BAB 38

16.5K 200 11
                                    

NO POV

Ammar melangkah masuk ke dalam sebuah bangunan milik syarikat keluarga nya. Dia melangkah laju kerana sudah terlambat sepuluh minit. Salahnya juga kerana terlajak tidur begitu juga Lia. Akhirnya dia tersekat di dalam kesesakan lalu lintas.

Ammar melihat sekilas jam di tangannya.

Bamm!!

"Auchh shit!" Terdengar suara perempuan mengaduh. Perlanggaran itu menyebabkan Ammar juga jatuh terduduk. Namun dia pantas berdiri.

"Miss I'm sorry. Saya dah lambat dan saya tak perasan. Are you okay?" Sapa Ammar dalam keadaan kelam kabut. Wanita di hadapannya masih lagi menunduk membuatkan dia serba salah. Sesekali jam di tangan dikerling.

"Miss?" Ammar menyentuh bahu wanita itu. Wanita itu terus mengangkat pandangan.

"Oh.. Wow." Ucap Ammar perlahan dan terkejut.

"Ammar Izham?" Sapa wanita itu. Dengan bersahaja dia memaut lengan Ammar untuk berdiri. Ammar menjadi kaku dan kekok.

"Long time no see.." Kata wanita itu teruja.

"Yeah.. I rushing ni. See you next time." Lalu Ammar melajukan langkah menuju ke lif. Punat lif ditekan arah menuju ke atas.

Wanita itu terkebil-kebil. Namun dia bahagia dapat berjumpa semula dengan kekasih hatinya. Lelaki itu dia puja setiap masa. Setiap hari dia berdoa agar dipertemukan dengan lelaki itu dan akhirnya doanya dimakbulkan. Hari ini merupakan hari paling indah buat dia.

*****************************

"Girlss!!" Sara menjerit girang di hadapan kawan-kawannya. Berbaju sendat, berwarna merah, kasut tumit tinggi, rambut yang diblonde. Penampilannya sahaja sudah mampu memukau mata yang memandang. Lagi-lagi mata lelaki.

"Hye Sara. What's up?" Sapa seorang gadis apabila melihat Sara sangat berbeza hari ini.Sara menarik sebuah kerusi lalu dilabuhkan punggungnya di atas kerusi itu. Sempat juga mata nakal lelaki yang berada di restoran itu menjeling geram punggung Sara.

"Cuba teka tadi I jumpa siapa? Oh my God.. I betul-betul tak percaya yang I akan jumpa dia balik!" Kata Sara lalu dia menepuk tangan sambil tergelak kecil.

"Siapa?" Soal rakannya serentak.

"Ammar Izham.." Tutur bibir mungil nya lalu tersenyum lebar. Mereka yang berada di situ seakan tidak percaya. Patut lah bahagia semacam Sara pada hari ini. Rupanya kumbang yang selama ini dicari sudah ditemui.

"Seriously?! Dekat mana you jumpa?" Soal salah seorang rakannya.

"Tadi I pergi Permata Holdings sekejap.. ada lah urusan sikit. I tengah jalan tu tiba-tiba ada orang langgar I daripada belakang. Mula-mula memang I nak marah lah tapi bila dengar suara yang macam familiar tu terus I angkat muka. sekali tengok, Ammar Izham yang ada depan mata I. Oh my god.. Kalau rezeki takkan kemana.. Kalau jodoh juga takkan kemana kan?" Sara sudah tersengih sendiri.

"Tapi kan Sara.. I dengar Ammar Izham tu dah kahwin. Takkan you tak tahu?" Soal Melly yang duduk berhadapan Sara. Terus mati senyuman dibibirnya.

"Perkara macam ni jangan buat main-main boleh tak? I tak suka lah." Jawab Sara dingin. Masakan Ammar Izham kahwin dia tidak tahu?

"Lah.. buat apa I nak tipu you? I tahu dia kahwin pun dari kawan boyfriend I. Dia kahwin tak jemput budak-budak NU pun.. mana yang rapat je dia ajak." Jawab Melly lagi. Yang lain hanya mengangguk menyokong kata-kata Melly.

"I tak percaya lah. Kalau dia kahwin pun, siapa bini dia? Dia tak pernah bercinta okay." Sara masih lagi tidak berpuas hati.

"Dengan siapa tu kitorang tak tahu.. Tapi betul apa yang Melly cakap. Dia dah kahwin." Jawab Sherry di sebelahnya. Sara merengus geram. Hilang senyuman di bibirnya. Mukanya monyok mendengar berita buruk itu. Ammar cuma milik dia. Bagaimana boleh terlepas ke tangan orang lain?!

Rindu Dendam [Completed]Where stories live. Discover now