BAB 15

12.9K 232 6
                                    

"Woww you got Audi huh?" Kataku setelah melihat kereta nya. Ammar membuka kan pintu kereta nya untuk aku.

"Thank you tapi lepasni saya boleh buka sendiri." Kataku bersahaja lalu memboloskan diri ke dalam perut kereta. Bukan sombong tetapi aku segan apabila terdapat banyak mata-mata manusia memandang ke arah kami. Walaupun obviously pandangan mereka lebih tertumpu kepada Audi kepunyaan Ammar.

"Audi pinjam je ni." Kata Ammar. Dia menghidupkan enjin kereta nya. Menderum bunyi kereta itu apabila Ammar menekan pedal kuat.

"Your dad punya ke?" Soalku sambil memasang seatbelt di badan.

"Err kind of." Kata Ammar. Aku mengerutkan dahi.

"Eh awak nak makan apa?" Soal Ammar.

"Saya ikut driver je." Kataku malas mahu memberi kata putus. Sesungguhnya aku hanya mengikut sahaja orang yang membawa aku. Sudah lah dia yang belanja takkan nak mengada pula kan?

"Okay sampai dah." Kata Ammar setelah beberapa minit masa perjalanan di ambil. Dia memberhentikan kereta di sebuah restoran. Reka bentuk restoran itu daripada luar kelihatan mahal. Aku menelan liur.

"Lia okay? Nak turun ke tak ni?" Soal Ammar yang sudah membuka seatbelt nya.

"Err are you sure kita nak makan dekat sini?" Kataku.

"Lah tadi awak kata awak ikut driver je kan? Betul lah ni kita makan dekat sini." Kata Ammar lalu menekan button seatbelt aku. Aku membuka pintu kereta perlahan-lahan lalu keluar daripada kereta itu. Kami berjalan beriringan menuju ke dalam restoran.

Ammar memilih tempat yang agak tersembunyi. Hahaha typical novel bawa pergi kedai makan mesti nak cari tempat tersembunyi.

"Awak order jelah. My treat." Kata Ammar lalu tersenyum. Aku menjadi serba salah pula kerana meminta dia belanja aku. Lagi serba salah apabila melihat harga makanan yang setanding hotel 5 bintang.

"Order sir?" Kata seorang wanita yang bekerja di situ.

Ammar mula memesan makanan nya. Apa yang dia pesan pun aku tak tahu. Nama makanan di restoran ini pelik sungguh. Berbelit lidah nak menyebutnya. Macam mana lah Ammar boleh sebut dengan lancar.

"Awak nak makan apa Lia?" Soal Ammar. Aku masih lagi memandang menu di tangan.

"Emm saya tak tahu lah nak makan apa." kataku perlahan.

"Order je Lia.. just forget the price." Kata Ammar lembut seakan memahami apa yang bermain di benakku.

"Saya nak ni dengan ni." Aku menunjuk sahaja menu itu tidak mahu menyebut nya. Boleh malu sepuluh keturunan kalau salah sebut.

"That's all." Kata Ammar kepada pelayan itu lalu menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya. Wanita itu menggigit sedikit bibirnya memandang Ammar dan perlahan-lahan beredar daripada situ.

Aku tergelak kecil melihat gelagat pelayan itu. Siapa saja yang tidak cair apabila melihat senyuman Ammar? Kalau lah aku ni sejenis lilin, dah lama anggota badan aku bertukar-tukar tempat.

"I miss you." Kata Ammar membuatkan aku tergamam lalu tergelak kecil.

"So.. apa je yang awak buat dekat Melaka sepanjang cuti sem ni?" Soalku sengaja menukar topik.

"Oh! Macam-macam saya buat. Ada sekali tu saya jelajah satu Melaka dengan kawan-kawan lama hahah dah lama tak buat macam tu. Dulu selalu lah masa zaman sekolah menengah. Lagipun Melaka takdelah besar mana." Aku hanya tersengih mendengar ceritanya.

Rindu Dendam [Completed]Where stories live. Discover now