"Alah..Lain kali kita pergi eh?"Pujuk Irsya sambil tersenyum kecil.Hatinya tergelak kecil memandang seraut wajah kecewa itu.

"Ouh okay.."Sayu nadanya.

Sebaik mereka berdua turun dari pangkin,langkah Adrian terhenti.Irsya memandang pelik."Kenapa?"

"Kita nak pergi naik apa?Kereta tak de?Takkan nak pakai kereta angah pulak?"

Irsya berfikir sejenak.Kedai kampung ni dekat je.Nak pakai kereta tak relevan langsung!Tak syoklah kalau naik kereta kan?

"Ermm.."Mata Irsya meliar ke sekeliling ruang bawah rumah papan itu.Matanya terhenti sebaik terpandangkan beberapa biji buah basikal yang agak lama namun cukup meyakinkan bahawa ianya masih kuat.

"Kita naik tu?"

"Apa tu?"

Irsya tersengih.

•••••

SUASANA kampung yang amat menyamankan.Ciptaan semula jadi yang menghiasi di sepanjang jalan kampung.Ditambah pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

"Arghh!Bestnya!"Jerit Irsya sambil mengemaskan kayuhannya.Adrian yang berada disebelah tersenyum kecil.

"Ni baru jalan kampung,belum air terjun.Nanti macam manalah reaksi Kak Sya kan?"Usik Adrian menarik perhatian Irsya.

"I can't imagine that!"Ujarnya teruja.Wahh!Tak sabarnya!

Sambil mereka berkayuh,sambil itu juga mereka bernyanyi diselangi gelak ketawa gembira.Sekejap ke kiri,sekejap ke kanan.Macam orang terhuyung-hayang bawak basikal.

Aduyai!

Adrian dan Irsya menuju ke simpang empat jalan kampung itu.Sebaik memastikan tiada halangan,Adrian mendahului Irsya untuk menyeberang dahulu manakala Irsya di belakang.Sebaik Irsya mahu ke seberang,bunyi deruman sebuah motor besar kedengaran sayup-sayup pada pendengaran mereka dan lama kelamaan semakin kuat bunyinya menciptakan suasana bingit di tengah-tengah jalan.

Adrian menoleh ke belakang untuk melihat Irsya atau lebih tepat motor yang seakan sedang menghampiri dengan mereka.Namun terbuntang luas matanya apabila motor itu sedang menuju ke arah Irsya dari arah yang bertentangan.Dan,

"Arghhh!!!"

"Irsya!"

Tanpa sedar,nama gadis itu dipanggil bukan seperti biasa.Dan,cukup membuatkan jantung lelakinya mahu gugur daripada tangkainya.

•••••

"ASTAGHFIRULLAHALAZIM!"Ucap gerangan yang menaiki motor berkuasa tinggi itu lalu segera turun daripada motornya setelah enjin dimatikan.Dia berlari anak menuju ke arah seorang gadis yang terduduk sambil memeluk lutut.Jelas dari pancainderanya bahawa gadis itu diambang ketakutan.Tubuhnya menggigil.

Gerangan yang dikenali lelaki itu mendapati gadis yang terduduk itu.Dipaut bahu gadis itu lalu didirikan dan di angkat basikalnya yang turut jatuh menyembah bumi.

"Awak okay?"Soalnya sebelum membuka topi keledar boltnya.

Irsya mengusap dadanya sambil beristighfar panjang.Dilihat lelaki itu sedang membuka helmetnya."Sa-Saya okay."
Bergetar suaranya akibat ketakutan yang melampau.

Adrian berlari pantas mendapatkan Irsya.Sebaik dia sudah berdiri di hadapan gadis itu,tubuh gadis itu dibelek-belek dari atas hingga ke bawah memeriksa kecederaan yang mungkin berlaku.

"Kak Sya.Kak Sya okay?"Soalnya perlahan dalam nada kerisauan.Sungguh dia takut sekali jika apa-apa berlaku pada gadis ini. Jantungnya berdetak hebat sambil menyeka manik-manik peluh yang keluar mengalir perlahan turun ke pipi.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now