2: Hospital

5.3K 145 3
                                    

AQISYA POV

Aku menekan pedal minyak sehingga sampai ke hospital. Aku memakirkan kereta lalu masuk ke dalam dan berjalan ke kaunter pertanyaan.

" nurse, pesakit dengan nama Nur Syahirah Amalin dekat wad berapa ya? " tanya ku dengan cemas . Selepas kekecohan yang berlaku di restoran tadi, aku mendapat panggilan dari seseorang yang mengatakan bahawa Syahirah terlibat dalam kemalangan.

" ada di wad cempaka no 56 . Cik tinggal jalan lurus lepas tu belok kanan " Aku kemudian mengucapkan terima kasih dan kemudian berjalan sesuai dengan apa yang nurse cakapkan tadi.

aku melihat doctor baru sahaja keluar dari bilik yang ditempati oleh Syahirah. aku pun langsung bertanya kepada doctor tentang keadaan Syahirah

" doc..macam mana keadaan sahabat saya doc.? " tanya ku

" sahabat cik tidak apa apa.. cuma lebam dan luka kecil sahaja. Dan dia perlu dirawat di sini dalam masa 2 ke 3 hari. "

" oh ..terima kasih doctor..boleh saya tengok dia? "

" oh ..boleh..silakan "

Aku menganguk kemudian memasuki bilik tersebut.
Aku dapat melihat jelas lebam dan luka yang terdapat di tangan dan muka Syahirah. Syukurlah tak terlalu parah.

" Goshh! We, ya Allah macam mana boleh jadi macam ni..?!" Tanyaku.

" hey..relax.. "

" cerita kat aku macam mana kau boleh accident "

" wokey2 " " so .. cerita dia macam ni ... "

Setelah hampir 15 minit .. Syahirah pon selesai bercerita.

" ck..kau ni..kan aku dah cakap..lain kali drive jangan mengelamun..main henfon. Tengok sekarang apa dah jadi kat kau. " Syahirah hanya senyum tanpa rasa bersalah . Budak ni la kan..

" yee.. aku janji tak kan buat lagi "

" ish .. kau tau tak aku risau macam orang gila .. kau tau kan aku dah takda sapa sapa lagi kat dunia ni selain kau.. aku tak nak kehilangan kau.." tanpa aku sedari..air mata yang cuba aku tahan jatuh membasahi pipi. Syahirah hanya tersenyum.

" alololo..ye..aku tau..aku pun takda sesapa kat dunia ni selain kau.. dah la jangan nangis.. buruk la " ucap Syahirah lalu menghapuskan air mataku dengan jarinya.

Aku memeluknya erat. Sungguh aku tak nak kehilangan makhluk Allah yang satu ini. Aku melepaskan pelukan..

" Irah.. aku pegi cafe kat bawah jap tau..nak beli air " " kau nak apa apa tak? "

" hehe..macam biasa.. "

Aku berjalan keluar dari wad tersebut menuju ke cafe. Sesampainya di sana aku membuka fridge dan mengambil sebotol teh dan sebotol susu dutch lady untuk Syahirah. Minuman kegemaranya.

Aku berjalan ke kaunter dan tiba tiba ada sesuatu yang melanggar kaki aku. Aku melihat budak kecil yang terduduk di atas lantai. Aku mencangkung didepannya.
Dia hanya terdiam melihat ku.

" hey, sakit tak? " dia hanya diam. Aku membantunya berdiri.

" apa nama kamu ? "

" Nur Alysha Alexsandra "

" wow.. cantik nama tu..mm mana ibu ngan ayah? "

Budak kecil tu cuma menunjuk kepada sesusuk perempuan yang duduk membelakangi kami. Nampak gaya dia sedang bercakap melalui telefon.

" oh..okey then.. mmm.." aku mengambil sebatang lolipop yang berbentuk bulat berwarna warni yang terdapat di meja cashier lalu memberi nya kepada Alisya.

yours  (gxg)Where stories live. Discover now