BAB 11

12.1K 239 8
                                    

"Ah selesa nya dapat katil sendiri!!" Aku mengeliat kecil di atas katil. Teddy bear yang berada di sebelah aku peluk erat. Rindu rasanya dengan 'ubat tidur' ni. Kalau bawa pergi NU mesti kena bahan dengan Lin.

Lin? Apa lah dia tengah buat sekarang.
Handfone di atas meja kecil aku capai.

Kosong.

Tiba-tiba perasaan rindu pada Muqris mula menerjah di dalam hati aku. Sudah hampir 8 bulan hubungan kami terputus. Sejak dari hari itu, kami langsung tidak berhubung melalui mana-mana media sosial.

Aku membuka aplikasi Whatsapp. Perkataan contacts aku tekan. Aku mula menaip nama Muqris di bahagian searching.

Muqris
Menyendiri lebih baik.

'Ya Allah, kenapa aku rindu dia sangat ni?
Aku tak sepatutnya rindu dia lebih daripada aku rindukan Allah.
Dia tak layak untuk dirindui.
Tapi kenapa..
kenapa setiap kali aku akan rasa rindu sangat dekat dia..
Aku tak nak rasa rindu ni.
Aku taknak..
Rasa dia sakit.'

Aku memejamkan mataku buat seketika. Air mata mula mengalir di tubir mata. Kalau ikutkan perasaan rindu ini, ingin sahaja aku menghantar chat ringkas kepada nya dengan bertanyakan khabar.

Tapi itu semua tidak mungkin akan berlaku. Kata-kata dia masih ternyiang-nyiang di telinga aku. Membuatkan hati aku rapuh dan mula berputus asa untuk menunggu dia.

********************

aku: Saya harap saya boleh hilang ingatan supaya dapat lupakan awak.

Muqris: Apa yang kita fikirkan akan terjawab juga suatu hari nanti.

Muqris: Sama ada cepat atau lambat.

aku: I don't know why is it so hard to forget you.

Muqris: Lah.. nak lupakan saya senang je.

aku: Kalau senang..

Muqris: Saya yang musnahkan hidup awak. Simple

********************

Aku mengepal tanganku lalu menumbuk bear yang berada di dalam dakapan membayangkan yang aku tumbuk itu ialah Muqris. Biar dia tahu betapa sakit dan hancur nya hati aku tika ini.

Aku terus duduk bersila di atas katil. Bear di tangan aku campakkan ke lantai. Aku menyapu sisa air mata yang berada di pipi. Setelah itu aku mengambil tuala dan menuju ke bilik air.

--------------------

"Kak.. aku nak keluar jap nanti." Kataku kepada kakak. Roti kosong aku ambil dan sapukan mentega di atas nya.

"Kau nak pergi mana?" Soal kakak.

"Jogging."

"Dekat mana?" Soal kakak lagi.

"Dekat seksyen 7 je" Kataku membohongi kakak. Sebenarnya aku ingin pergi ke Tasik Titiwangsa.

"Okay.." Balas kakak ringkas.

"Pinjam kereta eah?" Aku menyangkan sebaris gigi.

"Kau nak jogging dekat je kan? Naik motor jelah."

"Alaa.. takde mood nak bawa motor.. please?" Aku cuba memujuk kakak.

"Yelah-yelah."

"Yeahh thanks." Aku menghabiskan roti di tangan. Teh'o panas aku hirup sehingga habis.

Sampai sahaja di Tasik Titiwangsa, aku mencari tempat untuk memakirkan kereta. Keadaan di tasik itu sungguh lengang. Mungkin masih pagi bagi mereka yang berada di sini. Aku mengerling jam di tangan.

8:45 AM

Earphone di dalam laci kereta aku capai dan aku cucuk kan ke mp3. Setelah itu aku sumbatkan ke dalam telinga. Aku keluar daripada perut kereta dan menutup pintu. Setelah itu aku berjalan menuju ke kawasan jogging untuk mengelilingi tasik.

Aku berjalan biasa melihat sekeliling. Kedai di kawasan tasik ini masih belum dibuka. Standard rata-rata kedai akan buka pada jam 10:00 pagi.

Aku melajukan langkahku untuk berlari anak. Lagu Im an Albatraoz bermain di cuping telingaku menyebabkan pergerakan kaki aku bertambah rancak seiring dengan kerancakan lagu itu.

Setelah lagu itu habis dimainkan, aku melabuhkan punggung di atas kerusi yang telah disediakan di tasik itu. Sudah lama tidak berjogging membuatkan aku cepat mengah.

Aku menarik nafas perlahan dan hembuskan nya juga dengan perlahan. Peluh di muka aku lap menggunakan sapu tangan. Sedang aku mengelap peluh, secara tidak sengaja hidung aku menangkap bau wangian Muqris yang dibawa angin. Pantas aku menoleh ke belakang dan melihat sekeliling.

Tiada siapa.

Aku memandang semula ke hadapan. Mata aku meliar mencari jika-jika ada kelibat Muqris di mana-mana. Aku melepaskan nafas berat. Aku terlalu rindu kan kenangan bersama dia sampaikan terbayang-bayang dia berada di sini.

Rindu Dendam [Completed]Where stories live. Discover now