Epilog

11.2K 134 50
                                    

No, Don't hate me guys 😢
To make the story clear, let me explain to you.
So, basically cerita ni Lia ditinggalkan oleh Muqris. Bagi Lia, ini merupakan cinta sejati nya. Dia sayangkan Muqris lebih dari segalanya. Bila Muqris mengambil keputusan untuk meninggalkan Lia, Lia seakan tidak boleh terima dan akhirnya menjadi gila. Jadi... dari pertama kali lagi Lia menjejakkan kaki ke NU itu adalah hari pertama dia menjejakkan kaki ke hospital sakit jiwa. Dia mula berfantasi seorang diri. Ammar dan Hazlin merupakan doktor peribadi untuk Lia. In reality, diorang merupakan pasangan suami isteri tetapi bagi Lia, sebaliknya.

2 tahun kemudian

Hari berganti hari, semakin lama aku sudah semakin menghampiri dunia realiti. Doktor mengesahkan bahawa aku sudah semakin normal dan mampu berfikir sendiri. Terima kasih atas bantuan doktor, keluarga dan Tuhan yang Maha Esa.

Setiap hari aku diberikan sesi kaunseling mengingatkan siapa diri aku dan diajar untuk mengawal diri. Pernah juga aku ingin membunuh doktor yang sedang merawat aku kerana aku sangkakan dia Muqris.

Muqris—

Lelaki ini yang telah membuat aku jadi begini. Jujur aku terlalu sayangkan dia. Perkenalan yang hanya sementara membawa seribu bahagia dan kenangan. Perpisahan yang secara tiba-tiba menjadikan aku tidak mampu untuk berfikir secara normal. Ianya seperti sebuah kejutan untuk diri aku.

Biarlah kenangan itu tertanam dalam bersama diri aku yang dulu. Sepanjang pemulihan diri, aku belajar untuk melupakan dia. Ya, sepenuhnya aku telah lupakan dia.

Aku menyandang beg baju yang telah dikemas lalu berjalan keluar daripada bilik sakit itu. Ayah dan ibu sedang menunggu di kaunter hadapan dengan senyuman. Tenang hati aku tatkala melihat senyuman mereka.

"Ibu." Aku memeluk ibu erat. Ibu menggosok lembut belakangku.

"Aqila tunggu luar dulu ye? Ibu dengan ayah masih ada perkara yang ingin dibincangkan dengan doktor." Kata ibu lembut. Aku mengangguk lalu berjalan keluar menuju ke kerusi yang berada di halaman hospital.

Aku menyandarkan diri pada kerusi kayu itu. Buat seketika aku memejamkan mata menikmati angin petang yang menyapa pipi.

Pakk!

Aku membuka mata tatkala terasa pehaku dipukul kecil.

"Why are you here?" Soal seorang budak perempuan kecil. Aku mengerutkan dahi lalu mengukirkan senyuman.

"Err hai?"

"Aunty buat apa kat sini? Tak takut ke nanti orang gila kacau?" Soalnya serius. Aku hanya tergelak kecil. Aku sendiri baru sahaja keluar dari hospital ini masakan aku mahu takut.

"Adik comel ni buat apa kat sini? Tak takut ke?" Aku mencuit hidungnya.

"Aisyah." Terdengar suara lembut seorang perempuan menuju ke sini. Aku terus berpaling menundukkan wajah.

"Aisyah why are you here? Mummy dah pesan kan duduk dalam sana diam-diam. You ni naughty tau."

"Mummy, i'm just asking this aunty what she's doing here. Is that fault?" Soal budak kecil itu petah.

"No.. its okay." Jawab perempuan itu.

"Hai, awak okay ke?" Tegurnya.

Aku mengangkat muka lalu memandangnya. Ada riak terkejut di wajahnya. Aku hanya mengerutkan dahi tidak faham.

"Lin, awak.." Seorang lelaki datang menghampiri dari belakang juga dengan reaksi yang sama terkejut.

"Ammar, ni Lia." Perempuan itu bertutur perlahan namun masih dapat didengari aku. Bagaimana dia tahu nama aku? Aku mengangkat beg lalu ingin bergegas pergi.

"Lia." Panggil lelaki itu. Aku menghentikan langkah.

"Awak tak ingat kami ke?" Soal wanita itu pula. Aku memusingkan badan melihat wajah mereka satu persatu. Aku seperti pernah berjumpa mereka. Tetapi di mana dan bila aku sudah lupa. Aku cuba untuk mengingati semula. Semakin aku cuba kepala aku semakin sakit seperti dicucuk beribu jarum. Aku memejamkan mata erat menahan kesakitan.

"No, takpe.. tak perlu ingat." Kata wanita itu lembut. Aku membuka mata tatkala terasa ada tangan yang memegang bahuku.

"Awak tak perlu ingat.. kami cuma bertanya saja." Sambungnya lagi. Aku mengangguk perlahan.

"Saya.. rasa macam pernah berjumpa awak berdua tapi saya lupa sangat. Maafkan saya." Jawabku perlahan.

"Tidak mengapa.. mungkin kita selalu bertembung dan awak hanya melihat sepintas lalu saja." Kata wanita itu lalu mengukirkan senyuman. Aku membalas senyum nya.

"Aqila." Aku menoleh tatkala terdengar suara ibu memanggil. Ibu melambaikan tangan nya menandakan urusan telah selesai.

"Erm ibu saya dah panggil. Saya pergi dulu ya?" Kataku lalu beredar meninggalkan mereka.

"Bye aunty!" Jerit budak kecil itu sambil melambaikan tangan. Aku membalas lambaian nya. Sempat aku melihat lelaki disebelahnya. Lelaki itu tersenyum tenang. Aku juga turut tersenyum.

*******************************************

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 18, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Rindu Dendam [Completed]Where stories live. Discover now