Bab 6

45.4K 3.3K 354
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________


WAJAH kawan-kawannya dipandang tanpa riak.Gelagat mereka yang sedang bergelak sakan langsung tidak mencuit hati lelakinya.Habis satu mamak ni kecoh dengan suara mereka.Jam tangan dikerling sekilas.Jarum pendek menunjukkan ke arah nombor 3 manakala jarum panjang jam menunjukkan ke arah nombor 12.Hm..Dah pukul 3 pagi.Wajahnya diangkat lalu memandang ke dada langit yang hitam itu.Terasa tubuhnya ditampar lembut angin malam.

Taufiq yang seakan menyedari kelakuan rakannya yang satu itu menepuk perlahan bahunya.

"Bro!Asal ni?Dari tadi senyap je?"Soalnya.Serta-merta rakan-rakannya yang lain mengalihkan pandangan ke arah manusia itu.

Idhan mengeluh kecil."Tak de apa-apa lah."Jawabnya dingin.Faqhrul dan Faizul atau dikenali sebagai 'pijol' berpandangan sesama sendiri.Bukan gay okay!

"Han!Kalau kau ada prob..Sharelah dengan kitaorang.Kitaorang kawan kau kan?"Izzam pula bersuara.Entah mengapa rakannya yang satu itu seperti dilanda masalah yang besar.

Idhan mendengus kecil.Punggung dibangkitkan lalu mencapai dompet,telefon bimbitnya dan kunci kereta yang berada di atas meja makan itu.

"Aku balik dululah.."Tangan mula bersalam dengan rakan-rakannya seorang demi seorang.Ehh!Tahu pulak sopan!

"Ahh okay.."Sahut Ikmal.

"Besok jangan lupa.Pukul 3 petang tempat biasa."Pesan Taufiq.

Idhan mengerutkan keningnya."Ada apa besok?".Soalnya acuh tidak acuh.

"Kita ada game dengan group lain.Kau jangan tak datang pulak!Aku pailang nanti!"Ugut Pijol bersama wajah yang dibuat-buat ganas.

Hanya anggukan kecil diberikan sebelum tubuh lelaki itu hilang apabila memasuki ke dalam kereta jenama Honda Accord black yang tersadai di seberang jalan.

•••••

PINTU dikatup rapat sebaik tubuhnya sudah selamat memasuki ke dalam kediamannya itu.Matanya meliar memandang ke sekeliling bahagian ruang tamu rumahnya yang agak besar dan luas.Gelap!Namun matanya tertancap pada bahagian dapur rumahnya yang terang benderang dengan lampu.Entah mengapa dirinya seakan menarik-narik untuk menuju ke dapur.

Sebaik tiba,segelas cawan yang berada di dalam almari dicapai.Peti ais dibuka lalu mencapai sebotol air sejuk. Dituangkan ke dalam gelas itu separuh.Disimpan semula botol itu ke dalam peti lalu ditutup.Langkah di tuju ke meja makan lalu melabuhkan punggung di sebuah kerusi.

Air sejuk itu diteguk sehingga habis lalu gelasnya diletakkan di atas meja.Matanya dihala tepat ke dada meja yang luas tanpa sebarang benda yang menyesakkan matanya.

'Mama dah berubah..'

'Hidup aku pun bakal berubah..'

'Everything is change!'

Idhan mengeluh kecil.Tangannya naik meramas kasar rambutnya.Fikirannya kusut!Dadanya sesak.Dihimpit dengan pelbagai masalah.Satu persatu perkara yang berlaku malam semalam menjengah pemikirannya.

"Ahh!"Idhan menjerit kecil.Dikawal suaranya supaya tidak didengari penghuni didalam rumah ini.

Kepalanya meneleku diatas meja beralaskan lengan.Rasa malas pula mahu naik ke biliknya.

"Astaghfirullahalazim!"

Baru sahaja Idhan mahu melelapkan mata,telinganya menangkap figura seseorang menjerit.Pantas kepala diangkat mencari empunya suara.Serta merta wajahnya menjadi bengis.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now