BAB 45

17K 209 166
                                    

Hospital Bahagia Ulu Kinta

"Perkara ini sudah menjadi kes rumit. Saya minta maaf Pakcik dan Makcik, saya terpaksa tahan Kamelia di dalam bilik rawatan khas. Sepertimana yang Pakcik dan Makcik lihat, kami terpaksa mengikat Lia supaya dia tidak terlepas dan mencederakan pekerja hospital ini lagi."

"Tiada peluang untuk dia sembuh ke doktor?" Soal En.Amiruddin sayu. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan anak perempuannya kembali normal seperti dahulu.

Ammar menepuk perlahan bahu orang tua itu. Rasa kasihan menyelebungi diri.

"Peluang itu sangat tipis pakcik. Sama-sama lah kita doakan yang terbaik untuk Lia. Sudah hampir setahun dan bermacam cara kami lakukan demi memulihkan Kamelia namun kami gagal. Keadaan bertambah teruk."

"Saya ingin meminta maaf dari pihak anak saya kalau selama ini dia banyak menyusahkan pihak doktor." En.Amiruddin mengesat tubir matanya. Ammar hanya menunduk sayu. Kedua tangannya dimasukkan kedalam poket baju rasmi itu.

"Doktor Ammar." Sapa lembut seorang doktor wanita. Jalannya sedikit terhincut. Ammar mengangkat pandangannya memerhatikan wanita itu.

"Pakcik, kenalkan isteri saya. Doktor Hazlin. Selama ini kami berdua yang menjaga Kamelia dan selama itulah kami di bawa ke dalam dunia fantasi Kamelia sehingga lah beberapa minggu yang lepas, Kamelia bertindak agresif sehingga mencederakan isteri saya." Ammar bersuara datar memperkenalkan isterinya. Hazlin tersenyum kecil.

"Luka di dahi tu.. Sebab Kamelia ke?" Soal En.Amiruddin serba salah.

"Takde apa lah pakcik.. sikit je ni. Lagipun salahnya dari pihak kami juga kerana menganggu Kamelia sedang berfantasi ketika itu. Memang kami datang agak mengejut petang itu." Jelas Doktor Hazlin lembut supaya tidak mengguris hati tua itu. Dari riaknya sahaja dia sudah tahu bahawa En.Amiruddin sedang dihurung rasa bersalah.

"Saya minta maaf sangat. Kalau macam tu saya minta diri dulu ya doktor?" En.Amiruddin memaut bahu isterinya dan berlalu meninggalkan hospital itu dengan hati yang hiba. Orang tua mana yang tidak terkilan apabila anaknya disahkan tidak siuman hanya kerana emosinya tidak stabil akibat ditinggalkan kekasih.

"Are you okay?" Soal Ammar lembut kepada Lin.

"I'm fine. Thanks." Jawab Lin lalu tersenyum manis.

"You rasa bila Lia dah bangun nanti, apa reaksi dia?" Soal Ammar. Mereka menghadap cermin kaca yang berada di hadapan. Kamelia yang sedang terbaring kaku di atas katil dipandang.

"Mesti lah dia akan terkejut kan? Kalau masa you ada dulu dia senyum je tiap kali bangun pagi. You dah takde ni nanti mesti dia mencari." Jawab Lin. Ammar di sebelah dikerling sekejap.

"Apa je yang kita tak cuba Lin? I rasa dah macam-macam cara kita guna. Semua tu macam tak menjadi." Keluh Ammar.

"Bukan macam tak menjadi.. Memang tak jadi langsung. Kita gagal Ammar. Gagal untuk keluarkan dia dari dunia fantasi yang dia sendiri cipta."

"I wish I could find that guy."

"For what? Dengan kembalikan lelaki yang dah musnahkan hidup dia, takkan dapat pulihkan keadaan Lia yang sekarang. She's getting worst. Disebabkan lelaki itulah Jeffry terbunuh gara-gara Lia sangkakan Jeffry tu Muqris. Muqris kan nama that guy? Yang Lia selalu meracau sebut-sebut nama tu." Jawab Lin penuh emosi.

Ammar tergelak kecil. Pipi gebu Lin dicubit geram. "Kalau cakap tu taknak berhenti dan taknak kalah ya."

"Bukan macam tu lah.. I geram. Lelaki tak sepatutnya mainkan perasaan perempuan sampai macam tu sekali. You tu pun kalau mainkan perasaan I, mahu meroyan I dibuatnya."

"Hush.. jangan cakap macam tu. Selagi hayat dikandung badan, selagi tu I akan jaga you."

Hazlin tersenyum kecil.

"Lin, you rasa apa reaksi readers Lia lepas dia baca chapter ni?" Soal Ammar gusar.

"Ermm i don't know Ammar. Maybe diorang akan marah. Yelah sebab diorang ship sangat you dengan Lia kan?" Jawab Lin selamba.

"Hmm nak buat macam mana.. kita semua ni watak khayalan Lia je kan? Dah, jom lah." Ammar berjalan meninggalkan tempat itu begitu juga Lin.

--------------------------------------------

"Will you love me until forever?" Soalku kepada Ammar yang sedang memeluk erat pinggangku.

"Yes dear, I will love you until my last breath." Tepi kepala ku dikucup lembut. Pantai di hadapan menjadi tatapan kami berdua. Aku rasa bahagia disaat ini. Aku tak mahu rasa ini pergi.

"But.. I have to go." Kata Ammar perlahan.

"Where?" Laju aku menyoal. Aku menoleh melihat mukanya.

"You just need some rest." Ammar tersenyum tipis lalu meleraikan pelukan. Aku cuba menggapai tangannya tetapi tidak dapat aku perolehi. Ia ibarat aku menggapai angin.

Sementara Ammar sedang berlalu pergi, aku masih berdiri disitu tidak dapat berbuat apa-apa. Bergerak juga aku tidak mampu.

"Abang!" Aku menjerit sekuat hati apabila melihat sekujur tubuh Ammar hilang pada pandanganku. Semuanya kosong dan gelap.

------------------------------------------------

Aku membuka mata. Aku amati sekeliling bilik. Aku tidak pernah lihat suasana ini. Aku rasa lemas. Aku lihat kebawah dan dapati badanku diikat rapi.

Aku kena culik lagi? Tapi Ammar datang selamatkan aku.

"Tolong!" Aku menjerit sekuat hati. Setelah itu, aku terdengar bunyi pintu dibuka.

Ammar.

Ya Allah, aku rindu.

"Abang." Bergetar bibirku disaat mengucapkan namanya. Rasa selamat apabila melihat dia ada.

"Dah bangun?" Soal Ammar lalu tersenyum hambar.

"Abang, siapa buat Lia macam ni? Abang taknak lepaskan Lia ke? Tolong Lia.. diorang jahat." Aku mula menangis. Rasa takut menyebulungi diri.

"Jangan nangis.. Abang ada." Ammar mengusap rambutku perlahan.

"Tapi Abang kena lepaskan Lia.. Kita kena lari!" Jawabku keras. Ammar hanya diam tidak menjawab. Hanya tanggannya saja yang terus mengusap rambutku.

"Abang tahu tak sayang kan.. sayang dah bunuh Muqris. Muqris tak guna tu!" Bersungguh aku memberitahunya. Aku tergelak senang. Tidak lama selepas itu, baru aku terfikir akan hukuman membunuh manusia. Airmata aku mula bergenang.

"Ya Allah Abang.. Lia dah bunuh Muqris. Macam mana ni Abang? Dosa bunuh orang. Ya Allah, mesti polis tengah cari Lia kan? Diorang nak hantar Lia kat polis ke? Abang, jawablah!" Aku mula panik. Bertambah panik apabila Ammar menarik tangannya daripada terus mengusap rambutku.

"Abang jangan tinggalkan Lia.. Tolonglah. Lia takut.." Aku menangis teresak-esak.

"Tidurlah.. You just need some rest.." Jawab Ammar lalu berjalan menuju ke pintu. Aku meraung sekuat hati disitu kerana tahu bahawa Ammar juga akan pergi meninggalkan aku.

"Abang! Abang! Jangan tinggalkan Lia!" Jeritku sekuat hati namun Ammar langsung tidak menoleh kebelakang.

Sejak dari hari itu, aku tidak berjumpa lagi dengan Ammar. Dia ibarat sudah tiada di dunia ini dan cinta kami.. berakhir sampai disini.

Tamat.

Rindu Dendam [Completed]Where stories live. Discover now