Bab 28

35.6K 2.2K 292
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________


IDHAN keluar dari bilik tidurnya.Sudah seminggu dia menumpang di rumah kawannya itu.Yang tinggal asing hanyalah Faqhrul dan Ikmal.Ikmal orang kaya.Boleh katakan setaraf dengannya lah.Duduk kondominium.Faqhrul pula duduk rumah teres mewah.Usahawan berjayalah katakan.Kadang-kadang bangga juga dengan dua orang budak tu.

Idhan menghempas kasar tubuhnya di atas sofa.Yang lain buat hal masing-masing di hadapan tv.Ada yang main game.Ada yang makan.Ada yang main handphone.Apa nak jadilah bujang zaman sekarang ni.Harap muka je hensem!

"Bro.Kau dah mandi belum?"Soal Pijol yang sedang menjamu selera di meja makan.

"Belum.Nanti lah.Awal-awal nak ke mana?"Ujar Idhan malas.Pijol menggeleng lalu menyambung makan.

Idhan kembali menonton televisyen.Namun satu hape pun dia tak faham.Fikirannya melayang memikirkan tentang malam tadi.

"Weyh Han?Kau tak nak cari Irsya ke?Aku dengar malam tadi dia tak balik rumah."Ujar Taufiq.Mereka semua berpura-pura tak tahu.Idhan sudah menjelaskan siapa gadis itu.Memang patutlah dia bengang sangat.

Idhan menghiraukan soalan Taufiq.Matanya menumpu pada siaran di televisyen.

'pergi mampus lah budak tu.Kesah apa kalau dia balik ke tak balik!'

"Bro.Tak baik tau kau buat dia macam tu.Dia tu anak yatim piatu.Adik kau.Lagipun aku rasa dia macam ada feels kat kau."Sampuk Pijol pula.Idhan mendecit kecil.

"Yang korang tiba-tiba nak bahaskan budak tu apasal!Buat semak fikiran aku je perempuan tu.Kalau mampus lagi senang."

Semua terdiam.Saling berpandangan sesama sendiri.Lalu Izzam tersenyum sinis.Masing-masing kembali membuat hal masing-masing.Izzam yang duduk bersila di lantai mula menutup laptopnya lalu berdiri dan mula membuka langkah.

"Kalau kau tak kisah tak pe.Kalau kau betul-betul tak suka dan tak sayang dia tak pe.Kita orang pun tak kisah."Ujar Izzam selamba sambil berjalan menuju ke pintu biliknya dan dibuka.Idhan mengerutkan dahi namun matanya masih menala pada televisyen.

"Budak tu ada dekat rumah Faqhrul sekarang.Faqhrul bawa dia balik sebab dia pengsan semalam.Aku rasa kau tahu sebabnya.Tapi tak tahulah si Faqhrul tu buat apa dengan dia.Jangan kau menyesal sudah."Pintu bilik ditutup kasar. Sengaja bikin lelaki itu panas.

Idhan terdiam.Dia memandang ke arah kawan-kawannya yang tidak menghiraukan kata-kata Izzam.Idhan pula rasa tak sedap hati.Terus dia bangkit masuk dalam bilik untuk membersihkan diri.

Taufiq,Pijol berpandangan sesama sendiri.Izzam yang berada di dalam bilik menjenguk kepala ke luar apabila terdengar hempasan pintu.Wajah Taufiq dan Pijol dipandang lalu tersenyum.

"Dah suka tapi tak mengaku."

•••••

PINTU diketuk kasar tanpa memberi salam.Jantungnya berdegup kasar dan dadanya terasa sedikit sakit.Entah apa yang dia rasakan sebaik mulut lancang lelaki itu berkata sebegitu.Dia sendiri buntu dengan apa yang dia lakukan.Tapi jujur,dia tidak mempunyai apa-apa perasaan atau sebaliknya pada gadis itu.Cukup sebagai abang yang bertanggungjawab terhadap adiknya sendiri.

Dua minit menunggu,akhirnya si penghuni rumah membuka pintu.Wajah Faqhrul tersenyum senang.Dia sudah tahu tujuan sebenar lelaki ini datang ke rumahnya.Dia berpeluk tubuh di hadapan pintu lalu memandang Idhan dengan pandangan yang sukar ditafsir.Sengaja mahu menguji lelaki ini.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now