Bab 27

34.9K 2K 322
                                    

Bismillahirrahmanirrahim..

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

BUNYI dentuman guruh bergema namun tiada satu pancaran cahaya kilat yang muncul di dada langit.Guruh yang kuat itu membuatkan dirinya sedikit terkejut.Hujan lebat diluar pondok taman rekreasi ini semakin menjadi-jadi lebatnya.Suasana malam yang serba gelap semakin bertambah gelap.Statik mata terpejam dan tubuhnya terhenjut sedikit.Fobia sedikit dengar bunyi guruh.Wajah bengis Idhan dipandang. Perlahan-lahan tangan lelaki ini diraih.

Orang kata kalau sayang perlu berusaha.Cinta memerlukan pengorbanan.

"Han.Aku mintak maaf.Jom lah balik.Aku janji aku takkan ungkit kisah silam kau."Rayu Irsya.Hatinya perlu ditabahkan.Kawan-kawan lelaki Idhan yang berada tidak jauh dari mereka hanya memerhati.

Idhan menarik tangannya namun Irsya laju menariknya semula."Please.Go back.Mama tengah demam.Baliklah.Semua rindu kau.Maafkan aku please."Rayunya lagi.Tolonglah Idhan.Rendahkan ego kau.

"Kau nak apa lagi setan!Hidup kau dah puas kan!Eii!"Idhan meramas kasar rambutnya."Apasal kau tak mampus je hari tu!Sial lah!"Idhan merentap tangannya lalu dia menyepak sekuat hati sebuah batu yang menyemakkan pemandangannya.

Dia sendiri buntu dengan apa yang dia rasa.

Irsya menahan sabar.Dia memang betul-betul nak aku mati ke?Dia tertunduk.

"Aku tak kisah kalau kau nak marah aku ke..Tengking aku ke..Hina aku ke.Bunuh aku sekali pun.Janji kau pulang.Tolonglah. Mama tengah demam tu.Dia rindukan kau.Tolonglah rendahkan ego kau.Mama kau tu."Pujuk Irsya.Nada suaranya agak bergetar.Dia mengetip bibir menahan sebak.Dia menarik nafas dengan sedikit sukar.Kesihatannya belum sepenuhnya sembuh.Kesan cengkaman di lehernya tempoh hari masih berbisa.

Idhan menoleh.Anak mata tajam memandang anak mata gadis itu.Kedua-dua tangannya naik memegang kedua-dua bahu gadis itu.Tubuh gadis itu ditarik dekat dengannya.Wajah bengis terpapar diwajahnya.

"Kau nak aku balik?Hah?Nak aku balik?Kalau kau nak aku balik kau blah lah!Berambus dari rumah aku!"Tengking Idhan.Dia menolak Irsya sekuat hatinya membuatkan Irsya jatuh terduduk.Kawan-kawannya semua terkedu.Fakhrul cuba membantu gadis itu namun dihalang rakan-rakannya.Awal-awal lagi diorang sudah diberi amaran supaya tidak masuk campur.

Irsya bangkit.Dia tidak boleh berputus-asa.Tangan Idhan diraih sekali lagi.

"Nik Idhan Alif!"

•••••

ADRIAN terjaga daripada tidur.Terasa sejuk pula dirinya.Selimut ditarik lalu diselubungkan dirinya.Sebaik dia mahu terlelap semula,tergerak hatinya mahu membelek handphonenya. Tangannya meraba-raba meja disebelah.Handphonenya dicapai lalu dihidupkan.

11:01 a.m.

Mata Adrian terhenti pada satu notification.Terus dia membuka lalu dibaca.

Sebaik mesej itu dibaca,Adrian statik bangun.

"Aduh Kak Sya ni degil lah."

Adrian melangkah turun daripada katil dan melangkah keluar daripada biliknya.

•••••

"NIK Idhan Alif!"

Idhan terdiam.Dia menoleh memandang Irsya.Pandangan yang bengis perlahan-lahan luntur.Badannya beralih dan berdiri betul-betul dihadapan Irsya.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now