meninggalkanya.

Dia terduduk lemah di tanah. Menunduk..menangis sekuat hati.

.............

" Ibuu !!! " Qisya terjaga dari tidurnya. Peluh membasahi dahi dan juga lehernya. Nafasnya tidak teratur.

Dia melihat ke arah jam.

4.10 am.

Dia melihat ke arah tingkap. Hujan lebat membasahi bumi. Bunyi guruh berdentum saling membalas.

Air matanya mengalir.. mimpi itu datang setiap kali hujan lebat pada waktu dia tidur.

Huhhhhh

Qisya menghela nafas berat. Dia melihat ke sekeliling bilik. Bilik yang di cat berwarna turqoise itu di lihatnya.

Rumah Ameline..- desis hatinya. Dia teringat yang sekarang dia berada di rumah Ameline.

Dia bangkit berjalan ke arah pintu bilik. Gelap. Dia melihat sekeliling lalu berjalan menuju ke dapur.

Dia mengambil gelas lalu menuangkan air kosong. Di teguknya perlahan lahan air tersebut.

Dia membiarkan air tersebut di dalam mulut. Memejamkan mata. Menelan sedikit demi sedikit .

Ahhhh - keluhnya.

Qisya bangkit .. mencuci gelas yang digunakanya. Dia lalu masuk kembali ke dalam bilik. Mengambil blazer dan kunci kereta . Dia membuat keputusan untuk balik sekarang. Sempat di menuliskan sekeping nota beserta no telefon .

Dia keluar dari bilik berjalan ke arah pintu rumah. Lalu di tutupnya perlahan lahan.

Jalan yang agak sunyi itu di redahnya. Lampu bertukar merah.

Dia melihat ke arah telefonnya.

6 missed call from Syahirah.

Dia melihat ke arah lampu traffic yang telah bertukar hijau. Segera menjalankan menuju ke kondo.

Qisya membuka pintu lalu melangkah masuk. Badannya lesu tidak bermaya.

" Qisya.." jantung Qisya hampir tercabut dek kerana terkejut.

" Irah..kau tak tidur ke? " tanya Qisya datar.

" aku baru terbangun.. kau dari mana ? Pagi buta baru balik. Aku call tak jawap " soal Syahirah .

" tak dari mana lah.. dah la Aku nak masuk..penat " Qisya berjalan masuk ke dalam biliknya mengendahkan Syahirah. Syahirah hanya mampu menghela nafas.

Qisya merebahkan dirinya ke atas katil. Tak lama kemudian dia tertidur.

...........

Matahari mula muncul di langit.

Ameline berjalan ke arah bilik tetamu yang Qisya tempati. Di ketuknya pintu bilik tersebut beberapa kali. Tapi tiada sebarang suara yang menyahut.

yours  (gxg)Where stories live. Discover now