BAB 21

10K 217 20
                                    

Ketukan di pintu memeranjatkan aku yang sedang lena diulit mimpi. Terpisat-pisat aku ingin membuka mata. Aku bangun daripada katil lalu membuka pintu. Muka Sara sudah terjegul di hadapan pintu ketika ini. Aku memandangnya hairan.

"Kau ni memang tak serik kan?" Soal Sara kasar.

"Apa awak cakap ni?" Soalku pula terpinga-pinga.

"Aku dah cakap jangan dekat dengan Ammar Izham tapi kenapa kau degil sangat huh?!" Sara menolak kasar bahuku menyebabkan aku jatuh terduduk di lantai.

Dengan rasa tercabar dan geram yang ada pada diri, aku bingkas bangun lalu menarik kolar bajunya masuk ke dalam bilik lalu mencampakkan dia ke lantai menyebabkan dia jatuh terperosok. Pintu bilik aku tutup rapat dan kunci.

"Kau ni.. memang tak puas hati dengan aku kan?" Soalku lalu menapak berjalan ke arah nya.Sara tidak menunjukkan riak takut malah dia berdiri memandang tajam ke arah aku. Aku juga turut melakukan perkara yang sama.

"Ya, memang aku tak puas hati dengan kau. Aku tak suka tengok kau rapat dengan Iz. Sedangkan aku yang awek dia pun tak rapat macam tu." Keras suaranya membuatkan telingaku berdesing mendengar kata-katanya.

"Hey perempuan, tolong sedar diri sikit yang Ammar tu tak suka kau." Aku menunjal-nunjal dahinya.

"Hey, jangan sentuh aku lah!" Sara menepis tanganku daripada terus menunjal kepalanya.
"Atleast, aku tak dijadikan tempat hilangkan bosan." Sara berkata sinis.

Sekali lagi aku rasa tercabar. Pantas pipinya yang putih gebu itu aku tampar sekuat hati. Sara terkejut dengan tindakan aku dan cuba untuk membalasnya. Tetapi aku lebih pantas menyepak perutnya menyebabkan dia jatuh tersungkur ke belakang. Pasu bunga yang berada di atas meja aku capai dan memegangnya kemas. Lalu dengan sekuat hati aku menghempaskan pasu itu di kepalanya. Berkecai pasu itu dan darah sudah mula mengalir keluar daripada kepalanya. Sara pula sudah meraung kesakitan.

"Itu balasan untuk orang yang cuba menyakitkan hati aku!" Aku menjerit sekuat hati kepadanya. Dan pandangan aku terus gelap.

Aku terus terjaga daripada tidur. Aku mengelap peluh di dahi. Bukan setakat dahi, katilku juga sudah basah menandakan belakangku juga berpeluh teruk. Pantas aku memandang ke sisi katil. Patut lah berpeluh sakan, kipas tak buka. Handfone yang berada di bawah bantal aku ambil lalu menghidupkan nya.

Ada 10 messages daripada Whatsapp dan 5 missed calls. Aku tidak berminat untuk membuka Whatsapp . Aku pantas membuka 5 missed calls itu.Nama Lin tertera di screen handfone dan tidak semena handfone aku berbunyi. Aku mengangkat panggilan itu.

"Hello, Lia?"

"Ermm ya Lin.." Jawabku dengan suara yang kedengaran serak-serak basah.

"Woi kau tidur ke?" Soal Lin.

"Ya.. nak apa Lin?"

"Ala baru nak ajak temankan makan. Aku baru habis class ni."

"Pukul berapa sekarang?" Soalku.

"Err 3:45 petang." Jawab Lin. Aku meraup mukaku beberapa kali.

"Okay tunggu lah kejap lagi aku sampai. Kau kat mana ni?"

"Aku tunggu kau kat cafe eah?"

"Okay." Aku pantas mematikan talian dan menuruni katil.

Setelah lengkap berpakaian, aku mengambil barang yang penting sahaja seperti handfone dan duit untuk turun ke bawah. Aku mengerling jam di dinding.

4:17 pm

Sudah lebih 30min berlalu. Kasihan pada Lin terpaksa menunggu lama di cafe. Oleh itu, aku mempercepatkan langkah kaki untuk menuju ke cafe. Sampai sahaja di sana, aku mencari-cari kelibat Lin.

Rindu Dendam [Completed]Where stories live. Discover now