Special Epilog-(Last)

85K 3.1K 1.1K
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

KLIK!

Gugusan kunci digenggam kemas setelah salah satu anak kunci dimasukkan ke dalam lubang kunci dan ditarik semula. Daun pintu ditolak perlahan ke dalam dan ditutup semula setelah dirinya sudah selamat melangkah masuk. Sesaat dua, tubuhnya kaku seketika apabila melihat segenap ruang di dalam rumahnya yang begitu suram. Sunyi dan sepi yang tiada penghujung. Langkah diatur ke sofa dan punggung dihenyak perlahan. Terasa seperti udara dimampatkan. Rasa sunyi tu jelas terasa.

Sungguh dia rindu dengan arwah isterinya. Betul lah kata mama, kini dia lihat dihadapannya terngiang-ngiang kelibat arwah. Keluhan kecil terbit di bibirnya.

" Abang bangun.. Dah asar ni. Tak elok tidur lepas asar."

Lelaki itu menyembunyikan senyumannya. Sengaja buat-buat tidur sedangkan sudah 5 minit dia terjaga. Kelihatan isterinya melabuhkan punggung di sisinya.

"Abang! Bangun... Eii dia ni kan."

"Hmmm.." Mahu sahaja tawanya terhambur keluar apabila melihat raut wajah isterinya yang seakan bengang. Sengaja berpura-pura terjaga.

" Encik Nik Idhan Alif. Tak reti nak bangun ke? Ke nak Puan Irsya siramkan air? "

Perlahan-lahan Idhan bangun dan sengaja wajahnya dikerutkan tanda terkejut. Sempat juga dia menepis tangan isterinya yang berlabuh di pehanya. Kelihatan Irsya turut terkejut dengan tindakannya yang tiba-tiba menepis tangannya.

"Abang? Kenapa ni?"

Idhan berganjak ke belakang sedikit. Sumpah! Dia rasa mahu tergelak terbahak-bahak melihat wajah sememeh isterinya. Sabar. Strateginya belum mula lagi.

"A-Awak siapa?"

Spontan dahi Irsya berkerut. Dah kenapa suaminya ni? Tangannya pantas melekap pada dahi lelaki itu dan ditarik semula.

"Abang okay tak? Kenapa ni? Ni Irsya lah.. Takkan hilang ingatan?"

"Tak. Awak ni siapa? Kenapa masuk rumah saya? "

Semakin berkerut dahi Irsya apabila soalan cepumas tahap gaban dilemparkan. Gila ke?

"Abang..Ni Irsya lah.. Isteri abang yang sah..Abang kenapa ni? Jangan buat Irsya takut." Ujar Irsya dengan nada bergetar. Sungguh dia takut akan perubahan lelaki ini secara tiba-tiba. Betulkah ini suami dia? Atau-

"Maaf. Saya tak ada isteri yang bernama Irsya. Isteri saya nama dia Sakura. Mana dia?"

Spontan Irsya terkedu. Wajahnya diangkat serta merta memandang wajah serius lelaki itu. Apa semua ni? Tak sampai beberapa saat, lelaki itu tergelak besar sambil memegang perutnya. Apa yang lawak? Oh my god!

Terbuntang mata Irsya apabila dia baru tersedar bahawa dia sudah pun dipermainkan. "Abang! " Air mata mulai bergenang di tubir mata dan perlahan-lahan mengalir di pipi. Gila ke? Takut tau tiba-tiba suaminya berkata sebegitu.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now