BAB 8

13K 240 0
                                    

Sampai sahaja di bilik, aku terus menghempaskan badan di atas katil. Aku memejamkan mataku seketika dan membuka semula apabila terdengar bunyi bising di luar bilik.

Perlahan-lahan aku menuruni katil dan menuju ke pintu. Pintu bilik aku buka sedikit untuk mengintai apa yang sedang berlaku.

"Aku tak usiklah barang kau!"

"Habistu mana pergi? Dalam bilik ni ada kau dengan aku je!"

"Takdelah, yang kau nak tuduh aku tu kenapa? Kau ingat aku hadap sangat ke dengan barang-barang kau dalam bilik ni?!"

"Eee menyampah lah aku satu bilik dengan orang yang taknak mengaku ni. Dah ambil lepastu cakap tak ambil."

Aku menelan liur dan membuka pintu sepenuhnya. Mereka berdua kelihatan tercenggang melihat aku.

"Ehem.." Aku membetulkan rongga tekak.

"Awak berdua cari apa?" Soalku hairan.

"Kau siapa?" Soal perempuan yang berkulit sawo matang.

"Err takde sape. Saya duduk dekat bilik ni. So we are roommates aren't we?" Kataku dengan sedikit senyuman.

"Ohh." Itu sahaja respon yang aku terima. Aku menutup semula pintu bilik. Handfone di atas katil aku capai.

1 new message from whatsapp.

Aku membuka password handfone ku.

+6 012...... : Hello sweetie :)

aku: Siapa ni?

+6 012...... : Guess who?

aku: Err malas nak layan.

+6 012...... : It's me.... Iz.

+6 012...... : Eh sorry. Ammar :)

aku: Lol Ammar.. awak ni buat suspen je.

Ammar : Heheheh takut tak?

aku: Tak takut.. tapi annoying :p

Ammar: Alaa awak annoying dekat saya? hmm

Aku terus tergelak kecil. Aku boleh bayangkan a cute face bila Ammar merajuk.

aku: No, i mean.. the way awak approach tu annoying lah sikit hehe.

Ammar: Awak tengah buat apa tu?

Tuk! Tuk!

Aku melihat pintu bilik ku.

Tuk! Tuk! Tuk!

Terus aku meloncat turun daripada katil. Tombol pintu aku pulas.

"Yes?" Soalku apabila melihat perempuan yang berkulit putih dan sedikit rendah daripada yang satu lagi sudah berdiri tegak di hadapan bilikku.

"Kau ada nampak tak something like keychain bentuk hati dekat dalam bilik ni?" Soalnya.

Aku mengerutkan dahi untuk mengingat semula. Rasa seperti ada terlihat keychain seperti itu sebelum ini.

"Oh! yeah.. ada tapi bukan dalam bilik ni. Rasa ada nampak dekat emmm" Aku menjenguk kan kepala ke rak kasut di belakang pintu.

"Hah! yang ni ke?" Aku mengambil keychain tersebut.

"Ha yang ni lah. Okay thanks." Perempuan itu terus mengambil keychain tersebut dari tangan aku dan melangkah masuk ke biliknya.

'Lol takkan lah tadi gaduh pasal benda tu je?' Getus hatiku dan terus menutup pintu bilik.

Aku mengambil semula handfone yang berada di atas katil.

10 new messages from whatsapp

'Wow banyak nya.'

8 dari Ammar, 2 dari group chat.

Ammar: Awak?

Ammar: Huii

Ammar: Lia..

Ammar: Oo Lia

Ammar: Lia sayang huhuhu

Terbeliak mataku melihat text itu. 'sayang'?

Mungkin dia cuma bergurau dan tak maksudkan apa-apa. Aku je yang over-thinking right?

Ammar: Kamelia Aqila

Ammar: Mana awak ni?

Ammar: Jangan buat saya rindu.

Aku tergelak kecil.

aku: Seriously Ammar?

Ammar: Heheheh awak pergi mana tadi?

aku: Saya ada je.. cuma tadi busy sikit.

Ammar: Okay sekarang saya pula yang busy. Saya chat awak lagi malam ni okay?!

aku: Hahaha ya.. alright.

Aku meletakkan semula handfone di atas katil. Setelah itu aku mencapai tuala yang berada di dalam almari. Satu persatu pakaian aku buka dan melilitkan tuala di badan. Barang mandian aku capai dan aku terus menuju ke bilik air.

Rindu Dendam [Completed]Where stories live. Discover now