35: Terungkap segala persoalan

1K 45 5
                                    

Stock makanan di rumah hampir habis, jadi seperti biasa Nanda akan keluar untuk membeli keperluan. Tapi kali ini dia membawa Alysha sekali bersama. Dia sedang melihat lihat label pek makan se paket susu yang ada di tangan.

" Alysha.. do u want try this milk?" Tanya Nanda tanpa mengalihkan pandangan. Yang di tanya tidak menyahut. Nanda menoleh melihat sekeliling, tidak terlihat olehnya Alysha, hanya tinggal troli yang di ambil tadi.

Nanda panik. Dia terus menolak troli mengelilingi rak rak yang ada sambil memanggil manggil nama Alysha. Sampai sahaja di rak yang di letakkan gula gula, snek dan pelbagai jajanan yang lain, Nanda melihat Alysha sedang berdiri di tengah tengah jalan antara rak rak itu sambil membelakanginya. Dia yang tadinya risau terus merasa lega. Dengan pantas dia berjalan mendapatkan Alysha.

" Alysha!..pergi mana? Puas mummy cari..what u doing here?? Siapa bagi gula gula ni?? Haa " tanya Nanda berlutut di hadapan Alysha..matanya tertumpu ke arah lollipop yang di pegang.

" Alysha...why sedih ni?? Siapa buat?? " Tanya Nanda lagi melihat reaksi wajah anaknya itu seperti menahan tangis.

" Aunty..aunty Qisya.." Alysha bersuara. Nanda terdiam mendengar nama tersebut keluar dari mulut Alysha.

Qisya? Ohh mungkin Lisya yang dia maksudkan

" then kenapa sedih?? Kan sepatutnya Alysha happy aunty Qisya bagi lollipop " tanya Nanda dapat merasakan ke anehan yang jadi.

" Aunty..aunty Qisya..dia..tak kenal Alysha "

Nanda terdiam. Seperti yang di agak ada kejanggalan yang terjadi.

" Maksudnya sayang? Mummy tak faham "

" Dia .. dia tanya.. Alysha siapa..dia tak kenal Alysha lagi.. pastu Dia cakap dia bukan aunty Qisya "

Lagi sekali Nanda terdiam membisu.

Dia bukan Qisya?? Macam mana?? Tak mungkinlah Alysha berbohong.

" Sayang..mungkin kamu salah tengok..dia bukan Aunty Qisya " Nanda berkata cuba memujuk anaknya daripada menangis.

" Eeeeeee mummy! Tu aunty Qisya! Alysha kenal Aunty Qisya macam mana! " Alysha sedikit memberontak.

" Okey okey..nanti kita cari Aunty Qisya ye..nanti mummy marah dia sebab dia tak kenal anak mummy..okey sayang? " Nanda memujuk.

Mereka kemudian meneruskan mencari barang barang keperluan yang hendak di beli. Sepanjang mereka berada di situ..Nanda terganggu dengan  kata kata Alysha tadi.

Dia tak kenal Alysha? Dia cakap dia bukan Qisya? Kalau betul yang Alysha jumpa tadi adalah Lisya..kenapa dia nak menipu macam tu? Atau jangan jangan yang Alysha jumpa tadi betul betul Qisya?

" Mummy.." Alysha menegurnya memecah lamunan.

" Ye sayang..kenapa? "

" Mana papa?? Dah lama tak nampak papa kat rumah "

Soalan Alysha membuatkan Nanda mati kata. Kali terakhir Alysha bersama dengan Ameer adalah sewaktu kejadian yang tragic tempoh hari. Sejak Hari itu Ameer tidak lagi memunculkan diri di hadapan Alysha.

Nanda memikirkan kata kata yang sesuai untuk menjelaskan kepada Alysha.

" Sayang..papa dah tak tinggal dengan kita. Dia sibuk kerja..jauh bukan kat sini dah..mummy pon tak tau bila kita akan jumpa dengan papa balik "

" Kenapa papa tak bawa Alysha? "

" Alysha kan sekolah..ada kawan kawan kat sini..ada mummy..ada nenek..ada aunty Hani..aunty Qisya..Alysha nak ke ikut papa pastu tak jumpa lagi dah dengan Mummy..dengan aunty Qisya..? "

yours  (gxg)Where stories live. Discover now