Bab 44

36.6K 2.1K 242
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

"MUHD Luqman Izril !!"

Luqman statik menoleh ke arah pintu apabila nama penuhnya disebut.Lelaki itu spontan terkejut lalu segera berdiri.

"Tak guna punya bangsat!!"

Adrian mendapatkan lelaki itu lalu dibelasah sepuas hatinya.Bagai melepaskan perasaan marahnya terhadap lelaki itu.Idlan pula masih diruang tamu mengawal Romi dan Ifran sementara menunggu pihak polis tiba.

Idhan segera mendapatkan Irsya yang terbaring tidak sedarkan diri di atas katil dalam keadaan yang amat menyedihkan. Hatinya secara tiba-tiba dipagut sesuatu perasaan yang aneh malah menyakitkan.

"Sya..Irsya bangun Sya."Pipi gadis itu ditepuk-tepuk. Nafasnya yang kencang membuatkan Idhan mula tidak sedap hati. Sakit hatinya bagaikan disiat-siat.Ditepuk sekali lagi pipi yang kelihatan sedikit bengkak itu.

Tiada balasan.Mata Idhan jatuh pada tangan dan kaki gadis itu yang telah diikat.Sebak yang dia rasakan sekarang ini.Pantas tangannya meleraikan ikatan tali pada tangan dan kaki gadis itu.Lalu kembali memandang wajah Irsya.

Matanya terpejam seketika apabila ternampak baju gadis itu yang tidak berbutang.Segera dikalihkan pandangan mencari sesuatu yang boleh ditutup bahagian dadanya.

Dari jauh dia ternampak sehelai tudung selendang yang diyakini bahawa milik gadis itu.Segara dicapai lalu diletakkan di atas badan gadis itu bagi menutupi dadanya.

Idhan kembali berlabuh disebelah Irsya.Wajah gadis itu yang penuh dengan kesan lebam dan bibirnya yang sedikit pecah sedikit-demi-sedikit meruntuhkan egonya yang menjadi tembok dirinya selama beberapa tahun yang lalu.

Air mata yang ditahan menitis jua.Menyesal.Itu yang dia rasakan.

Akhirnya,seorang lelaki berrajakan ego yang tinggi melangit tewas akhirnya.Serpihan demi serpihan berterbangan dibawa pergi oleh bayangan.

Dan..

Hapuslah dia!Hapus!Hapus!

Hahahahaha!

Air mata diseka.Dadanya terasa sakit apabila melihat keadaan gadis ini.Tangannya naik memegang kedua pipi itu lalu ditepuk perlahan.

"Sya..Bangun.Aku ni."

Senyap.

"Irsya..Bangun please.Jangan buat aku macam ni.."

Senyap.

"Irsya!Bangunlah!Jangan buat aku macam ni!Aku datang ni!"

Masih sama.Senyap.

Idhan makin tak keruan.Sakit dadanya semakin menjadi-jadi.Ditambah pula dengan keadaan gadis itu yang masih tidak memberi apa-apa respon.

Idhan memejamkan mata menahan sakit di dada.Matanya dicelikkan kembali lalu diliarkan ke sekeliling ruang di hadapannya. Seketika,matanya terhenti pada sesuatu yang berada di atas meja.Segera dia mendapatinya.

"Jarum?"Idhan memegang dadanya yang tiba-tiba berdenyut kembali.Matanya dicelikkan semula lalu mencari sesuatu di atas lantai yang boleh memberi jawapan terhadap persoalannya.

Jumpa!

Terus Idhan mencapai sebuah botol kecil yang berada di atas lantai.Dibelek-belek botol tersebut lalu matanya terbuntang luas.Digoncang-goncang isi dalam botol tersebut.Kosong.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now