15: Sakit

3.2K 104 1
                                    

" Kenapa kau senyum senyum ni? " Katanya lalu menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut. Qisya masih setia memandangnya.

" Qisya..please..jangan buat aku seram. Kau nampak macam psycho tau dengan muka tu. " katanya lagi yang memandang pelik ke arah Qisya.

Qisya tergelak . Hatinya gembira. Bersyukur yang teramat.

" sampai hati kau. Aku senyum sebab aku tak boleh sorok kegembiraan aku. Kau tau tak..aku bersyukur. Sangat bersyukur. Rupanya doa aku menjadi kenyataan. "

" oh ya? Kau doa apa? "

Qisya tersenyum tulus. " aku berdoa yang aku akan jumpa dengan kau balik and apa yang aku dengar pasal berita kematian kau dulu tu cuma palsu. "

Dia lalu mencapai segelas air sirap lalu meminum sedikit.

" same. Aku pon berharap lepas aku bebas dari ' neraka ' tu aku akan cari kau sampai dapat. And now..aku berjaya. "

Qisya memandangnya heran. " neraka? Apa maksud kau neraka? "

" tempat pelacur. Tempat dimana aku hidup selama ni "

Qisya terdiam. Fikiranya ligat berfikir. Jadi selama ni? Lisya jadi pelacur?

" Lepas aku kena culik..maksud aku kejadian malam terakhir aku dengan kau and mak ayah.. hidup aku berubah. Aku kena jual dekat seorang bapak ayam. And 10 tahun pertama aku jadi sebagai pembantu kat rumah bos besar tu. Lepas dari tu .. baru lah aku dipaksa jadi pelacur. ........ "

Seakan faham dengan apa yang difikirkan Qisya. Lisya menceritakan segala yang terjadi terhadap dirinya. Qisya tergamam .. tidak menyangka bahawa hidup saudara kembarnya selama ini yang dicari itu sangat menyedihkan.

Qisya sedih. Sepanjang Lisya bercerita. Qisya hanya mampu mengalirkan air mata.

"..... dan lepastu aku bertekad untuk cari kau. Dan sekarang kau ada dekat depan aku. " Lisya menamatkan ceritanya. Serta merta Qisya memeluknya.

" sepatutnya yang kena culik tu aku..bukan kau.. semua ni salah aku.. disebabkan muka kita sama .. kau yang jadi mangsa. " Qisya menangis . Menumpahkan rasa kecewa dalam dirinya di bahu Lisya.

Ya.. mereka kembar. Dan dari segi rupa.. sangat sulit untuk membezakan mereka berdua.

" dah la tu.. benda dah lepas. Bukan salah kau. Dah takdir aku hidup aku akan terseksa macam tu. Tapi sekarang tak lagi. Aku dah bebas. Dan sekarang aku nak habiskan hidup aku dengan kau. aku rindu kau sangat sangat Qisya. "

Qisya mengeratkan lagi pelukan selepas mendengar apa yang dikatakan Lisya.

Lisya melepaskan pelukan. Menghapus air mata Qisya di pipi.

" janji dengan aku yang kau tak akan tinggalkan aku lagi. Please "

Qisya menatap dengan tatapan berharap dan di balas dengan anggukan oleh Lisya. Qisya tersenyum getir lalu menyambung memakan makananya.

" Qisya .. mak ayah sihat? " Tanya Lisya. Serta merta kunyahan Qisya terhenti.

Lisya dapat melihat perubahan dari wajah Qisya. Dia hanya tersenyum nipis.

" btw..kenapa kau boleh ada kat pantai tu semalam? Tengah malam pulak tu. " tanyanya lagi.

" ak..aku..aku..err aku " Qisya tergagap gagap hendak menjawap.

" Gaduh dengan Girlfriend? "

Dengan serta merta Qisya memandang kaget ke arah Lisya. Lisya yang di tatap dengan tatapan tak percaya hanya bersikap biasa .

yours  (gxg)Where stories live. Discover now