Bab 21.

37.4K 2.2K 441
                                    

CINTA TAK SETARAF.

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.
_______________________________

SEKEPING note RM20 dihulurkan kepada pak cik teksi.

"Terima kasih pak cik."Irsya melangkah turun dari teksi.Pintu pagar kecil dibuka lalu dia melangkah masuk dan dikunci semula pagar tersebut.

"Assalamualaikum."Pintu rumah ditolak lalu ditutup.Mata Irsya terhenti pada jam di dinding.Dia menarik nafas supaya bertenang. Okay.Sekejap lagi pasti dia akan dimarahi mama dan papa.

Irsya meliarkan mata sekeliling namun terhenti pada ruang tamu lagi satu bahagian.Hanya ada Idlan,Idhan dan Adrian yang sedang menonton televisyen di situ.Irsya membuka langkah mendekati mereka.Wajah Idlan dan Adrian dipandang.Dia sedar mata Idhan tertumpu pada dirinya namun dia cukup trauma jika melihat wajah lelaki itu.

"Abang Lan dengan Ad kenapa tak tidur lagi?"Irsya tersenyum kecil.Sedaya upaya menahan mata dari memandang Idhan.Jantungnya berdegup laju.Idhan tahu Irsya seakan tidak mahu memandangnya.

Idlan dengan Adrian menoleh."Mama dengan papa suruh tunggu Kak Sya balik.Alang-alang tu tengoklah movie sekejap."Jawab Adrian.

"Sya pergi mana?Pukul 10 baru balik?Kenapa tak bawak phone?"Soal Idlan tegas dalam nada kerisauan.Irsya menggaru kepalanya.

"Maaflah.Tadi Sya ada hal sikit.Pastu Sya singgah masjid kejap tapi tertidur.Bangun-bangun dah maghrib.Alang-alang tu solat isyak sekali kat masjid.Maaf sekali lagi buat semua risau."Irsya menundukkan kepalanya.Sedia dimarahi oleh si abang tegas.

"Hmm.Lain kali jangan buat lagi."Pesan Idlan.Irsya mengangguk.

"Ni dah makan belum?"Soalnya. Irsya menggeleng."Tak sempat."

"Kau pergi mana je hah sampai makan pun tak sempat?"Sampuk Idhan dari seberang tempat dia berdiri.

Jangan Sya..Ingat!

Irsya membuat pekak.Idlan dengan Adrian yang memandang Idhan berpaling ke arah Irsya semula."Dah pergi naik.Bersihkan diri ke apa-apa patut pastu turun makan."Arah Idlan.

"Err.Tak pelah.Sya tak de selera lah nak makan.Sya.Penat.Sya naik atas dulu eh abang Lan,Adrian."

Adrian tersenyum manakala Idlan mengangguk.Idhan terkedu.Apahal minah ni tak nak bercakap dengan dia?

"Irsya."Panggil Idhan.Irsya menghiraukan lalu menapak menuju ke tangga lalu mendaki satu persatu anak tangga dengan lemah.Penat.

Idhan mengejar Irsya yang mula berlalu pergi."Sya!"Idlan dan Adrian hanya memberi tumpuan pada movie mereka.

"Irsya!"

Langkah Irsya terhenti sebaik anak tangga pertama pada bahagian kedua dipijak.Dia kembali menurunkan kakinya dan berdiri membelakangi Idhan apabila lelaki itu menarik tangannya.Irsya menarik kembali dengan cara sopan.Dahi Idhan berkerut.

"Irsya."

"Apa?!Sya.Sya!Nak apa?!"Soal Irsya kasar tanpa berpaling.Dari tadi memekak panggil nama orang!Rimas!

Idhan merengus kasar."Kau pahal moody?!Aku cakap baik-baik kan!"Marah Idhan membuat kan Irsya menoleh.Muka tidak puas hati ditayang.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now