8: Who are u?

3.6K 101 4
                                    

AQISYA POV

" Amirul.. saya nak keluar kejap. Tolong jaga restoran ya. Kalau ada apa apa call saya. "

" baik Cik Qisya. " Aku senyum menggangguk lalu keluar dari restoran.

Aku menjalankan kereta menuju ke sebuah taman. Apabila aku sampai.. aku di sambut dengan gelak tawa kanak kanak yang sedang bermain. Senyuman gembira menghiasi wajah mereka. Tanpa aku sedar .. aku pun ikut tersenyum.

Aku mengedarkan pandangan ke sekeliling taman . Mencari seseorang yang ingin berjumpa dengan ku.

Mana dia ni - desis hati ku. Seseorang mencuit bahuku. Segera aku menoleh.

" Haikal ! Buat aku terkejut jela kau ni. " Marahku. Dia hanya tersenyum geli.

" hehe..sorry.. dah lama sampai? " tanyanya.

" Tak ada lah..baru jer "

Dia menggangguk faham.

" eh..jom lah duduk kat bangku sana " tunjuknya ke arah satu bangku kosong di depan tasik.

Aku mengikuti langkahnya.

" kau sihat ? " tanyanya ketika kami sedang berjalan.

" sihat .. alhamdulillah.."

" macam mana restoran kau? okey? " tanyanya lagi.

" so far okey.. selagi ada Syahirah yang teman aku..aku rasa okey kot.. " dia ber ' oh ' sahaja.

Kami duduk di bangku yang di tunjuknya tadi.

" Kau pula? Cawangan restoran kau yang kat thai tu macam mana pula? " Tanya ku.

Dia diam. Raut wajahnya bertukar sedih.

" Haikal? Kau okey? " tanya ku hati hati.

" Okey..aku okey" balasnya. Mengukir senyuman ' terpaksa '

" Kau kenapa.. cerita la.. kita kan dah sahabat dari kecil lagi.. "

Dia memandangku sendu.

" Qisya .. sebenarnya cawangan aku kat thai tu hampir bankrup " ada nada sedih dalam ucapanya.

" macam mana boleh macam tu pula ? Bukan abang kau ke yang urus. "

" abang aku.. abang aku.. "

" abang kau? " rasa tertanya tanya dalam fikiran aku semakin membuak buak.

" abang aku dah meninggal..sebulan yang lepas. " dia menunduk menghela nafas berat.

" masa dia otw datang malaysia..kereta yang dia naik terbabas. Hilang kawalan.. " sambungnya lagi.

" inna lillah.. sorry to hear that .. aku tak tau." Ucap ku lirih. sedih muncul dalam diri ku.

Aku dan haikal dan juga abangnya bersahabat baik dari kecil. Dari kami duduk kampung..sampai lah ke bandar. Apabila semua rakan rakan ku yang lain sewaktu di kampung menjauhiku bila tahu kelainan ku yang di anggap ' sakit. ' hanya mereka berdua yang setia berkawan dengan aku. Apabila semua budak lelaki di kampung mengejek ku ' sesat ' tapi hanya mereka setia membela ku.

Terakhir kali aku berjumpa dengan abangnya, Raikal.. ialah 3 tahun lepas. Lama? Ya.. sungguh aku rindukan dia. Perangainya yang setia melayanku sewaktu aku masih kecil.. menyanyangi ku seperti seorang adik kandung. Aku dapat merasakan kasih sayang seorang abang dalam dirinya . Dia lebih tua 5 tahun dari ku. sungguh hati aku sedih mendengar ucapan Haikal tadi. Tak sangka perjumpaan kali terakhir ku dengan dia adalah semasa hari jadi aku yang ke 23 tahun.

yours  (gxg)Where stories live. Discover now