BAB 26

9.3K 194 6
                                    

10 minit aku ditinggalkan  berseorangan di dalam kereta. Rasa haus, lapar, sedih, geram semua nya bercampur-baur. Kalau ya pun nak tinggalkan aku sensorang di dalam kereta ini, berilah keizinan untuk minum sekurang-kurangnya. Ini tidak, senyap saja! Aku melihat jam di tangan.

12:30 pm

Tiba-tiba pintu di bahagian pemandu dibuka dari luar. Ammar melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Badan nya menghadap aku. Dia hanya memandang aku tanpa suara.

"Sorry?" Kataku perlahan. Sejujurnya aku cukup sebersalah kerana membuat Ammar tersinggung dengan keterlanjuran kata-kataku.

"Takpe.. erm Lia, tadi saya dah bincang balik dengan diorang semua. Diorang cakap nak stay sana satu malam. Awak okay tak?" Aku mengerutkan dahi. Bukan tadi kata nak balik hari ke?

"Err kenapa?"

"Sebab sekarang pun dah nak masuk lunch hour. Nanti kita berhenti dekat RNR Tapah untuk makan tengahari lepastu kita sambung perjalanan mungkin dalam pukul 2 lebih baru sampai sana.

Perjalanan bukannya dekat.. sekurang-kurangnya kami yang memandu ni perlukan rehat juga. Tapi kalau awak nak balik petang ni juga, kita berdua jelah gerak balik."

Aku terdiam sejenak menghadam kata-katanya. Betul juga, perjalanan bukannya dekat. Lepastu, aku ni menumpang sahaja takkan nak membantah? Eh, tapi salah dia juga tak bagitahu awal-awal nak pergi Cameron Highland. Emm macam mana ni. Nak cakap apa pula dekat ayah?

"Lia?" Ammar memetik jarinya di hadapan mukaku. Berkelip-kelip mataku melihat dia.

"Senyap je. Okay tak ni?" Soal Ammar. Kali ini, suaranya yang lembut itu sudah kembali semula. Menenangkan hati yang mendengarnya. Aku tersenyum kecil.

"Okay je tapi.. saya takut ayah marah. Nak cakap apa nanti dekat ayah?" Jelas terpancar kerisauan di wajahku. Ammar mencuit sedikit hidungku.

"Nanti saya hantar awak balik, saya nak jumpa ayah sekali. Boleh?"

"Eh nak buat apa?"

"Saja borak kosong. Sekarang awak call ayah, cakap awak ikut kawan-kawan pergi Cameron Highland, esuk balik. Jangan cipta alasan macam-macam ya Kamelia Aqila.. tak baik menipu." Kata-kata Ammar itu menyentakkan aku. Aku hanya tersengih menayangkan sebaris gigi.

"Eee tahu-tahu je orang nak menipu." Ammar juga sudah tersenyum melihat aku. Diusap lembut pipiku. Aku hanya membiarkan tangan nya membelai aku. Sentuhannya yang lembut itu membuai diriku. Seketika kemudian, aku seperti terjaga dari lamunan dan menjauhkan diri daripadanya.Ammar pula menarik tangan nya. Matanya tertancap pada plastik yang berada di atas ribaku lalu diambilnya plastik itu.

"Eh? Awak tak minum lagi?" Soalnya hairan. Aku hanya menggelengkan kepala. Air mineral itu dibuka penutupnya lalu dihulurkan kepada aku. Eh? Dia buka kan untuk aku ke atau dia suruh pegangkan? Aku genggam sahaja botol air itu tanpa ada niat untuk meminumnya.

Ammar mengambil redbull dan dibuka tin itu sehingga menghasilkan bunyi. Semerbak bau air itu menerjah rongga hidungku. Ammar meneguk sedikit air itu lalu memandang aku sehingga berkerut mukanya.

"Lah.. kenapa pegang je air tu? Taknak minum ke?" Ammar menyoal hairan.

"Lah.. awak buka kan untuk saya ke?" Soalku dungu.

"Lia..Lia.." Ammar mencuit sedikit daguku. Kenapa suka sangat nak cuit aku harini? Aku meneguk air mineral itu rakus.

"Alolo..kesian dia haus rupanya." Ammar menegur setelah melihat hampir separuh air itu aku teguk. Aku hanya tersenyum malu. Tidak lama selepas itu, pintu di bahagian belakang dibuka oleh Muqris.

Rindu Dendam [Completed]Where stories live. Discover now