BAB 9

12.6K 221 8
                                    

Malam ini aku tidak tahu mahu buat apa. Aku mencapai buku masakan yang setebal buku Teks Bahasa Melayu Penggal 3 STPM. Aku menyelak-nyelak helaian buku itu satu persatu. Tidak berminat untuk membaca, hanya melihat gambar yang disediakan sahaja di dalam buku itu.

Bread Pudding with Caramel

Blueberry Cheese cake.

Pudding Caramel.

Chocolate Moist.

Marbel Cake.

Aku menelan liur melihat gambar-gambar tersebut. Tiba-tiba tekak rasa teringin nak makan Blueberry Cheese Cake. Aku mengerling jam di atas meja.

10:21 PM

Aku mengeluh kecil. Pasti Cafe sudah tutup waktu begini. Aku menghantuk perlahan kepala aku di atas katil.

"Kau kenapa Lia?" Soal Lin yang berada di katil sebelah. Mata dia khusyuk memandang handfone di tangan.

"Wehhh craving lah tiba-tiba." Jawabku.

"Craving apa pula malam-malam ni Lia.. kau buat hal lah." Lin tergelak kecil.

"Kau tengok gambar ni Lin!" Aku mengangkat buku tersebut dan menunjukkan gambar Blueberry Cheese Cake kepada Lin. Lin mengalihkan pandangan nya ke arah gambar tersebut.

"Blueberry Cheese Cake?" Soal Lin. Aku mengangguk laju.

"Padan lah muka kau.. yang pergi tengok buku tu malam-malam kenapa.." Kata Lin lalu memandang handfone nya semula.

"Alaaa mana lah aku tahu dalam buku ni ada dessert sedap-sedap hm." Aku mencebik sedikit. Perutku tiba-tiba berkeroncong.

"Esuk beli lah Lia.. ada jual dekat Cafe tu." Kata Lin bersahaja. Aku menutup buku tersebut dan meletakkan nya semula di rak buku.

Setelah itu aku berjalan menuju ke katil Lin. Aku melabuhkan punggung di atas katilnya.

"Weh kau pehal doh." Ujar Lin dengan muka terkejut melihat aku berada di atas katil nya.

"Lin, kau dah jumpa roommates kita dekat bilik depan tu?" Soalku perlahan.

"Roommates dekat bilik depan? Weh Lia.. kita manada roommates duh. Bilik depan tu mana ada penghuni. Kau okay tak ni?" Lin juga bersuara perlahan. Kata-kata Lin membuatkan jantungku berdegup laju secara tiba-tiba.

Kalau takde roommates, habistu yang bergaduh siang tadi tu siapa?

"Jangan main-main lah Lin. Tak lawak." Mendatar sahaja suaraku walaupun hakikatnya aku sendiri sudah cuak.

"Lia.. aku dah check dekat pejabat minggu lepas.. bilik depan kita tu memang kosong takde penghuni. Lagipun bilik tu dulu.." Kata-kata Lin yang separuh jalan itu menyesakkan nafas aku.

"Dulu apa?" Soalku ketakutan.

"Kau tak tahu cerita?" Soal Lin pula tidak menjawab pertanyaanku. Aku pantas menggeleng.

"Cerita apa Lin?"  Lin merapatkan muka nya ke telingaku untuk berbisik.

"Cerita nya sekarang ni.. kau dah kena tipu." Berdekah-dekah ketawa Lin ketika itu. Aku yang terkejut setelah ditipu itu tercengang melihat dia.

So, aku dah terkena lah ni?

Korang terkena tak?

"Kurang ajar kan Lin!" Aku menghempuk badannya menggunakan bantal.

Setelah tawa nya reda, Lin memandang aku dengan keningnya yang terangkat.

"Kenapa dengan roommates tu?" Soal Lin hairan.

"Takde apa lah.. aku cuma nak tanya kau dah jumpa ke belum.. itu je.. lepastu kau boleh bantai nak kena kan aku."Jawabku lalu menjeling Lin.

"Aloo aloo jangan lah merajuk.. Buruk!" Kata Lin. Aku menjelirkan lidah ke arah nya.

Ting!

Bunyi handfone menyentakkan kami. Aku mengambil handfone yang berada di atas katil. Nama Ammar tertera di atas screen.

"Hah Lin! Ni ada lagi satu benda aku nak tanya." Kataku lalu memandang Lin dengan mata yang dikecilkan sedikit.

"Dah kenapa pandang aku macam tu?" Soal Lin tanpa riak.

"Kau... bagi nombor aku dekat Ammar kan?" Soalku serkap jarang.

Tapi siapa lagi yang nak bagi nombor aku selain Lin? Dia orang pertama yang ada nombor telefon aku.

Lin hanya mampu tersengih menayangkan sebaris giginya yang tersusun cantik.

"Weh kau tahu tak.. dia desak aku suruh bagi nombor kau. Tak cukup dengan desak, dia ugut aku lagi kau tahu tak Lia. Dia cakap, kalau aku taknak bagi nanti dia dah taknak belanja aku makan. Kalau aku bagi, dia belanja aku makan selama seminggu." Bersungguh-sungguh Lin memberi penerangan.

"So kau bagi nombor aku sebab nak dia belanja kau makan? Kiranya kau pertaruhkan nombor telefon aku lah ni? Sanggup kau kan." Kataku sengaja membuat bunyi sedih. Muka Lin sudah serba salah. Aku pula sedang berusaha menahan tawa daripada terhambur.

"Alaa sorry lah Lia.. aku mula-mula memang dah cakap dengan Iz, nak tanya persetujuan kau dulu tapi dia ugut lagi. Dia cakap kalau aku bagi masatu juga, dia belanja aku makan selama dua minggu. Takkan lah aku nak tolak kot.. rezeki dah jatuh dari langit." Perlahan sahaja bunyi yang keluar daripada mulut Lin pada ayat terakhir. Dia mencebik kan sedikit bibirnya sambil menunduk.

Terus terhambur tawa yang aku tahan sedari tadi sehingga terkeluar sedikit air mata di tubir mata.

"Kau apesal gelak Lia?" Soal Lin hairan.

"Weh kau tahu tak, kelakar siot muka kau macam tu. Adoi selama ni muka nak brutal je.. malam ni mental pula muka kau." Tawaku masih bersisa. Aku memegang perutku yang sudah senak kerana terlalu banyak ketawa.

"Okay Lia.. okay..  satu sama." Kata Lin lalu menarik selimut menutupi badan nya.

Aku menekan password handfone.

Ammar: Hye Sweetie

aku: Hey Boyfriend.

Ammar: Boyfriend? Saya tengah bermimpi ke ni?

aku: Hahahaha I mean.. boyfriend tu, [kawan-lelaki].

Ammar: Ala yeke.. ingatkan awak dah sedia nak jadi Girlfriend (teman-wanita) saya.

Terkedu aku membaca teks itu. Cepat-cepat aku menggelengkan kepala.

aku: Hahaha mengarut je.

aku: Tak tidur lagi tu buat apa?

Ammar: Buat apa awak tanya saya buat apa? Awak tu buat apa?

aku: Ehh

aku: Saya nak tidur dah ni :)

Aku melihat jam di bahagian atas handfone.

11:40 PM

Ammar: Sleepy already sweetie?

aku: Yeap

Ammar: Okay then.. have a good sleep.

aku: You too. Goodnight.

Aku meletakkan handfone di bawah bantal. Bunyi handfone aku abaikan. Mata aku sudah terlalu berat minta untuk ditutup.

Rindu Dendam [Completed]Where stories live. Discover now