Bab 35

36.3K 2.1K 143
                                    

I wanna tell you how beautiful you are from where i'm standing,
You got me thinking what we could be cause......

*_*_*_

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

"OH my god!"Adrian pura-pura rebah.Irsya tergelak kecil lalu menarik lengan Adrian supaya bangkit.

"Tak yah gedik sangatlah.Jom sahut cabaran Kak Sya."

Adrian mencebik."Alah..Tak nakkk..Nanti pedih.Ni kan kerja perempuan."

"Eeh!Perempuan je lah yang kena?Takde-takde.Ad kena sahut jugak."

Adrian mencebik lalu mencapai malas bawang merah besar itu.Dibelek-beleknya.

"Tapi.Kita tak cukup orang.Tak bestlah main dua orang."

Satu idea terlintas difikiran Adrian."Hah..Ajak angah?"

Irsya terdiam."Emm..Boleh juga?"

Baru sahaja Adrian mahu turun,kelibat Idhan pula turun dari tangga dengan berpakaian biasa tetapi berkaca mata hitam.Mungkin nak keluar?

"Angah!"Jerit Adrian memanggil Idhan yang mahu memakai sandalnya.Idhan menoleh ke arah mereka berdua.

"Sini-sini!"Panggil Adrian.Perlahan-lahan Idhan menapak mendekati lalu memandang ke arah sebuah dulang yang berisi bawang.Tiada secalit senyuman dihiasi di bibirnya.

"Angah nak pergi mana?"Soal Adrian sambil berganjak ke sebelah Irsya sedikit.

"Nak ambil angin.Asal?"Soalnya mendatar.

Adrian memandang Irsya sekilas."Ni.Kak Sya buat challenge.Tapi tak cukup orang.Jom main?"

Dahi Idhan berkerut namun sukar untuk dilihat arah mana yang dipandangnya akibat diselindungi daripada cermin mata hitamnya.

"Apa challengenya?"

"Cabaran mengupas kulit bawang.Siapa paling banyak tanpa menangis dia menang,dan siapa kalah dia kena denda."

Idhan tersenyum sinis."So childish."

Irsya tersentak.Pandangannya melurut ke bawah memandang dulang yang berisi bawang-bawang itu.

"Hmm..Tak pe lah Ad.Jom start."Ujar Irsya perlahan berbaur seakan berjauh hati.Adrian mengangguk laju.Idhan pula memandang ke arah gadis itu.Dia berfikir sejenak.

Apa salahnya kalau dia tumpang sekaki kan?Mana tahu abang sado menang challenge ni.

Irsya tersentak apabila Idhan tiba-tiba melabuhkan punggung di hadapannya.Pisau kecil dicapai dan memandang ke arah dua figura yang terkaku memandang ke arahnya.Sengaja tidak mahu membuka speck mata hitamnya.

"So,bila nak start?"Soal Idhan sambil mengangkat sebiji bawang merah dan pisau kecil.Irsya dan Adrian yang tersentak dari lamunan segera mengambil pisau dan sebiji bawang.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now