Bab 52

39.4K 2.1K 254
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________


SENYUMAN malu tak lekang-lekang dari bibir mungil itu.Wajahnya yang memerah bertambah pucat apabila lelaki itu galak mengusiknya. Bertambah malu jadinya.Ni semua salah dia.Bengong punya Idhan.Ada ke patut cakap macam tu dekat tempat terbuka.Aduyai!Nasib Adrian yang dengar kalau mama?Papa?Ke Tok Wan ke?Mana nak sorok muka?Si Adrian pun satu.Melayan Idhan tu.Ada je yang nak diusiknya.Naik seram dia jadinya dengan Idhan.

Pandangan dikerling sekilas pada si suami.Ligat beramah mesra dengan tetamu yang hadir yang sanggup berkonvo dari rumah ke masjid dan patah balik ke rumah semula.Tak putus-putus ucapan doa dari mereka semua yang hadir.

Mata menangkap figura Idhan yang menghampirinya bersama senyuman manis.Baju nikah masih tersarung pada tubuh sasanya.Nampak segak sekali walaupun sudah bertukar sandals.Tangannya dicapai dan disimpulkan dengan jari jemari lelaki itu.

"Nak pergi mana?"Soal Irsya apabila tangannya ditarik supaya dirinya turut berjalan.Idhan menoleh.

"Jumpa kawan-kawan abang.Jom."

"Alah..Sya malu lah.Abang je lah pergi."Anak mata redup menjadi tatapannya.Tubuhnya kembali menggigil kecil apabila figura teman-teman suaminya yang berkumpul di satu sudut memandang ke arah mereka berdua.

"Sekejap je.Jom."

Irsya akur.Dia berjalan di belakang lelaki itu namun Idhan menarik supaya berjalan seiring dengannya.Pandangan hanya menunduk pada lantai.

"Wo.Bro..Selamat pengantin baru."Ucap Taufiq diikuti dengan senyuman ikhlas yang lain.Idhan bersalaman dengan mereka berlima dan tersenyum nipis.

"Woo..Abang singa dah melabuhkan tirainya.."Usik Ikmal diikuti gelak mereka.Muka Idhan sudah berubah.Tak guna punya Ikmal!Sempat lagi nak membahan.

Irsya tergelak kecil melihat raut wajah yang sudah bertukar itu.Tangannya naik mengusap tangan lelaki itu.Takut meletup pula.Idhan menoleh dan tersenyum kecil tanda dia 'okay'.

"Abang singa dah letak jawatan.Abang jambu tak nak letak jawatan?"Sindir Idhan pula.Terus pucat wajah Ikmal.Fakhrul,Pijol,Taufiq serta Izzam sudah tertawa terbahak-bahak.Ikmal naik geram.Satu-satu kepala menjadi sasarannya.Ambik kau!

"Bodoh.Aku bukan jambulah."Lelaki itu turut ketawa.

"So,bro.Kau masih join team kita ke?"

Soalan yang terpacul keluar dari mulut Faqhrul membuatkan semua berfokus pada lelaki itu.Idhan berdeham kecil lalu mengemaskan pelukan pada bahu Irsya.Dikerling sekilas lalu menatap kembali wajah kawan-kawannya.Wajah serba salah terpampang.Mana satu yang harus dia pilih?

"Ye doh.Sejak kau tak de time 2 kali kitaorang pergi tawaran bertanding rasa tak seronok."

"Feel like something is gone."

Idhan hanya mampu memberi senyuman nipis.Terkelu lidahnya.Kini,tanggungjawab dia besar.Namun tidak sampai hati mahu menghampakan mereka semua.Sahabat dari sekolah menengah lagi.Siapa yang tak mahu kehilangannya?

Pandangan beralih pada si isteri.Cuba mencari jawapan.Irsya tersenyum halus.Anak mata memandang tepat ke anak mata lelaki itu.Lalu kembali memandang sahabat-sahabat si suami.

"Insyaallah.Idhan akan join.Irsya janji Irsya takkan bagi dia keluar dari team korang.Antara kerja dan tanggungjawab untuk Irsya dan juga sebagai pemain handal,insyaallah Sya akan tolong Idhan susun jadual.Nanti Irsya akan bincang dengan Idhan.So,jangan risau sebab Idhan tak akan keluar."

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now