Bab 36

35.1K 1.9K 86
                                    

I keep craving,craving.
You don't know it but it's true.
Can't get my mouth to say the words they wanna say to you.

*_*_*_

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

"SYA..Cepat pakai baju ni."

"Ye Kak Ziera.Jap.Ni hah rambutnya dari tadi asyik terjuntai je!"

Kelam kabut jadinya dua anak gadis itu yang masih bersiap.Tinggal lagi beberapa minit sebelum majlis bermula.Irsya tak habis-habis mendengus kegeraman apabila rambutnya yang disepit asyik terjuntai lebihannya.Beberapa kali mencuba namun tetap sama dan itu membuatkannya hilang sabar hingga mencengkam geram rambutnya.Kak Ziera pula sudah siap dan sedang menunggu dirinya untuk bersiap sebelum sama-sama keluar dari bilik itu.Pasti sudah ramai yang hadir memandangkan jarum jam sudah menunjukkan pukul 8:15 malam.

Irsya berlari anak menghampiri Kak Ziera setelah baju yang diberi tersarung di tubuhnya.Dia mengenakan baju kurung kain kapas berwarna coklat keperangan dan dipadankan dengan shawl bubble berwarna cream. Manakala Kak Ziera pula memakai baju jubah kembang berwarna turqois hijau dan bertudung shawl berwarna baby blues.

Setelah siap,masing-masing keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.Betul sangkaannya. Sudah ramai tetamu yang hadir.Tetamu wanita duduk di bawah khemah di luar rumah papan itu yang baru dipasang pagi tadi.Adalah dalam dua buah khemah dan disediakan pelbagai juadah sedikit.Manakala tetamu lelaki berada di ruang tamu bersama Encik Ilham,Tok Wan dan Pak Imam.Tok Wan segak berbaju melayu berwarna jingga.

Irsya dan Kak Ziera melangkah semula ke belakang menuju ke dapur.Alangkah bagusnya jika mereka keluar melalui pintu dapur dan bertemu ramah dengan tetamu wanita di luar.

Sebaik tiba di luar rumah menuju ke khemah,mata mereka meliar ke sekeliling mencari bayang ahli keluarganya.Terasa segan sedikit apabila orang kampung memandang ke arah mereka berdua.Akhirnya mereka jumpa bayang ahli keluarganya yang sedang berkumpul pada sebuah meja di bawah khemah.Segera mereka menghampiri.

"Assalamualaikum mama."Ucap Kak Ziera sambil mengambil tempat duduk di sebelah Idlan.Irsya pula mengambil tempat di sebelah mama yang berada diantara dia dan seorang wanita yang dalam lingkungan sebaya Tok Wan.Irsya tersenyum kecil lalu bersalaman dengan wanita itu.

"Waalaikumusalam.Ziera,Sya... Kenapa lama sangat?"Soal Puan Aliya lembut.Kak Ziera dan Irsya berpandangan lalu tersengih.

"Sorry."

Puan Aliya menggeleng kecil.Tiba-tiba Idhan datang ke arah mereka lalu melabuhkan punggung disebelah Irsya memandangkan hanya situ tempat kosong yang tinggal.Irsya memandang Idlan dan Idhan sekilas.

"Kenapa tak naik atas?"Soal Irsya sambil bersandar.

"Atas dah penuh.Papa,Tok Wan dengan Ad je muat dekat atas tu."Balas Idhan bersahaja tampa memandangnya.Tangannya ligat menaip dada skrin handphonenya.

"Ouh..Hmm.Ni kenalkan.Mak Tijah.Kawan baik arwah nenek dulu."Puan Aliya merujuk ke arah wanita yang berada di sebelahnya.Irsya dan Kak Ziera mengangguk kecil dan tersenyum.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now