Bab 63

50.5K 2.1K 456
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________


"ABANG.." Punggung dilabuhkan di sisi Idhan yang sedang sibuk menaip sesuatu pada laptopnya. Nampak gayanya macam sibuk benar je. Berkerut-kerut wajahnya sambil menaip dan menyemak kertas kerja yang menimbun di atas meja.

Idhan menjeling sekilas ke arah isterinya sambil berdecit kecil tanda tidak suka akan kehadirannya.

"Abang tak kerja?"

Idhan diam menikus. Mengabaikan soalan isterinya yang masih tertunggu-tunggu daripadanya. Bengap,kalau dia kerja tak ada nya dia duduk dekat ruang tamu menyiapkan kerja pejabatnya.

"Abang..Sya tanya ni.." Lengan Idhan digerak-gerakkan. Sengaja mahu bermanja.

"Kau ni kenapa? Buta ke apa? Tak nampak aku tengah buat apa ni?!" Tengking Idhan seraya menarik tangannya kembali. Irsya terdiam menahan rasa. Benci betul Idhan dengannya. Besar sangat ke salahnya?

"Hari ni..Abang teman Sya eh?"

Idhan mengangkat wajah memandang isterinya. Kening dijongket tanda tidak mengerti. Irsya terkebil-kebil cuba memahami bahasa 'signal' tersebut sebelum senyuman halus meniti di bibirnya.

"Sya nak pergi hospital. Hani dah bersalin. Malam tadi. Jom?"

Idhan kembali menghadap laptopnya apabila isterinya memberitahu kemahuannya. Sengaja disibukkan dirinya menyambung kembali kerjanya yang terbantut. Malas dia mahu pergi. Bukan saudara dia pun.

"Abang-"

"Kalau kau nak pergi, just go. Aku izinkan. "

"Tapi mak long ajak abang sekali. Jomlah abang.."

Idhan mula menyirap. Wajahnya bertukar bengis apabila didesak sebegitu.

"Kau nampak tak aku tengah buat apa ni?"

Irsya menoleh sekilas pada meja dihadapannya yang berselerak dengan kerja lelaki itu. Perlahan dia mengangguk.

"Habis tu? Takkan tak faham-faham lagi?!"

Irsya menundukkan kepalanya. Air mata mulai bergenang di tubir mata apabila lelaki itu menengkingnya.

"Nak kata kau bodoh. Tahu terasa pulak! Nak kata kau pandai tapi buat-buat bodoh! Manalah aku tak marah! Kau kalau nak pergi,pergi je lah! Tak payah nak kacau aku!"

Air mata mulai mengalir perlahan di pipi.

" Dah blah lah!"

•••••

ENJIN kereta dimatikan dan ditarik keluar kunci tersebut. Tubuhnya disandarkan seketika cuba untuk memberikan ketenangan dan semangat dalam hati. Kedua-dua tangan naik memeluk perut. Tabiat baru sejak berbadan dua ni. Matanya dipejam rapat disaat kata-kata lelaki itu terngiang-ngiang di kotak pemikirannya.

Dia buntu. Disebabkan perkara kecil mereka berkelahi hingga ke perkara besar. Ni semua salah dia, kalau bukan sebab dia yang mulakan dulu pasti semuanya takkan berlaku. Seharusnya dia faham akan suaminya. Bekerja keras untuk diri dan keluarganya juga.

Kelopak mata dicelikkan semula. Tangannya mengusap perlahan perutnya yang semakin membesar. Boleh rasa janinnya bergerak-gerak di dalam perut. Sesekali wajahnya berkerut menahan sakit apabila kandungannya bergerak sedikit kuat.

Tas tangan yang berada di seat sebelah dicapai dan dirinya dibawa keluar. Sebaik keretanya sudah di lock segera dia memasuki ke dalam sebuah hospital swasta. Hospital untuk orang kaya-kaya ni. Mesti bilik private ni.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now