Bab 23

36.5K 2.1K 253
                                    

CINTA TAK SETARAF.

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.
_______________________________

Tit..Tit..Tit..Tit..Tit..

MESIN defribilator terus-terusan bergerak.Menghasilkan keadaan jantung si gadis yang sedang lena beradu.Lemah. Jantungnya berdegup tersangat lemah.Tiga hari sudah berlalu namun gadis ini masih tiada tanda-tanda mahu bangun dari lena.Alat pernafasan masih menutupi mulut dan hidung gadis itu.Mukanya pucat.Tubuhnya sejuk.Macam mayat hidup pun ada.Allah..
Sayunya hati.

Puan Aliya menyeka air matanya.Sebak dia rasakan.Rasa bersalah menggunung dalam dirinya.Disebabkan anaknya gadis ini menjadi mangsa.Disebabkan Idhan dia menjadi mangsa baran lelaki itu.Allah.Ampun kan dosanya Ya Allah.

Kehadiran gadis ini telah mengubah keluarganya. Keceriaan dan kebahagian yang muncul sebaik gadis ini muncul tak sama sebelum ia muncul.Gadis ini ada sahaja keletah manjanya apabila bersama dengannya.Kebahagiaan keluarga semakin berseri.Mungkin,sesebuah keluarga makin bahagia apabila hadirnya anak perempuan bukan?

"Ma.."Puan Aliya tersentak.Idlan tersenyum nipis.Dia melabuhkan punggung dibirai katil Irsya lalu tangan mamanya digenggam erat.

"Kuat ma.Lan tahu mama sayangkan dia.Mama doakan banyak-banyak eh."Ujar Idlan.Dia melihat sekilas ke arah gadis yang terbaring lemah dengan wayar berselirat sana-sini.Fikirnya,kalau orang yang sesak nafas ke atau kehilangan oksigen..Dia cuma berikan bantuan pernafasan je.Tak de lah sampai koma macam ni.Entahlah..Dia bukannya doktor.

Puan Aliya menyeka air matanya yang keluar apabila dia memandang keadaan sayu anaknya."Mama..Mama takut kehilangan dia."

Idlan mendiamkan diri.Beginikah perasaan seorang ibu yang takut kehilangan anaknya?Patutlah ibunya membuat keputusan untuk mengambil anak angkat perempuan.Rupanya ada hikmah disebalik semua ini..

"Idhan mana?Dia tak datang ke?"Soal Puan Aliya sayu.

Idlan terdiam lalu perlahan-lahan menggeleng kepala.Tiba-tiba dia mengeluarkan handphonenya lalu dada skrin ditekan-tekan.Beberapa saat kemudian handphonenya dihulur kepada Puan Aliya.Puan Aliya menyambut.

Yesterday

Idhan:-6:30 p.m.
-Bgitahu mama dgn papa aku takkan tinggal dalam rumah tu selagi bdk tk guna tu kluar dari rumah.Mana lagi penting?Aku..Atau dia?

Puan Aliya terkedu.Air mata yang kering kembali mengalir membasahi pipi.Hatinya bagai dihentak-hentak.Sampai begini sekali?Apakah yang mereka bahaskan sehingga berlaku pergaduhan besar?

Idlan terus mendakap tubuh mamanya.Menenangkan keadaan mamanya.Menyesal pula dia menunjukkan text yang dihantar adiknya.Idlan mengusap-ngusap bahu Puan Aliya yang menangis.Matanya sayu melihat keadaan gadis yang masih mentah sudah diuji sebegini.

'Irsya..Bangunlah..Mama tunggu kau.'

Mata Idlan teralih pada bibir Irsya yang seakan mengalir sesuatu.Matanya dikecilkan bagi mengenal pasti apakah itu..

"Ma.."Ujar Idlan perlahan.Matanya terbuntang melihat lelehan cecair merah yang diyakini darah mengalir keluar melalui bibir pucat gadis itu.Walaupun diselindung dengan alat pernafasan tetapi ia boleh nampak dengan jelas.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now