BAB 25

9.3K 183 15
                                    

Sepanjang perjalanan, hanya Ammar dan Muqris yang galak bercerita perihal masing-masing. Ada kala mereka bergurau senda sesama mereka. *Ini macam Lia je yang jealous*
Aku hanya mendiamkan diri sahaja, lebih selesa menghanyutkan diri di alam fantasi sendiri.

"Kamelia." Panggil Ammar lembut menyentakkan aku. Tidak pernah dia memanggil aku begitu sebelum ini. Aku pantas mengalihkan pandangan kepadanya lalu mengangkat kedua belah kening.

"Okay tak?" Ammar menoleh sekilas memandang aku. Pertanyaan itu seolah-olah tahu aku sudah hanyut dibuai fantasi sendiri.

"Okay je.. kenapa?"  Aku menyoal semula seperti tiada apa yang berlaku.

"Dahtu kenapa senyap je ni?"

"Takde apa.." dan aku memalingkan wajah ke luar tingkap semula menyambung fantasiku yang tergendala.

"Am, kau ingat tak dulu kita ada nak try sorang awek ni." Muqris di bahagian duduk belakang bersuara.

"yang mana eah?" Soal Ammar. Walaupun begitu, Ammar masih lagi menumpukan perhatian nya pada pemanduan. Dia tidak mahu kerana kelekaan nya mereka bertiga ditimpa kecelakaan. Allahu, minta di elakkan.

"Alaa ada sorang awek tu kita berebut sampai bergaduh. Takkan tak ingat?" Soal Muqris lagi memaksa Ammar untuk mengingati semula zamam remaja mereka.

"Am!" Muqris memanggil Ammar Izham yang sedang leka berborak dengan sekumpulan gadis di hadapan sekolah. Panggilan nya itu tidak bersahut. Muqris lalu mengeluarkan lastik buatan nya sendiri yang disimpan di dalam beg sekolah nya. Batu-batu kecil yang berada di atas jalan tar itu dikutip untuk dijadikan peluru.

"Kau tak dengar eah aku panggil." Muqris bermonolog sendiri sambil mengacukan lastik itu ke arah Ammar Izham. Kebetulan ketika itu posisi Ammar Izham sedang membelakangkan dia. Dengan sekali tembakan, batu kecil yang dijadikan peluru itu tepat mengenai bontot nya. Mengaduh kesakitan Ammar Izham di hadapan sekumpulan gadis itu. Dia lalu memusingkan badannya ke belakang. Muqris yang sedang duduk di bustop itu tersengih sambil mengangkat-angkat lastiknya.

"Okay girls, I got to go now. See you tomorrow." Ammar Izham pantas mendapatkan Muqris yang sedang duduk di bustop. Malu bukan kepalang apabila dia terjerit kesakitan di hadapan sekumpulan gadis. Jatuh air muka nya.

Rindu Dendam [Completed]Where stories live. Discover now