Bab 56

34.3K 1.9K 223
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________


Beberapa bulan kemudian,

MACAM biasa. Rutin harian dan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Mengemas rumah. Bosan rasanya apabila semua kerja sudah selesai dibuat. Masak? Awal lagi. Lagipun kalau dia masak Idhan bukannya makan sangat.

Punggung dilabuhkan di atas sofa. Tangannya naik memicit pelipisnya. Entah mengapa semenjak kebelakangan ini dia sering pening kepala. Takkan migraine kot? Muda lagi. Tak nak ditimpa sakit.

Ting!

Irsya berpaling ke sebelah dimana terletaknya handphone dia di situ. Pantas dicapai dan peti mesej tersebut terus dibukanya.

Hani:-
Babe jom hang out?

Dahi Irsya berkerut. Mimpi apa dia ni ajak dia keluar? Dah lah tengah sarat mengandung.

Me:-
Keluar? Iskandar bagi ke? Kau tu pun. Tengah sarat sibuk nak keluar. Buat nya terberanak? Siapa susah?

Jari jemarinya laju menekan dada skrin membalas mesej Hani. Dia bukan apa. Dia risau. Lagi pun hanya tinggal tunggu lagi sebulan sahaja yang ada sebelum wanita itu bersalin. Tu pun perut dah nampak besar sangat.

Ting!

Hani:-
It's okaylah.Is izin punya. Jom lah. Aku bosan lah.

Irsya berfikir sejenak.Daripada dia duduk rumah melangok tengok tv ada faedahnya juga dia keluar.Rasanya dah lama dia tak jalan-jalan dengan Hani.Dengan pantas dada skrin ditekan laju sebelum berlari ke tingkat atas.

•••••

"LEPAS tu nak pergi mana?"

Irsya menoleh ke arah Hani. Kelihatan Hani sedikit mengah sambil melabuhkan punggung pada salah sebuah kerusi berdekatan dengan sebuah pokok.Terbit rasa kerisauan dalam hatinya apabila wanita itu keletihan.Segera dihampirinya.

"Kau okay tak.Macam tak larat je aku tengok?"

Hani tersenyum nipis.Nafas ditarik dan dihembus perlahan."Okay.Penat sikit."Tangan naik memegang perutnya yang semakin membesar.

Irsya bercekak pinggang.Kini dia pula rasa yang tak okay.Dahinya berkerut sambil memandang rumput-rumput yang menghijau di kakinya.Terasa kepalanya menyengat. Seakan berputar-putar didalamnya.

"Is on the way ke sini.Dia nak lunch dengan kita."Ujar Hani tanpa perasan akan keadaan Irsya.Matanya meliar di sekitar jalan mencari bayang Iskandar yang mungkin akan tiba sebentar lagi.

Irsya tidak mengendahkan kata-kata Hani. Kini dia rasa mahu pitam. Semuanya seakan mendua.Kepalanya seakan berpusing dengan kuat sehingga mampu membuatkannya hilang keseimbangan.Dia cuba bersuara untuk memanggil Hani namun suaranya bagaikan tersekat.

"Hah tu Iskandar.Dah sampai pun."Hani tersenyum gembira apabila melihat kelibat Iskandar yang menghampiri mereka berdua.Dia menoleh memandang Irsya.Kaget jadinya apabila gadis itu berdiri sambil memegang kepalanya.Berkerut-kerut dahi menahan sakit.Hani segera mendapatkan Irsya.

"Babe.Kau okay tak ni?"

Irsya tidak mampu mahu menyahut.Kepalanya seakan terasa berat.Berat yang amat sehingga terasa mahu pitam.

"Ak-aku-"Akhirnya dia rebah di atas tanah.

"Ya Allah Sya!"

•••••

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now